Saturday, May 28, 2011

Individu-individu yang terlibat dalam Freemason!

Freemason adalah pertubuhan rahsia yang sering dikaitkan demgan sekularisme. Asal-usul Freemason masih lagi kabur, namun rata-rata mengaitkan ia dengan tukang batu pada zaman Nabi Sulaiman(King Soloman). Tukang batu atau mason telah menubuhkan satu pertubuhan mereka sendiri bagi tujuan untuk membina kembali kuil nabi Sulaiman yang sekarang ini dipercayai telah dibina Masjidil Aqsa.

Samaada Islam mahupun Kristian, pertubuhan Freemason diharamkan dan ia diistiyharkan secara terbuka oleh pemimpin pro-Islamik dan pro-Kristianiti. Pernah satu ketika seorang Paus yang bernama Pope John Paul II dalam satu wawancaranya pada November 1983 telah mengharamkan para penganut Kristian Katholik daripada terpengaruh dengan pertubuhan Freemason. Beliau berkata,

Kamu semua tidak boleh menjadi seorang Katholik dan Freemason pada waktu masa yang sama!”

Beliau kemudian menambah,

Penilaian negatif gereja terhadap Freemason tetap tidak akan berubah kerana prinsip-prinsip Freemason jelas tidak dapat ditolak-ansurkan oleh doktrin gereja. Oleh itu, menjadi seorang anggota Freemason adalah haram sama sekali!”

Secara keseluruhannya, setiap pemimpin agama amat melarang penganutnya terlibat dalam pertubuhan Freemason. Freemason dikatakan mempunyai jarum yang bergitu halus. Luarannya sangat cantik dan oleh kerana itu ramai pemimpin di dunia termasuk yang beragama Islam terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang mereka.

Pertubuhan Freemason di Malaysia

Pertubuhan yang mempunyai darjah sehingga ke tahap 33 ini sebenarnya telah lama meresap ke dalam Malaysia semasa penjajahan British di sini. Kesannya, pembaca boleh lihat sendiri Lodge yang dibina di Ipoh, Penang, Perak, Johor dan beberapa tempat lagi di sekitar Malaysia. Hebatnya pertubuhan ini adalah mereka yang terlibat tidak pernah mengetahui tujuan asal pertubuhan ini. Dalam kata lain, individu yang mempunyai darjah 23 tidak akan mengetahui misi individu yang berada di darjah 32.

Prinsip Freemason

Pertubuhan yang jelas melanggar ajaran agama Islam ini mempunyai tiga prinsip utama yang jika dilihat secara kasarnya amat cantik. Tiga prinsip utama itu antara lain adalah:

  1. Cinta pada kemanusiaan atas dasar persaudaraan (Brotherly love to the whole human species)
  2. Menghilangkan penderitaan (Relieve the distressed)
  3. Kebenaran sebagai sifat agung (Truth as a divine attribute)

Sebenarnya, Freemason hanya merupakan sebuah batu loncatan untuk masuk ke dalam komuniti rahsia yang ada di sebaliknya. Dengan sebab yang demikian, keanggotaan Freemason telah mengundang banyak individu berpengaruh menyertai secara rahsia. Namun, apakah niat mereka, tidak pula diketahui. Oklah, di bawah adalah senarai individu berpengaruh yang pernah menyertai pertubuhan rahsia ini. Jangan terkejut apabila terdapat individu yang tidak pernah pembaca jangkakan.

1. Sir Alf Ramsey

Beliau adalah Pengurus England ketika Piala Dunia 1966. Di bawah pengurusan Sir Alf Ramsey, England memenangi Piala Dunia buat kali pertama pada tahun tersebut.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Waltham Abbey Lodge No. 2750 pada 5 October 1953.

2. Jose Rizal

Beliau adalah Pejuang kemerdekaan Filipina paling terkenal di tanah tumpah darahnya. Jose Rizal juga merupakan seorang doktor, penulis dan nasionalis paling berpengaruh pada zamannya.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Logia Solidaridad 53 Madrid, Spain kemudian dianugerahkan Worshipful Master of Nilad Lodge No. 144 pada 1892.

3. Theodore Roosevelt

Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26. Beliau memulakan tugas sebagai individu paling berkuasa di rumah putih pada tahun 1901 sehingga 1909.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Matinecock Lodge No. 806, Oyster Bay di New York.

4. Franklin Delano Roosevelt

Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-32. Beliau adalah watak utama semasa Perang Dunia Kedua meledak. Bersama-sama Josep Stalin dan Winston Churcill, beliau telah membentuk pakatan Berikat untuk memerangi kekuatan pakatan Paksi yang diketuai oleh Aldolf Hitler.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Holland Lodge No. 8 di New York

5. Harry S Truman

Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-33. Beliau mengambil alih jawatan presiden daripada F. D. Rossevelt pada 12 April 1945 selepas Rossevelt meninggal dunia pada tahun 1945. Truman adalah watak utama semasa Perang Dingin mula tercetus.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Belton Lodge No. 450, Belton, Missouri. Ditabalkan sebagai Grand Master of Missouri pada 1940 sehingga 1941.

6. Mark Twain

Beliau adalah penulis berbangsa Amerika Syarikat paling terkenal di zamannya. Beliau yang dilahirkan pada 30 November 1835 adalah sahabat akrab saintis terkenal, Albert Einstein. Antara novel terkenal hasil garapan beliau adalah The Adventures of Tom Sawyer (1876), dan sekuelnya, Adventures of Huckleberry Finn (1885).

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Polar Star Lodge No. 79, A.F. dan A.M., St. Louis, Missouri. Beliau dilaporkan disingkirkan daripada pertubuhan rahsia ini namun diterima kembali pada 24 April 1867.

7. George Washington

Beliau adalah Presiden pertama Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang jeneral dan panglima angkatan tentera Amerika Syarikat yang berjuang menuntut kebebasan mutlak daripada kerajaan British.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Fredericksburg VA. Dilantik menjadi Past Master of Alexandria Lodge No. 22, Virginia.

8. Emilio Aguinaldo

Beliau adalah Presiden Filipina yang pertama. Sebelum menjadi presiden Filipina yang pertama pada usia 29 tahun, beliau adalah pejuang kemerdekaan menentang cengkaman penjajah Sepanyol.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Pilar Lodge No. 203 (sekarang Pilar Lodge No. 15) di Imus Cavite dan merupakan pengasas kepada Magdalo Lodge No. 31 (ditukar nama kepada Emilio Aguinaldo Lodge No. 31 untuk menghargai jasanya).

9. Edwin “Buzz” Aldrin

Beliau adalah antara angkasawan yang pertama bersama-sama Neil Armstrong mendarat di bulan pada 1969.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Montclair Lodge No. 144 di New Jersey.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

10. Mustafa Kemal Atatürk

Seorang pengasas republik Turki yang bertanggungjawab meruntuhkan sistem monarki Turki Othmaniyyah. Di bawah penguasaanya, perlembagaan Turki yang berasaskan islamik telah diubah kepada perlembagaan berasaskan sekularisme.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Macedonia Risorta Lodge No. 80. Namun, beberapa ahli sejarah menyatakan beliau mendaftarkan diri di Lodge Veritas, Thessaloniki, Greece.(dahulu di bawah kekuasaan Turki Othmaniyyah).

11. Silvio Berlusconi

Beliau adalah Perdana Menteri Itali sekarang. Sebelum menjawat jawatan tertinggi di Itali itu, beliau adalah taikun media paling berpengaruh di Itali.

Perlibatan dengan Freemason: Beliau dilaporkan terlibat dalam skandal menjatuhkan kerajaan Itali yang melibatkan ‘tangan ghaib’ Freemason. Skandal itu dikenali dengan Propaganda Due. Propaganda Due atau P2 adalah lodge freemason yang berada di bawah seliaan Grand Orient of Italy.

12. Winston Churchill

Beliau adalah perdana menteri United Kingdom semasa era Perang Dunia Kedua. Beliau menjawat jawatan perdana menteri United Kingdom sebanyak dua penggal iaitu pada tahun 1940 hingga 1945 dan 1951 hingga 1955. Beliau satu-satunya perdana menteri daripada Great Britain yang memenangi anugerah Nobel in Literature dan diakui sebagai salah seorang individu yang berpengaruh yang pernah dilahirkan di dunia.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Studholme Alliance Lodge No. 1591, Rosemary Lodge No. 2851. (Nota: The Churchill Society mendakwa Churchill meletak jawatan di lodge tersebut pada 1912.)

13. Süleyman Demirel

Beliau adalah Presiden ke-9 Republik Turki daripada tahun 1993 hingga tahun 2000. Beliau juga pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak empat kali.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Bilgi Lodge No.015, Ankara iaitu Grand Lodge of Turkey.

14. Benjamin Franklin

Beliau adalah salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat di samping enam individu yang lain iaitu George Washington, John Adams, Thomas Jefferson, John Jay, James Madison, dan Alexander Hamilton. Beliau juga adalah saintis, negarawan, diplomat, pakar politik dan penulis yang paling berpengaruh pada zamannya.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di St. John’s Lodge, Philadelphia pada Februari 1731

15. J. Edgar Hoover

Beliau adalah Pengarah pertama agensi sulit kerajaan Amerika Syarikat, FBI. Beliau bertanggungjawab melumpuhkan berpuluh-puluh geng mafia, triad dan kongsi gelap di seluruh Amerika Syarikat.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Federal Lodge No. 1 di Washington D.C.

16. Thomas Stamford Raffles

Seorang orientalis yang bertanggungjawab ‘membuka’ perlabuhan Singapura untuk kegunaan import dan eksport antarabangsa. Beliau adalah salah seorang orientalis yang paling rapat dengan sultan-sultan di perairan Selat Melaka termasuklah di Jawa, Surabaya dan Johor.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Lodge De Vriendschap, Surabaya pada 5 Julai 1813.

No comments:

Post a Comment