Dilahirkan sebagai anak kepada CRONUS dan RHEA,tergolong dalam satu keturunan bangsa mitos,TITANS.Mereka dikatakan memerintah dunia ketika itu secara "obsolute power"...tiada sanggahan...Dikatakan meletusnya perang saudara dikalangan bangsa TITANS dan ini memberi peluang kepada Zeus dan saudara-saudaranya memberontak serta merampas kuasa dari bapa mereka,CRONUS.Istana tersergam indah dipuncak gunung OLYMPUS diambil alih oleh ZEUS.Pemerintahan dilaksanakan secara pecah dan perintah.
Saudara-saudara lelaki ZEUS bernama Hades,menjadi pemerintah dunia bawah tanah,manakala Poseidon diberikan kuasa mutlak memerintah lautan(pernah dengar pasal dia dalam cerita HERCULES & XENA kat TV3 dulu).Saya kurang pasti pula tentang bentuk fizikal bangsa TITANS ini pula,tetapi bolehlah disimpulkan mereka bagaikan naga-naga penjaga bumi serta semesta ini,bergerak bebas menguasai semesta alam menurut mitos greek.
Saudara-saudara perempuan pula, DEMETER,HERA dan HESTIA.ZEUS mengambil keputusan mengahwini HERA dan diangkat menjadi permaisuri dewa.2 orang anak dilahirkan,ARES dan Hephaestus.
Perkahwinan sesama saudara juga dilakukan dizaman kuno hingga kezaman Mesir purba.Kita dapat lihat bagaimana CLEOPATRA sendiri menikahi adiknya sendiri sebelum jatuh cinta pada MARK ANTHONY.
Seperti perangai raja-raja purba,Zeus dikatakan seorang kaki perempuan.Selera dia?emm termasuklah para dewi serta bangsa manusia.anak-anak ZEUS yang dikalangan dewa-dewi merupakan APOLLO,DIOYSUS dan HERMES;dewi ARTEMIS serta hero mitos greek HERCULES.Pada masa yang sama dikatakan juga ZEUS juga memberanakkan dewi ATHENA yang keluar/tumbuh dari kepala ZEUS sendiri.Menerusi seorang lagi, dewi MNEMOSYNE,ZEUS mendapat seorang dewi bernama MUSES.Dikatakan MUSES adalah salah seorang daripada dewi dialam sains dan kesenian.Bersama dewi THEMIS,mereka mendapat 3 orang dewi bernama FATES(CLOTHO,LACHESIS,ATROPOS).Menurut mitos GREEK, FATES adalah dikalangan DEWI yang agak dingin dan keras.Mereka bertangungjawab keatas perjalanan hidup manusia
para artis/ahli seni/sejarahwan merujuk ZEUS sebagai watak yang berjambang dan bersifat agung.Menggunakan simbol helang,pokok oak,tongkat diraja serta kilat,hidup matinya hanya dalam mitologi GREEK purba.
No comments:
Post a Comment