Sunday, November 7, 2010

Kesatria Malta - Bukan Sebuah Negara

Sebahagian orang telah mengatakan bahawa terdapat sebuah negara yang lebih kecil dari negara yang terkecil didunia iaitu Vatican City. Mereka berpendapat negara yang lebih kecil itu ialah sebuah Ibu Pejabat sebuah organisasi di Rome yang dikenali sebagai Sovereign Military Order Of Malta (SMOM) atau dikenali sebagai Kesatria Malta atau secara rasminya Sovereign Military Hospitaller Order Of St John Of Jerusalem, Of Rhodes And Of Malta .. humang aih , panjangnya .

Memang pada dasarnya , Kesatria Malta pernah menjadi sebuah negara yang merdeka, namun hari ini ia tidak lebih dari sebuah organisasi sebagaimana yang lain nya seperti Persatuan Palang Merah Antarabangsa dan Perkumpulan Red Crescent. Kesatria Malta merupakan sebuah organisasi keagamaan yang menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan di seluruh dunia . Ia menyandang status Pemerhati Tetap di PBB (sebagaimana Palang Merah) sejak 1994 dan boleh mengeluarkan passport kepada diplomatnya bagi tujuan perniagaan diplomatik, tetapi ia tidak memenuhi kriteria untuk diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka. Ia tidak mempunyai wilayah, penduduk tetap, kuasa polis dan tidak mempunyai ekonomi .

Kesatria Malta telah ditubuhkan pada akhir abad ke 11 apabila ia mendirikan hospital di Jerusalem untuk merawat penghijrah semasa era First Crusade. Organisasi ini berkembang dan membina lebih banyak hospital di sepanjang perjalanan dari Eropah ke Jerusalem. Sebagai tambahan kepada tugas merawat, mereka jua terlibat dalam peperangan dengan Pejuang Islam.

Seterusnya, apabila Jerusalem jatuh semula ketangan orang Islam, Kesatria Malta meninggalkan kawasan itu dan menghabiskan masa di beberapa tempat terutamanya di Pulau Cyprus. Pada 1309, SMOM mengambil alih kawalan pemerintahan di Rhodes (kini pulau di Greek) tetapi meninggalkannya pada tahun 1523. Mereka diberikan pemerintahan di Malta pada 1530 dan mendirikan ibukota pemerintahan Valetta.

Napoleon menguasai Malta pada tahun 1798 dan SMOM kehilangan negara lagi. Akhirnya , pada 1834 Kesatria Malta menemui tempat baru di Rome dan mereka mendudukinya sehingga ke hari ini .

Kesatria Malta diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka oleh Vatican City (Sedangkan Vatican pun lahir atas ihsan kerana ia tidak memenuhi semua kriteria sebagai sebuah negara), dan dibantu oleh banyak negara Roman Katolik yang lain, ia tidak memiliki sistem kewangan sendiri dan juga stem selain dari kegunaan istiadat. Walaupun Kesatria Malta mengekalkan "kedutaan" di banyak negara (seperti Russia, Sepanyol, Hungary & Poland), ianya tidak wujud bagi kebanyakan negara yang lain (seperti U.S, Canada, U.K & Jepun).

Terdapat 50 organisasi Kesatria Malta Kebangsaan dan beribu ribu ahli ( bergelar Kesatria ) seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment