Monday, May 16, 2011

Kronologi Yang Hampir Membongkar Konspirasi Kematian Osama Bin Laden

osama mati, osama tak wujud, Konspirasi kematian osama

Gemparnya dunia bila mendapat berita kematian Osama Bin Laden. Ada yang meraikannya dan ada pula yang meratapinya. Amerika sudah ketandusan idea bila gagal memerangi Osama yang didakwanya wujud sejak 10 tahun lalu lantas mematikan watak yang mereka cipta itu kerana “tugasan” mereka sudah tamat ataupun penat main dengan bayang-bayang sendiri. Namun akhirnya satu demi satu rentetan kronologi mula terbongkar dek kerana kebodohan tindakan mereka sendiri yang tanpa mereka sedari telah membuka mata dunia akan kepalsuan kematian Osama Bin Laden.

Kronologi 1: Lemahnya CIA dan FBI Amerika!

 osama bin laden

-Seperti yang digembar-gemburkan, diangung-agungkan dalam tv dan filem, kehebatan CIA dan FBI amerika dalam menangkap penjenayah yang canggih dan berteknologi dalam masa beberapa hari sahaja namun mengambil masa 10 tahun untuk menangkap Osama yang sederhana?. Adakah Osama begitu sukar ditangkap ataupun semamangnya tidak wujud?

Kronologi 2: Kepalsuan dalam gambar kematian Osama

gambar Osama laden mati adalah palsu , osama bin laden is dead, osama, osama bin laden

- Kelemahan dalam pengeditan gambar ini yang mana gambar Osama telah dicantumkan dengan gambar mayat orang lain yang terbunuh pada tahun 2009 (Menurut web themedialine.org pada 29 April 2009)

- Dalam pada asakan dunia yang inginkan lebih gambar kematian Osama untuk membuktikan kesahihan kematian Osama, presaden Barrack Obama dan pengarah CIA keberatan untuk menujukan gambar set ke 2 dan set ke 3 dengan alasan kononnya ia amat menggerikan dan atas dasar MENGHORMATI SI MATI?. Mereka juga mendakwa akan menunjukkan gambar set 2 dan 3 kemudian (Mungkinkah sekarang mereka tengah edit?)

Kronologi 3: Mayat Disemadikan Didasar Laut

- Sungguh kelakar bila mereka mengatakan tidak mahu menayangkan gambar set kedua dan ketiga Osama atas dasar “menghormati” simati. Namun dimana dasar menghormatinya bila Osama disemadikan didasar laut?, bukankah dia patut disemadikan menurut cara islam?. Tindakan ini telah mewujudkan lompang dalam konspirasi mereka dimana mereka akan sedaya upaya menghapuskan bukti dan tidak mahu mayat Osama dicari, dikaji atau dipuja bila mereka menyemadikannya di perkuburan. Dikhuatiri rahsia konspirasi mereka terbongkar.

Kronologi 4: Mengapa Osama Dibunuh Pada Tahun 2011?

-Sejak zaman pemerintahan Bush lagi Osama Bin Laden telah diburu sehinggalah Barrrack Obama naik sebagai presiden, dan pemburuan Osama masih diteruskan tetapi tidak sehebat dan semantap ketika pemerintahan Bush. Setelah memegang tampuk pemerintahan, populariti barrack Obama terjejas kerana krisis ekonomi dan kenaikan harga minyak. Barrack yang mahu menyambung pemerintahan untuk penggal kedua pada tahun hadapan iaitu 2012 perlu mencari jalan menaikkan semula popularitinya. Stela Barrack Obama mengumumkan kematian Osama Bin Laden, popularitinya meningkat dan terus meningkat. Jadi, mungkinkah ia ada kaitan dengan kematian Osama pada tahun 2011 ini?

Kronologi 5: Bagaimana Osama Dibunuh?

-Terkoyak lagi konspirasi Amerika bilamana mereka mengubah cerita tentang kematian Osama Bin Laden dimana sebelum ini mereka mendakwa Osama ditembak mati ketika memegang Raifal AK-47. Kini sebaliknya pula yang diberitahu bahawa Osama sebenarnya tidak memegang apa-apa senjata ketika dibunuh. Percanggahan pendapat berlaku antara pegawai CIA, isteri dan anak perempuan Osama yang berumur 12 tahun.

p/s: Sebenarnya banyak lagi kronologi-kronologi lain yang akan membongkar konspirasi mereka. Bila satu dunia sudah mengesyaki, mereka akan jadi tak tentu arah maka semua yang dibuat jadi tak betul. Kita nantikan apa tindakan bodoh mereka seterusnya nanti..

No comments:

Post a Comment