Friday, January 7, 2011

Norse-mitologi kaum viking.

mitos dari Scandinavia(ataupun eropah utara seperti norway,jerman dll.)
Norse-mitologi kaum viking.
Kisah kaum Norse berada didalam ruang lingkup Mitos Teutonic.Ianya juga digelar mitos kaum Norse bersempena dengan kaum Norseman yang mendiami Scandinavia sekitar zaman pertengahan..Unsur utama mitos ini dipanggil Eddas(bermaksud 2 bentuk) yang bermaksud penceritaan secara lisan dan juga dalam bentuk puisi rakyat yang berkembang sekitar era 1200.

cerita bermula apabila Ymir(manusia gergasi) dikatakan dijadikan dari pertemuan antara ais dan kepanasan matahari.keluar pula seekor lembu bernama Audumla.Lembu berkenaan menyusukan Ymir sehingga dewasa.Ymir akhirnya melahirkan 3 orang anak yang keluar dari bahagian anggota badannya.

Sementara itu terdapat seekor lagi gergasi yang terkurung didlalama ais yang tebal. Audumia,lembu yang tadinya menyusukan Ymir,menjilat ais tersebut sehingga keluarlah manusia gergasi yang digelar Buri. Dari manusia gergasi Buri inilah lahirnya Bor (berkahwin dengan gergasi wanita bernama Bestla) yang melahirkan 3 orang naka-ODIN,VE dan VILI. Dari 3 anak inilah menjadi dewa kepada mitos agung Norse.



ODIN-Dewa khyalan bangsa viking.
Ketika meningkat remajanya odin berjaya menewaskan manusia gergasi Ymir didalam satu peperangan menentukan kuasa.
Odin menjadi penguasa mutlak dunia selepas itu.Mewakili bangsa Dewa menewaskan bangsa gergasi ketika itu.Dendam bangsa gergasi memang ada dan pastinya dendam bakal dibalas..

Odin bersama saudara-saudaranya membina dunia dari tubuh Ymir.Darah menjadi lautan, tulang rusuk menjadi gunung-ganang, dagingnya menjadi tanah-pamah.Manusia pertama dibentuk dari pokok ASH, dan wanita pertama dari pepohon ELMS. Kota kebanggaan dibina dan diberikanamanya-ASGARD. Didalam kota ini terdapat dewan khas untuk perwira-perwira yang gugur ketika berperang-Dewan VALHALLA.

Thor-Dewa kilat dan petir.
Menjadi anak tertua ODIN serta dikurniakan kuasa yang hebat ketika itu bukanlah mudah hidupnya.
Thor mempunyai pelbagai hikmat serta mahir dalam ilmu perang jitu.Senjata utamanya adalah tukul yang diberi nama MJOLLNIR.Setiap lontaran tukul tersebut pastinya mampu menumbangkan musuh dengan sekelip mata.Kilat dan petir saling menyahut tatkala THOR melontarkan tukul itu kearah musuhnya.Hari Khamis(Thursday) adalah bersempena nama nya.Boleh dikatakan hari-harinya sibuk melawan musuh.

THOR dijadikan idol bagi bangsa viking purba.
Puak viking yang terkenal dengan semangat perwira ganas juga terkenal dengan sifat kuat melantaknya.Kedua-dua sifat ini diambil atau ditiru dari sifat mitos THOR itu sendiri.Seekor lembu mampu ditelannya sekali pandang.Suatu ketika,berlakunya pertandingan meminum air lautan.THOR gagal dalam usaha pertama memenanginya.Tidak puas hati? Air lautan direndahkannya-gelombang pertama lautan terjadi pada masa itu.


RAGNAROK-peperangan terakhir dinantikan.

Mitos viking tak pernah tamat lagi kisahnya.Puak viking masih lagi percaya akan adanya peperangan terakhir menanti mereka di penghujung dunia.
Peperangan antara puak manusia gergasi, diketuai oleh LOKI menentang dewa-dewa dari ASGARD.Tiada apa yang tinggal dalam peperangan yang diberi nama RAGNAROK ini.Kalah jadi abu, menang jadi debu.Semasa peperangan berlaku,bangsa manusia akan melarikan diri kedalam hutan dan tidur sehingga peperangan tamat.Dew BALDER akan muncul selepas itu entah dari mana.Dunia cuba dibina kembali dan kehidupan diatur sediakala.Dan putaran hidup berputar kembali dengan keaadan seperti asalnya.Sedikit 'cliche'..dunia tanpa kejahatan selepas itu.


p/s sumber dari ensiklopedia dan juga buku-buku cerita kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment