Sunday, November 7, 2010

Negara Yang Mempunyai 2 Ibu Kota

Terdapat 12 Negara di dunia ini yang mempunyai lebih dari 1 Ibukota (Capital City). Perkara ini adalah disebabkan oleh pelbagai alasan tersendiri yang mana kebanyakannya oleh pemisahan pusat pentadbiran, legislatif, perundangan dan beberapa faktor lain antara 2 atau lebih lokasi .


  1. Benin - Porto-Novo adalah ibunegara rasmi Benin bagaimanapun pusat pemerintahan kerajaan adalah di Cotonau .
  2. Bolivia - Kota pentadbiran Bolivia adalah La Paz sementara Pusat Legislatif dan Perundangan ( Parlimen ) terletak di bandar Sucre .
  3. Ivory Coast ( Cote d' Ivoire ) - Pada tahun 1983, Presidennya, Felix Houphouet Boigny telah memindahkan ibu kota Ivory Coast dari Abidjan ke tempat asal beliau di Yamoussoukro. Ini menjadikan Yamoussoukro sebagai Ibukota rasmi negara sementara kebanyakan pejabat pejabat kerajaan dan kedutaan ( termasuk Kedutaan Amerika ) masih kekal di Abidjan .
  4. Israel - Negara haram ini telah mengistiharkan Jerusalem sebagai ibukotanya pada tahun 1950. Bagaimanapun, Jerusalem masih dalam pertindihan tuntutan antara Israel dan Tebing Barat ( Palestin ), maka kebanyakan negara ( termasuk U.S ) masih mengekalkan kedutaan masing masing di Tel Aviv.
  5. Malaysia - Malaysia telah memindahkan kebanyakan fungsi pentadbiran dari Kuala Lumpur ke satu daerah yang terletak 25KM ke selatan yang diberi nama Putrajaya . Kerajaan Malaysia menyusun semula Pejabat Pentadbiran termasuk Kediaman Rasmi Perdana Menteri di lokasi ini sementara Kuala Lumpur masih kekal sebagai Ibukota rasmi .
  6. Myanmar - Pada hari Ahad, 6 November 2005, Pekerja Kerajaan , Penjawat Awam dan Pegawai Kerajaan telah diarahkan untuk berpindah dari Rangoon ke Ibukota baru Nay Pyi Taw ( juga dikenali dengan nama Nay Pyi Daw ) yang terletak 200 batu ke utara. Perpindahan ini adalah dikatakan atas hasil ramalam astrologi ( feng shui ) . Hingga ke hari ini , kedua dua bandar masih menyandang gelaran Ibukota namun tidak dikenalpasti yang mana adalah Ibukota rasmi .
  7. Holand - Walaupun secara sah ibukotanya ialah Amsterdam, namun sebenarnya segala pusat pemerintahan dan legislatif termasuk kediaman rasmi monarki negara ini terletak di The Hague .
  8. Nigeria - Ibu negara Nigeria telah berpindah secara rasmi dari Lagos ke Abudja pada 2 Disember 1991, namun sesetengan pejabat kerajaan masih kekal di Lagos .
  9. Afrika Selatan - Negara ini sangat unik kerana ia mempunyai 3 ibukota . Pretoria adalah merupakan pusat pentadbiran , Cape Town adalah kota legislatif, sementara Bloemfontein menjadi pusat penggubalan undang-undang ( judiciary ).
  10. Sri Lanka - Negara ini telah memindahkan pusat legislatifnya ke Sri Jayewardenapura Kotte, sebuah kawasan di pinggir ibukota rasminya Colombo.
  11. Swaziland - Mbabane adalah merupakan kota pentadbiran sementara bandar diraja dan pusat legislatif ialah di Lobamba .
  12. Tanzania - Sebuah bandar telah diisytiharkan sebagai ibukota rasmi Tanzania iaitu Dodoma namu hanya legislatifnya yang berpindah ke sini sedangkan yang lain nya masih kekal di ibukota de facto Dar Es Salaam .

No comments:

Post a Comment