Sunday, April 20, 2014

Kapal Pengangkut tahanan zaman Jepun.(Kapal Neraka)

Konsep Hell Ships merupakan satu warisan yang menakutkan, salah satu ingatan dasyhat kepada pihak Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Hell Ships

Walaupun pada asalnya merupakan sebuah istilah daripada Nazi, konsep Hell Ships menjadi lebih terkenal selepas Jepun mula menggunakan laluan laut untuk mengangkut tawanan perang. Kemudahan di atas kapal yang tidak berperikemanusiaan iaitu tidak mengambilkira aspek kesihatan, kebersihan dan kewarasan tahanan menyebabkan kapal-kapal ini digelar sebagai Hell Ships.





Kapal-kapal yang digunakan oleh pihak Jepun untuk mengangkut tawanan perang telah diberi gelaran akhiran'Maru.' Perkataan ini merujuk kepada sebuah kubu semasa era Jepun yang menambahkan lagi kepada penggunaan kapal-kapal tersebut dengan tujuan yang tidak sepatutnya.


Mana-mana tahanan perang di seluruh dunia lazimnya akan menerima layan yang buruk. Tetapi semasa Perang Dunia, hukuman dan layanan yang diterima oleh tentera-tentera yang ditangkap adalah lebih buruk lagi. Pihak Jepun telah menjadikan keadaan itu kepada satu tahap yang sangat menyiksakan.

Penggunaan Hell Ships semakin berkembang menjelang akhir Perang Dunia Kedua. Satu kisah yang sangat menakutkan ialah Death March of Bataan pada tahun 1944 di atas sebuah kapal bernama Noto Maru. Berdasarkan pengalaman dari orang-orang yang berjaya melepaskan diri dari peristiwa tersebut, tidak dapat dibayangkan kekejaman yang telah berlaku di atas kapal tersebut.





Oryuko Maru - Perang Dunia Kedua


Tahanan Perang Dunia diangkut sama ada dari Filipina atau Singapura untuk bekerja di Jepun, Korea atau Taiwan sebagai buruh kasar. Semasa berada di atas kapal, tahanan ini bukan sahaja berhadapan kekurangan makanan yang teruk, pengudaraan dan air tetapi juga terpaksa berhadapan dengan serangan-serangan yang dilakukan oleh Kuasa Berikat. Banyak kapal yang telah dimusnahkan oleh pihak Bersekutu dan juga serangan menggunakan kapal selam, menyebabkan ramai tawanan perang mati, sama ada di atas kapal itu sendiri atau oleh serbuan tidak disengajakan.

Dalam erti kata lain ia boleh dikatakan bahawa Jepun sengaja menggunakan kapal untuk mengangkut tawanan perang supaya mereka boleh terbunuh tanpa melibatkan mereka. Penjara yang dibina di atas Hell Ships biasanya dikunci mati supaya walaupun kapal diserang oleh peluru berpandu sekali pun, tahanan perang tidak mempunyai cara untuk melarikan diri dan menyelamatkan nyawa mereka.

Hell Ship yang sangat terkenal yang telah dimusnahkan ialah Maru Arisan yang ditenggelamkan pada tahun 1944 oleh kapa selam Amerika. Daripada hampir 1,800 banduan di atas kapal tersebut, hanya beberapa banduan sahaja berjaya melarikan diri daripada pembunuhan beramai-ramai oleh kapal-kapal Jepun.



Selepas lebih enam puluh tahun tamatnya Perang Dunia Kedua, hubungan politik dan kerjasama antara negara-negara telah berubah dan diperkukuhkan secara mendadak. Tetapi mengingatkan kisah teruk Perang Dunia, seperti hell ship, ia menjadi sukar untuk bercakap tentang keamanan dunia atau membayangkan masa depan yang lebih selamat dan kukuh untuk generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment