Sebelum turunnya orang Tai secara bergelombang dari Yunnan bermula abad
ke-7 M sampai abad ke-10 M, Segenting Kra didiami oleh banyak jenis
masyarakat yang tidak berkepercayaan agama tersusun.
Kepercayaan mereka adalah kepercayaan berbentuk kepercayaan bahawa alam sekitar ini dihuni oleh roh-roh dan pemujaan terhadap roh sekeliling mereka bagi menjalani kehidupan lancar. Kepercayaan ini disebut sebagai kepercayaan animisme atau tantrayana. Kepercayaan orang asli seperti ini wujud di merata tempat di dunia seperti di India, di China, di Jepun, di Amerika, di Afrika dan semua tempat pun ada. Orang Hindu dan penganut ajaran Buddha pun ada yang percaya bahawa alam ini digerakkan oleh dewa-dewa yang mewakili unsur alam misalnya matahari diwakili sang Surya, bulan diwakili Sang Chandra, angin diwakili oleh Sang Bayu, api diwakili Agni, Dewi Sakti yang mewakili kuasa pencetus dan lain-lain. Dewa-dewa itu dikatakan sebagai jenis-jenis bangsa dan makhluk jugalah dalam jagat raya ini.
Kepercayaan mereka adalah kepercayaan berbentuk kepercayaan bahawa alam sekitar ini dihuni oleh roh-roh dan pemujaan terhadap roh sekeliling mereka bagi menjalani kehidupan lancar. Kepercayaan ini disebut sebagai kepercayaan animisme atau tantrayana. Kepercayaan orang asli seperti ini wujud di merata tempat di dunia seperti di India, di China, di Jepun, di Amerika, di Afrika dan semua tempat pun ada. Orang Hindu dan penganut ajaran Buddha pun ada yang percaya bahawa alam ini digerakkan oleh dewa-dewa yang mewakili unsur alam misalnya matahari diwakili sang Surya, bulan diwakili Sang Chandra, angin diwakili oleh Sang Bayu, api diwakili Agni, Dewi Sakti yang mewakili kuasa pencetus dan lain-lain. Dewa-dewa itu dikatakan sebagai jenis-jenis bangsa dan makhluk jugalah dalam jagat raya ini.
Di rantau Thailand pula, penempatan manusia purba dikesan di sekitar
wilayah-wilayah dalam Thailand sejak 500,000 tahun yang lampau. Penemuan
terbaru fosil kerangka Homo Erectus di wilayah Lampang di utara
merupakan antara contoh penempatan jenis manusia purba di dalam
Thailand. Jumpaan carigali tersebut bertarikh karbon sekurang-kurangnya
1000,000-5000,000 tahun yang lampau iaitu semasa zaman Pleistocene.
Jumpaan carigali purba jug ditemui di serata Thailand bertarikh dari
zaman Gangsa (1500 SM-500 SM) dan zaman Besi (500 SM-500 M). Kawasan
paling banyak dikaji dan digali adalah tapak di sebelah Timur Laut
Thailand utamanyaa di lembangan Sungai Mun dan Sungai Chi.
Sungai Mun utamanya adalah tapak-tapak kepada carigali kawasan kota yang
dibina disekelilingnya dengan parit-parit yang diisi air serta
mempunyai dinding kota untuk menjadi kubu. Kota berparit sekeliling
tersebut mengandungi bukti-bukti penaklukan zaman pra-sejarah. Sekitar
abad pertama masehi menurut kepada batu bersurat dari empayar Funan dan
rekod sejarawan China, terdapat sebilangan penempatan pedagang di
selatan Thailand yang nampaknya dilindungi oleh negara kota Melayu yang
antara utamanya dipercayai negara kota Langkasuka dan negara kota
Tambralinga.
Setengah penempatan pedagang menunjukkan kewujudan pedagang dari empayar Romawi. Ada jumpaan matawang emas empayar Romawi dengan titikan wajah maharaja Romawi Antoninus Pius (161 M) di Selatan Thailand.
Setengah penempatan pedagang menunjukkan kewujudan pedagang dari empayar Romawi. Ada jumpaan matawang emas empayar Romawi dengan titikan wajah maharaja Romawi Antoninus Pius (161 M) di Selatan Thailand.
Tamadun Awal Pra-Siam di Thailand
Sebelum ketibaan orang Tai dan kemasukan kebudayaan mereka ke dalam
wilayah-wilayah di Thailand moden ini, wilayah-wilayahnya diduduki oleh
sebilangan penduduk dari tamadun Melayu dan tamadun Mon-Khmer. Orang
Mon-Khmer memang ada kaitan dengan tamadun Hindu atau tamadun
Mahabharata dan ada cerita panjang lagi kalau membuka kitab suci orang
Hindu seperti Mahabharata. Tapi banyak lagi yang masih belum diterokai
di Thailand sebelum abad ke-13 M disebabkan kurangnya sumber
kesusasteraan dan sumber-sumber konkrit yang ditemui. Kebanyakan
maklumat sejarah lampau diperolehi melalui bukti jumpaan arkeologi atau
carigali sejarah.
Kerajaan Pra-Siam
1. Tengah Thailand: Dvaravati
Lembangan Sungai Chao Phraya di Tengah Thailand hari ini pernah menjadi
pusat ketamadunan orang Mon serta pusat penyebaran budaya Hindu-Buddha
tempatan. Ia mula bersinar sekitar abad ke-7 M sampai ke-10 M (Wyatt,
2003). Kewujudan tamadun-tamadun ini lama dilupakan oleh orang Thai
sendiri tetapi ditemui semula oleh orang Barat bernama Samuel Beal.
Beliau menemui satu rujukan tentang kerajaan purba dalam penulisan orang
China purba yang menyebut mengenai Toulopoti. Pada awal abad ke-20 M,
rombongan ahli arkeologi diketuai oleh George Coedes membuat usaha
carigali di Nakhorn Pathom dan menemui pusat kebudayaan Dvaravati.
Kemudian barulah disahkan bahawa "Toulopoti" itu merujuk kepada nama
negara Dvaravati apabila ditemui batu bersurat berbahasa Sanskrit.
Rentetan daripada itu, banyaklah tapak ditemui di sekitar lembangan Chao
Phraya. Dua tapak terpenting ada di Nakorn Prathom (Negara Pertama) dan
U Thong yang terletak di wilayah Suphanburi. Batu bersurat Dvaravati
menggunakan bahasa Sanskrit dan bahasa Mon Purba bertulisan dari tulisan
yang merupakan turunan tulisan Brahmana wangsa Pallava di India Lama.
Penduduk di Dvaravati diduga beragama Buddha menurut aliran Theravada
disebabkan hubungan yang rapat dengan Sri Langka, manakala kelompok
kasta pemerintah mengambil bahagian dalam upacara Brahmana menurut agama
orang Hindu. Kesenian Dvaravati, termasuklah kesenian yang berkaitan
dengan candi dan peralatan suci seperti arca-arca Buddha yang
menunjukkan sedikit persamaan dengan wangsa Gupta dari India Lama.
Kesenian ukiran tanah liat mereka yang lain ditemui di tapak carigali
adalah Dharmacakra atau Roda Batu yang melambangkan prinsip-prinsip
ajaran Buddha. Bahagian timur lembangan Chao Phraya pula lebih banyak
menunjukkan pengaruh Khmer Kemboja dan Hindu selain dijumpai batu
bersurat berbahasa Sanskrit dan berbahasa Khmer (Brown, 1996).
Dvaravati bukan sebuah kerajaan mutlak! Sebaliknya ia adalah jaringan
negara-kota yang membayar ufti kepada kuasa utama menurut sistem
mandala. Kebudayaan mereka menyebar ke Timur Laut Thailand sekarang
sampai ke sebelah selatan di Segenting Kra di negara-negara kota orang
Melayu. Dvaravati menurut sejarawan, merupakan antara bahagian dalam
perdagangan antarabangsa zaman purba kerana ditemui juga artifak Romawi
dan dicatatkan dalam rekod bahawa Dvaravati membayar ufti ke empayar
dinsti Tang di China purba. Kebudayaan Dvaravati ini kehilangan
taringnya sekitar abad ke-10 M akibat serangan demi serangan dari
Kemboja.
Mereka berevolusi menjadi bahagian politi Lavo atau Lawapura akibat penjajahan Kemboja dari wangsa Angkor.
Mereka berevolusi menjadi bahagian politi Lavo atau Lawapura akibat penjajahan Kemboja dari wangsa Angkor.
2. Timur Laut Thailand: Sri Kottabun
Sementara di bahagian Tengah Thailand wujudnya bahagian mandala
Dvaravati, di Timur Laut Thailand pula terdapat kebudayaan Sri Kottabun
yang dibangunkan oleh orang asli Mon-Khmer atau orang darat. Sri
Kottabun dianggap sebagai kebudayaan cawangan kepada Dvaravati. Mereka
menggunakan sistem tulisan Hindu menurut kepada sistem yang terpakai di
Dvaravati bagi menulis bahasa Sanskrit dan bahasa Mon Purba serta
membentuk kota-kota dengan kepungan bentuk lonjong. Dharmacakra dari
Dvaravati dijadikan sebagai batu penanda biara dn cetiya di Sri
Kottabun. Negara kota ini bertahan dengan perluasan kuasa orang Khmer
wangsa Chenla dari Kemboja sekitar abad ke-7 M. Kawasan terselatan
sekali di wilayah Timur Laut Thailand merupakan pusat kepada negeri
orang Chenla yang memperluas kependudukan mereka sampai melebar ke bawah
ibu kota Funan pada abad ke-7 M. Ibu kota Sri Kottabun terletak di
Nakorn Phanom atau Negara Bukit. Kawasan mereka ini meliputi bahagian
utara Timur Laut Thailand sampai ke tengah negara Laos hari ini.
3. Selatan Thailand: Kebudayaan Melayu Purba
Di Segenting Kra yang bermula dari bawah Teluk Siam sampai ke Utara
Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan yang didominasi oleh
kebudayaan Melayu walaupun terjadinya pertukaran kebudayaan sesama
negara kota pada zaman purba. Kebudayaan di kawasan ini bukanlah seperti
yang difahami pada zaman moden ini yang semuanya berlingkar dengan
agama Islam yang diwahyukan Tuhan kepada nabi Muhammad s.a.w di Tanah
Arab Hijaz. Agama Islam disebarkan di pantai-pantai oleh orang Arab
Islam sama ada dari kelompok syeikh keturunan Arab yang mengaji agama
dan mengajar agama atau oleh kelompok orang Arab dari gelombang
kemasukan Bani Hashim yang berhubungan kekeluargaan dengan nabi Muhammad
s.a.w.
Menjelang abad ke-2 M menurut kepada sumber China Purba,
penduduk-penduduk Melayu Purba di Segenting Kra diperintah oleh
datu-datu tempatan. Buku Malay Peninsula: Crossroads of Maritime Silkroads terbitan Leiden menyatakan bahawa mereka ini bukan sepenuhnya menyembah ke arah empayar Funan (Hergoualch et. al, 2002).
Bermula dari abad ke-6 M sampai seterusnya, ada dua mandala yang
memerintah di Segenting Kra iaitu Kanduli dan Langkasuka. Kanduli
berpusat di wilayah Surat Thani sekarang manakala Langkasuka dikatakan
berpusat di wilayah Patani. Kawasan Selatan Thailand pada zaman purba
merupakan pusat kepada falsafah Hindu dan ajaran Buddha aliran Mahayana.
Sami Buddha dari dinasti Tang pernah berhenti sebentar di Langkasuka
untuk belajar tatabahasa Sanskrit dan falsafah ajaran Buddha menurut
aliran Mahayana sebelum meneruskan perjalanan ke India Purba sekitar
abad ke-8 M. Pada ketika itu juga, negara-negara kota Melayu Purba
tempatan di Selatan Thailand dan Utara Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke
dalam mandala empayar Melayu Purba Srivijaya dari Pulau Sumatera.
Dalam abad ke-3 M juga, ada negara-kota Melayu Purba lain yang
bertamadun Hindu wujud di sebelah timur Segenting Kra iaitu kerajaan
Tamralinga. Negara-kota ini juga pernah dimasukkan ke dalam mandala
empayar Srivijaya. Negara-kota ini juga dikenali sebagai Nakhorn Si
Thammarat atau Negara Sri Dharmaraja yang pernah memecah masuk ke Sri
Langka pada abad ke-12 M sebelum mula mengalami kejatuhan. Nama rujukan
lain negara-kota ini adalah Ligor. Kadang-kadang mereka berbaik dengan
Langkasuka dan kadang-kadang berperang pula.
Menjelang penghujung abad ke-14 M, Tamralinga atau Ligor pernah diserap
sebentar dari segi pentadbiran dengan kerajaan Melayu Sumatera berpusat
di Jambi dengan sokongan Jawa. Pada sekitar 1365, kerajaan Hindu
Majapahit di Pulau Jawa mencatatkan Ligor sebagai sebahagian daripada
Siam.
Pelajaran bahasa Thai akan menyusul nanti-nanti sebab aku tengah mencatat masukan untuk pelajaran baru. Sambil belajar bahasa, kita boleh berhibur dengan cadangan lagu-lagu, filem-filem, kebudayaan dan lain-lain lagi.
Pelajaran bahasa Thai akan menyusul nanti-nanti sebab aku tengah mencatat masukan untuk pelajaran baru. Sambil belajar bahasa, kita boleh berhibur dengan cadangan lagu-lagu, filem-filem, kebudayaan dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment