Untuk catitan kali ini mari kita sama-sama menghayati tafsir daripada surah al-kahfi ayat 83 hingga 98 di bawah ini.
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya". Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka". Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati". Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".”
Dzuu al-Qarnain( English-Alexander, Malay-Zulkarnain) mengikut bahasa Arab bererti ‘lelaki yang memiliki dua tanduk’. Dalam ayat di atas, diterangkan tentang seorang lelaki yang merupakan seorang raja yang pernah menguasai dua pertiga dunia dan hampir keseluruhan empayar timur dan barat. Maka ‘dua tanduk’ tersebut bukanlah tanduk yang sebenar dari segi harfiahnya, namun dari segi ma’nawiahnya bermaksud ‘dua empayar;timur dan barat’. Zulkarnain merupakan seorang raja yang agung.(Allah lebih Agung sebenarnya). Baginda memerintah sebelum masa kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.(English-peace be upon him).Dengan penguasaan kedua-dua empayar Timur dan Barat, pertembungan budaya Timur dan Barat yang dikenali sebagai hellenistik( English-hellenistic) berlaku.
Kemunculan Zulkarnain banyak dikaitkan dalam salasilah keturunan raja-raja dalam sesetengah bangsa. Barat menganggap bahawa Alexander The Great merupakan Zulkarnain yang sebenar yang dinyatakan al-Quran. Orang-orang Parsi menganggap Raja Cyrus merupakan Zulkarnain yang sebenarnya. Dan orang-orang Melayu pun xnak kalah.(nak jugak).Mereka mengaitkan pula Parameswara, dengan mengatakan Parameswara berketurunan dari Zulkarnain(dalam hikayat tersebut Zulkarnain dinyatakan sebagai Iskandar Zulkarnain).Ada juga yang menganggap Zulkarnain itu nabi.Anda?
Namun, setelah pelbagai kajian dilakukan, sejarawan bersepakat mengatakan bahawa Zulkarnain yang sebenar yang digambarkan oleh Al-Quran seperti dalam tafsir di atas ialah Raja Cyrus.
Cyrus adalah seorang maharaja Parsi dari dinasti Archaemenid.Baginda lahir dalam kira-kira tahun 600-599 Sebelum Masihi atau 575-576 Sebelum Masihi(perbezaan pendapat katakan... ‘biasalah’).Cyrus merupakan pengasas kepada empayar Parsi yang terbesar yang pernah direkodkan sejarah, yang meliputi hampir seluruh kawasan barat daya Asia ,Asia Tengah, Mesir dan Hellespoint di barat hinggalah ke Sungai Indus di bahagian timur.( sbesar manapun x sampai gak ke Jepun mahupun China…selamat diorang).Cyrus mati(atau meninggal) dalam tahun 529 atau 530 Sebelum Masihi( perbezaan pendapat lagi…) ketika menakluki Mesir.Usaha2 penaklukan diteruskan oleh anaknya Cambyses II.
(sumber- Wikipedia)
Gambaran Raja Cyrus( ihsan Wikipedia)
Apakah istimewanya maharaja yang seorang ini sehinggakan digelar yang agung(English-the great), malah diceritakan pula kisahnya di dalam al-Quran? Dan siapakah pula Yakjuj dan makjuj(English-Gog and magog)? Adakah mereka ini binatang atau hewan ? Dan siapakah pula bangsa yang tiada perlindungan dan pakaian dalam tafsir di atas? Penjelasan Saifulislam lebih kurang sama dengan apa yang saya dapat tahu dari tafsir-tafsir al-Quran dan buku-buku agama.
Yakjuj dan Makjuj adalah satu golongan orang gasar(ganas dan kasar) yang berketurunan dari anak nabi Nuh A.S. yang bernama Yafits bin Nuh.(rujuk tafsir).Jadi ada pendapat yang saya baça mengatakan Yakjuj dan Makjuj itu ialah bangsa Magyar. Ada pula yang mengatakan mereka ialah orang Mongol(sebagaimana yg dinyatakan Saifulislam). Wallahualam.
Berkenaan dengan tembok yang dibina tersebut, saya juga ada terbaca riwayat yang mengatakan lokasinya terletak di antara dua banjaran pergunungan di Arménia dan Azerbaijan sekarang ini.Namun saya rasa penjelasan Saifulislam lebih terperinci kerana terhadnya pembacaan saya.
Apapun, diharap pembaca sekalian mendapat input berguna dari nukilan ini.
“Manusia akan melupakan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah melupakan manusia”
No comments:
Post a Comment