Thursday, July 8, 2010

Warisan dunia 1

Makam Maussollos

Makam Maussollos (bahasa Greek: Μαυσωλεῖον Ἁλικαρνασσεύς, Μαυσωλεῖον τοῦ Ἁλικαρνασσοῦ) di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabenor) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia.
Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM dan berdiri selama 1,700 tahun. Bangunan ini akhirnya musnah akibat beberapa gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15.

Patung Raksasa Rhodes


Patung Raksasa Rhodes merupakan sebuah patung besar yang melambangkan tuhan Yunani purba Helios yang terletak di Rhodes, iaitu sebuah pulau Yunani. Patung ini didirikan oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM dan merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia zaman purba. Patung Raksasa Rhodes berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. Namun, selepas 56 tahun dibina, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.

Rumah Api Iskandariah

Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.
Sejarah
Kawasan pesisiran pantai merupakan tanah rata dan kurang sesuai sebagai pelabuhan kerana tidak mempunyai panduan unutk pedagang dan pelayar. Oleh itu, sebuah rumah api yang dilengkapkan dengan api dan cermin pantulan telah dibina.
PembinaanBangunan rumah api direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) Ptolemy I, seorang panglima Iskandar Agung. Selepas Iskandar meninggal dunia, Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan bangunan rumah api. Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan anakandanya, Ptolemy II Philadelphus.
Lukisan Martin Heemskerck.Menurut legenda, Sostratus dihalang oleh Ptolemy meletakkan namanya di bangunan. Namun, Sostratus juga mengukir namanya di tapak bangunan itu, serta inskripsi: Sostratus, anak Dexiphanes dari Cnidia membaktikan bangunan ini kepada tuhan-tuhan, bagi pihak pelayar dan penelajah. Inskripsi itu disorokkan di bawah selapis plaster, dan di bahagian luarnya tertulis satu lagi inskripsi mengagungkan Ptolemy.
Cerita-cerita dongeng pula menyatakan bahawa rumah api ini dapat dilihat dari jarak sejauh 56 km. Bangunan ini dibina menggunakan batu berwarna muda dan mempunyai tiga bahagian: bahagian segi empat tepat bawah dengan teras pusat, bahagian lapan sisi tengah dan bahagian bulat atas. Sebuah cermin besar yang memantul cahaya matahari diletakkan di mercunya, manakala api digunakan pada waktu malam. Berhala Poseidon didirikan di puncaknya pada zaman Empayar Rom.
Dinding bangunan mampu menahan lambakan air laut. Bangunan ini berdiri kukuh dan merupakan antara tujuh keajaiban terakhir (kecuali Piramid Agung Kufu) yang roboh.
KemusnahanDua gempa bumi pada 1303 dan 1323 telah meruntuhkan bangunan

Berhala Zeus di Olympia

Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani, merupakan salah sebuah dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dewa Zeus merupakan dewa bagi Yunani dan Mesir purba. Ia dibina di bandar kuno Olympia, sekitar 150 km barat Athens, di Greece. Binaan kuil asal yang menempatkan patung raksaksa ini dibina sekitar 450 BC, direka oleh arkitek Libon. Patung itu sendiri dicipta oleh pengukir patung Athean, Pheidias. Dibina dari bahagian gading, patung gergasi ini setinggi 45 kaki tinggi, memegang kemenangan pada tangan kanannya, dan cokmar pada tangan kirinya. Kuil ini diperintah tutup oleh maharaja Rom Theodosius I pada 391 AD, yang menyatakan bahawa pertandingan Olympik (yang diwakili patung Dewa ini) merupakan upacara Pagan. Pada tahun 394, selepas 800 tahun di Olympia, ia diambil ke Constantinople (kini Istanbul), ibu kota Empayar Byzantine. Ahli sejarahwan percaya yang ia mungkin musnah akibat kebakaran pada 462 AD.Berhala yang berkeadaan duduk itu mengisi keseluruh kelebaran ruang kuil yang dibina untuk melindunginya. Menurut sumber kontemporari, ia adalah 12 meter (~40 kaki) tinggi. "Ia seolah-olah Zeus hendak bangun," ahli geografi Strabo yang mencatitnya pada awal abad pertama Sebelum Masihi, "ia boleh menanggalkan bumbung kuil." Zeus diukir dari gading (secara teknikalnya, ia direndam dalam cecair yang akan menjadikannya lebih mudah dibentuk, maka ia mungkin diukir dan dibentuk) lalu disadur dengan kepingan emas dan "didudukkan" di atas singgahsana dari kayu cedar yang dihiasi gading, emas, kayu hitam dan manikam. Di tangan kanan Zeus terdapat patung kecil Nike, dewi kemenangan, dan di tangan kirinya, sebatang cogan alam berkilat dengan hujungnya berbentuk helang. Pengunjung seperti jeneral Rom Aemilius Paulus, yang berjaya menakluk Macedon, telah terharu kerana kagum akan hasil Phidias itu.
Mungkin, penemuan terhebat tentang keajaiban ini adalah pada 1958 dengan penemuan bengkel untuk membina berhala itu. Ini membolehkan para arkeologi mencipta semula teknik untuk membuat karya itu."Di tangan kanannya, sebuah bentuk 'Kemenangan' yang dibuat daripada gading dan emas. Di tangan kirinya, cogan alamnya yang digenggam dengan keseluruhannya logam, dan seekor helang bertenggek di atasnya. Sandal dewa dibuat daripada emas, begitu jugalah dengan jubahnya." — Pausianas si orang Yunani (abad ke-2 Selepas Masihi).





No comments:

Post a Comment