Wednesday, January 12, 2011

sparta

Sparta

Fail:Sparta territory.jpg

Sparta (Dorik Σπάρτα; Attic Σπάρτη Spartē) ialah negara kota di Yunani yang terletak di Eurotas di bahagian selatan Peloponesia.[1] Dari sekitar 650 SM, ia bangkit menjadi sebuah kuasa tentera yang paling berpengaruh di kawasan itu dan justera, diakui sebagai ketua gabungan tentera Yunani semasa Perang Yunani-Parsi.[2] Hamba yang merupakan penghuni yang terbanyak di Sparta (melebihi 80% daripada jumlah penduduk, menurut Herodotus),[3] sentiasa diaibkan sebagai sebahagian upacara amal. Semasa upacara Crypteia, mereka boleh dibunuh secara sah oleh warga Sparta.[4][5][6] Antara 431 hingga 404 SM, Sparta menjadi musuh utama Athens semasa Perang Peloponesia.[7]

Menjelang 362 SM, peranan Sparta sebagai kuasa tentera yang terpengaruh di Greece sudah tamat. Walaupun ia merupakan negara yang agak zalim berbanding dengan kebanyakan negara Eropah yang lain, ideal-ideal Sparta telah dikagumi lalu diterima dan diamalkan di seluruh Eropah, walaupun pada tahap yang tidak sangat berketerlaluan. Kekaguman terhadap Sparta dikenali sebagai lakonofilia.

Nama

Sparta umumnya dirujuk oleh orang Yuhani sebagai Lakedaimon (Λακεδαίμων) atau Lakedaimonia (Λακεδαιμονία). Nama-nama itulah yang biasa digunakan oleh Homer serta ahli-ahli sejarah Herodotus dan Thucydides dalam karya masing-masing. Bagaimanapun, Herodotus hanya menggunakan nama Lakedaimon dan bagi sesetengah bahagian karyanya, dia kelihatan menggunakan nama itu untuk merujuk kepada kubu kota Yunani dan bukan kepada kawasan Sparta Bawah. Kawasan penara di sebelah timur banjaran gunung Taygetus yang berhampiran dengan bandar Sparta umumnya dirujuk sebagai Lakonia. Istilah ini kekadang juga digunakan untuk merujuk kepada semua kawasan yang dikuasai oleh Sparta secara langsung, termasuk Messenia.

Dalam mitologi Yunani, Lakedaimon ialah raja negara yang dinamai sempena nama sendiri. Dia anak lelaki Zeus yang dilahirkan oleh nimfa Taygete. Lakedaimon mengahwini Sparta, anak perempuan Eurotas, dan melahirkan Amyclas, Eurydice, dan Asine. Ibu kotanya dinamai sempena nama permaisurinya. Lakedaimon dipercayai membina tempat suci Charites yang terletak di antara Sparta dan Amyclae untuk mentahbiskan kepada dewi Cleta dan Phaenna. Sebuah tempat suci kemudian dibina dan ditahbiskan kepada Lakedaimon di sekitar Therapnes.

Lacedaemon kini merupakan nama provinsi yang terletak di prefektur Laconia.

Tokoh Sparta kuno




1 comment: