Friday, November 5, 2010

Kerajaan Islam Andalusia

KEGEMILANGAN DAN KERUNTUHAN ANDALUS

Bani Ahmar adalah puak terakhir yang memerintah bumi Islam Andalusia.Selama tempoh 260 tahun kerajaan Bani Ahmar berkuasa,tentunya dikalangan para pemimpin akan timbul di kalangan mereka perselisihan pendapat.Faktor perselisihan inilah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan Bani Ahmar menjadi lemah dan akhirnya dikuasai oleh golongan kristian.

Menyingkap tabir, Sultan Muhammad Abu Abdillah an Nashriyyah ,adalah Raja terakhir yang memerintah kerajaan Islam Granada,Sepanyol.Pada 21 Muharram 897 Hijrah (H),beliau telah memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada dua buah kerajaan Kristian..Kesan daripada perjanjian itu maka berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang telah berkuasa selama 800 tahun lamanya.

Tambahan:


2 Kerajaan Kristian yang dimaksudkan adalah kerajaan dari Aragon dan juga kerajaan Castille.Kedua-dua buah kerajaan ini telah bersatu menjadi senuah kerajaan yang tunggal hasil daripada perkawinan yang berlaku di antara Ferdinand V dari Aragon dengan anak kepada King Henry IV yaitu Ratu Isabella dari Castille. Keduanya telah berkahwin pada tahun 1469.

Manakala Raja Ferdinand V dan Ratu Isabella adalah individu yang telah mendukung dan membantu ekspedisi penjelajahan yang dilakukan oleh Christopher Columbus pada tahun 1492


Perjanjian ini telah dimeterai kerana pemimpin Islam telah menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol.Telah tertulis dalam lipatan sejarah berkenaan kejadian paling memilukan telah menimpa ummat Islam pada tahun 892 H.




Istana Alhambra,yang dibina zaman peemerintahan Islam .Penyerahan Granada telah dibuat di halaman istana ini.

2 Jan 1492 - King Ferdinand dan Queen Isabella pertama kali memasuki Granada selepas pengunduran dan kekalahan Kerajaan Kesultanan Islam terakhir di Sepanyol selepas lebih kurang 800 tahun pemerintahan Islam di sana. Orang-orang Kristian mewarisi keindahan Istana Alhambra dan segala harta peninggalan di dalamnya. 800 tahun meninggalkan kesan yang banyak kepada bahasa, senibina dan muzik Islam kepada orang-orang Sepanyol yang sehingga hari ini boleh dilihat.


Seperti yang telah dilaporkan,dalam peristiwa itu, ribuan umat Islam telah mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka.Seperti yang diceritakan, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah,tentera Kristian telah membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol menuju ke Afrika. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol akan terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di afrika, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.


Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian turut membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan bersenjatakan pedang.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian telah membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.

Tetapi apa yang berlaku sidang pembaca sekalian?Pada hari ini setiap tahun dalam bulan April berjuta-juta orang dari seluruh dunia meraikan perayaan “April Fool” ini.Tidak terkecuali juga orang yang turut memeriahkannya terdiri daripada orang Islam sendiri.Tidak sedarkah mereka apakah dia kisah yang berlaku di sebalik April Fool itu ?

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI SEPANYOL :

Bermulanya sinar…

Islam mula masuk ke Sepanyol pada tahun 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Mereka telah memasuki kawasan Sepanyol melalui Jabal Tariq / Gibral Tar.

Pada asalnya Sepanyol merupakan sebuah Negara yang huru hara .Tetapi apabila ia dikuasai oleh orang Islam,Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur dan aman. Oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas mahu memeluk agama Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran.Keadaan harmoni dan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”

Kemaraan ummat Islam di Eropah hakikatnya tidak berhenti setakat di Sepanyol sahaja, malah mereka terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya .Satu-satu kawasan di Eropah jatuh di tangan barisan tentera Islam.



Musuh tetap mencari jalan


Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu.Tetapi mereka selalu gagal. Beberapa kali mereka melakukan percubaan demi percubaan tetapi tidak juga berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.


Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga berpecah menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana umat Islam sudah menjadi semakin lemah. Apa yang menyedihkan ada pula segelintir umat Islam sendiri yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.

Akhirnya kerana factor perpecahan inilah yang menyebabkan ummat Islam tidak lagi dapat menguasai Sepanyol.Kerajaan yang ditadbir oleh Islam ini ahirnya terpaksa tunduk kepada kerajaan Kristian yang lebih kuat.Lagi,tumbangnya kerajaan Islam di Sepanyol bukan semata kerana perpecahannyang melanda mereka,tetapi yang lebih utama lagi adalah kerana mereka telah mula meninggalkan ajaran Islam yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan mereka.Inilah perkara yang paling asas sebenarnya yang menyumbang kepada kejatuhan sinar Islam di Negara Sepanyol.

Wallahualam

Khalifah yang bijaksana

Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492 ( selama 782 tahun).Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.Tariq ibni Ziad mendarat di Gibraltar pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.

Pemerintah Islam telah membina istana besar di Andalus yang dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.Info : Semenjak Andalus dikuasai oleh Ferdinand ii,masjid Qordoba telah ditukar fungsi menjadi gereja sehinngalah pada hari ini.

Para penulis barat telah mengibaratkan Andalusia sebagai permata dunia kerana keindahannya.Thoriq Bin Ziyad adalah individu yang pertama membuka Andalusia dan telah menjadikanya sebagai ibu kota negara.

Andalusia di bawah pemerintahan Abd Rahman Al- Dakhil

Abd Rahman Al Dakhil adalah salah seorang pemimpin kerajaan Andalusia.Sebelum kedatangan Abdul Rahman Al Dakhil,Andalusia tidaklah ada apa yang istimewa berkenaan dengannya.Ia tidak ada bezanya dengan Bandar-bandar eropah yang lain.Tidak ada kemajuan yang bererti jika hendak dibandingkan dengan Kota Baghdad yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Umayyah pada masa itu.

Setelah Abd Rahman Al Dakhil memegang tampuk pemerintahan di Andalusia,keadaan telah banyak berubah.Cordova telah menjadi satu Bandar raya yang paling hebat di dunia pada abad pertengahan.Di bawah pemerintahan abd Rahman,banyak projek-projek besar yang telah dijalankan.Dalam masa yang singkat sahaja Cordova telah muncul sebagai sebuah Bandar yang maju dan indah menandingi ibu kota Baghdad.Di eropah,tiada satu Bandar pun yang dapat menandingi kemajuan dan keindahannya.


Jalan-jalan di Cordova pada waktu itu sangat moden,dan waktu malamnya pula diterangi dengan cahaya lampu-lampu yang sangat cantik.Keadaan ini tentulah amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan kota-kota lain yang terdapat di eropah seperti London.London dan Paris pada ketika itu kerap kali dilanda masalah banjir,mana kala di waktu malamnya pula tiada lampu yang menerangi…hanya kegelapan.Kemudahan-kemudahan asas seperti lampu malam memang tidak terdapat di kota-kota eropah ketika itu.


Khalifah Abd Rahman Al Dakhil pula merupakan seorang yang sangat produktif.Sektor pertanian merupakan antara sektor yang menjadi tumpuan khalifah untuk dimajukan.Tanaman import yang tidak terdapat di Andalusia telah ditanam secara besar-besaran,dan para petani telah diberi peluang seluas-luasnya untuk melakukan aktiviti pertanian dan perladangan.Pada waktu itu,kependudukan cordova telah mencapai seramai 500,000 orang,130 buah rumah, dan sebanyak 3000 masjid yang telah didirikan.


Sehingga kini,masjid Cordoba yang terdapat di Cordova merupakan masjid yang terindah hingga kini.Masjid ini telah dibangunkan tatkala Abd Rahman al Dakhil memerintah,dan disambung pula oleh anaknya yang bernama Hisyam.Antara kelebihan masjid ini ialah kapasiti tiangnya yang sangat banyak iaitu sebanyak 1417 batang tiang.Manakala lantainya pula dibuat daripada marmar,dan di halamannya pula didirikan tiang yang tinggi dihiasi emas dan perak.

Cordova juga telah menjadi sebuah pusat ilmu terkenal pada zamannya.Bahasa Arab telah menjadi antara subjek yang paling diminati ketika itu.Masyarakat sepanyol terutama dkalangan pemuda pada masa itu ramai yang berminat untuk mempelajari bahasa arab dan juga thaqafah Islamiah (Kebudayaan Islam).Para penuntutnya tidak hanya dikalangan orang Islam semata,tetapi juga melibatkan ramai pelajar yang beragama kristian.


Keadaan ini disebabkan oleh kedudukan bahasa Arab yang diangkat sebagai bahasa Ilmu pada waktu itu.Semua buku-buku pengetahuan pada masa itu adalah dalam bahasa Arab.,termasuk di sekolah kristian dan Yahudi sekalipun.Para pelajarnya juga tidak hanya dikalangan penduduk tempatan sahaja,tetapi juga negara-negara di eropah seperti Itali,Inggeris dan Perancis telah menghantar wakil-wakil khas mereka untuk menuntut ilmu di Andalusia.

Perpustakaan di Cordova juga telah didirikan.Di dalam setiap perpustakaan telah terdapat sebanyak 600 ribu buku yang boleh diperolehi.Pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Rahman An-Nasir,khalifah telah membina Universiti Cordova,manakala sewaktu pemerintahan al-hakam,sebanyak 27 sekolah telah didirikan.

Kependudukan di Cordova semakin bertambah kian hari.Oleh itu,khalifah telah membuka satu lagi Bandar baru yang terletak di Az Zahra,supaya Cordova tidak menjadi sesak.Az Zahra terletak 15 Km di bahagian barat Cordova

Pembinaan Bandar baru ini telah dilakukan oleh para arkitek yang handal,samada arkitek tempatan mahupun arkitek di luar..Projek pembinaan ini telah menggunakan seramai 10 ribu tenaga kerja.

Tetapi,keindahan kota ini tidak berkekalan,lantaran wujudnya masalah politik yang tidak stabil dan juga proses penyelenggaraan yang terbengkalai.Andalusia telah menjadi satu ikon bandaraya yang sangat sempurna sepanjang zamannya.Selain mempunyai kemajuan yang tinggi dalam aspek material,pendidikan,dan juga pembangunannya,Andalusia juga amat terkenal dengan keluhuran akhlak rakyanya yang amat tinggi.

Ini menyebabkan Andalusia benar-benar menjadi sebuah bandaraya yang cantik dari segi aspek luar dan dalam.Berbeza dengan keadaan kebanyakan bandaraya besar pada hari ini,kebanyakannya hanya maju dan cantik dari segi aspek material dan zahirnya.Tetapi aspek dalamannya ternyata kosong dan hancur.

Nota Tambahan :
Nota tambahan ini akan menceritakan sedikit berkenaan saat-saat Andalusia ingin ditakluki.

Baiklah,pada pertengahan 1491 M, Raja Ferdinand V telah mengepung Granada selama tujuh bulan.Selama tempoh tersebut,Ferdinand dan barisan tenteranya telah berkhemah di Gumada (di sebelah selatan kota). Sebelum Ferdinand mengepung Granada,dia telah pun berjaya menguasai Guadix dan Almunicar, Baranicar, dan Almeria selain Malaga yang merupakan sebuah pelabuhan yang termaju di Andalusia..Maka,tidak hairanlah apabila Ferdinand dan Isterinya Isabella telah diberi gelaran “Catholic Monarch” atau “Los Reyes Catolicos” atau Raja Katolik oleh Paus Alexander VI.


Hasil daripada perjanjian inilah maka orang-orang Islam telah dipaksa keluar dari Tanah Sepanyol.Bagi mereka yang mahu menetap di situ pula telah diberikan syarat supaya murtad keluar daripada ajaran Islam untuk memeluk agama Kristian.Perkara yang sama juga turut berlaku terhadap kaum Yahudi yang berada di situ dimana mereka juga turut dihalau keluar.Jika dilihat semasa Islam memerintah,kaum Yahudi dan Kristian mendapat kerakyatan dan layanan yang sama baik dengan masyarakat Islam.Tetapi kebaikan yang dicurah pemimpin Islam kepada penganut Kristian tidak sekali dihargai oleh mereka.

Apa yang lebih menyedihkan ialah,ketika Kristian menguasai Sepanyol,perpustakaan-perpustakaan yang telah didirikan semasa pemerintahan Islam telah habis dibakar dan di hancurkan.Malahan,Masjid Kordova yang telah didirikan oleh Sultan Abu Yusuf Al-Muwahhid pula telah dialih fungsi dan ditukar menjadi Gereja Santa Maria de la Sede..Jadi,anda sendiri boleh bayangkan betapa banyaknya khazanah ilmu milik Islam yang telah hancur dan tidak sampai kepada generasi Muslim kini tatkala perpustakaan-perpustakaan di Andalusia di hancurkan..Itu tidak dikira lagi dengan peristiwa hitam yang telah berlaku di Kota Baghdad.


Lihatlah,betapa musuh-musuh Islam memang tidak bagi sedikit rasa belas kasihan kepada orang Islam yang berada di bawah pemerintahan mereka.Banyak kemusnahan dilakukan,pembunuhan dan pelbagai perkara jahat lagi.Tetapi lihatlah pula bagaimana andaikata masyarakat bukan Islam berada di bawah naungan pemerintah Islam.Adakah mereka dizalimi?

Maka,melihat kepada sejarah sahaja kita boleh tahu pernagai sebenar golongan-golongan kuffar yang memusuhi Islam..Sehingga hari ini pun umat Islam masih lagi ditindas,dihina serta diberi bermacam-macam label.Mereka mengatakan Islam itu Terrorist,agama keganasan dsb.

Tetapi dari dahulu sampai sekarang,anda sendiri dapat menilai,siapakah dia golongan terrorist dan pengganas yang sebenar..

No comments:

Post a Comment