Peta di atas menunjukkan kedudukan negara kota
Malayu dan empayar Srivijaya di Kepulauan
Sumatera.
|
Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) - pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik (atau Damascus).
Empayar Bani Umayyah yang berpusat di
Damsyik pada zaman kegemilangannya.
|
Setelah terdengar akan kemasyhuran kerajaan Malayu di sebelah Timur, maka
timbullah niat di hati baginda untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta
memonopoli perdagangan lada hitamnya. Kebetulan pula, baginda sedang
berusaha untuk memperluaskan empayar Islam serta ajaran Islam ke seluruh
dunia.
Pada ketika itu, kerajaan Malayu berada di bawah pemerintahan seorang maharaja yang bernama Sri Maharaja Lokitawarman. Baginda berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Lantas, Khalifah Mu’awiyah I telah mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, Sri Maharaja Lokitawarman telah menolak pelawaan khalifah tersebut secara baik.
Keengganan maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam telah membantutkan niat Khalifah Mu’awiyah I untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Tidak berapa lama kemudian, Sri Maharaja Lokitawarman telah mangkat dan tempatnya diambil alih oleh Sri Maharaja Srindrawarman.

Kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi,
Sumatera
sangat terkenal dengan hasil pengeluaran
lada hitamnya.
|
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi),
baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan
mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan
yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut (khalifah Bani
Umayyah dan maharaja Malayu) dikatakan sangat baik.
Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila maharaja Malayu
tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam. Peristiwa tersebut
berlaku kira-kira pada tahun 718
Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai
merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam.
Setelah peristiwa tersebut, maka bermulalah zaman di mana Malayu mula
dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam. Inilah kerajaan Islam yang
PERTAMA sekali di Kepulauan Melayu atau Nusantara. PengIslaman Sri
Maharaja Srindrawarman sekaligus telah menarik
minat ramai pedagang Arab dan Islam untuk datang berdagang di negara
kota Malayu.
Malah, para pedagang Arab juga telah menggelar Malayu sebagai ‘Sribuza Islam' (Srivijaya Islam) atau ‘Zabaq’ (yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi).
Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.
I-Tsing - seorang sami Buddha dari tanah
besar China
pernah melawat kerajaan Malayu dan empayar
Srivijaya.
|
Menurut
catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing,
kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar
Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni
berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.
Pada tahun 680
Masihi, pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China telah bertindak
menghantar
dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya.
Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di
Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.
Hasil campur
tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang
kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu
berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman - putera
kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.
Amoghavajra - salah seorang dari dua Sami
Buddha yang dihantar oleh
Dinasti Tang ke Srivijaya untuk menyekat
perkembangan Islam di Malayu.
|
Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri
Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara kota Malayu
(Sribuza Islam atau Zabaq) telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya.
Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman.

Kronologi Maharaja-maharaja Malayu
(Sila klik gambar di atas untuk melihat
dengan lebih jelas).
|
MAKLUMAT TAMBAHAN
Kebanyakan sumber pensejarahan di Malaysia dan Indonesia hari ini
mengatakan kononnya, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu
atau Nusantara adalah Kesultanan Perlak ataupun Kesultanan
Samudera-Pasai. Walau bagaimanapun, cerita di atas telah membuktikan
bahawa kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara
adalah kerajaan Malayu.
SUMBER RUJUKAN
- 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.
- Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.
- Pensejarahan Patani.
- Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.
No comments:
Post a Comment