Tuesday, August 20, 2013

Sejarah Syiah

Pada mulanya Syiah adalah Islam, tetapi telah terkeluar dari Islam dan membina agamanya sendiri dengan panduan Ayotollah mereka dan juga Kitab Usul Kafi mereka. Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai “pusat dunia”.

Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.
> ERA ABDULLAH BIN SABA”
Abdullah bin Saba” atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda” adalah seorang Yahudi dari San”a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35H.
Ibn Sawda” telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam. Malah Abu Dzar al-Ghifari RA juga telah dihasut supaya bangkit mempertikaikan siasah Muawiyah bin Abi Sufian RA sebagai Gabenor di Syam di dalam soal pentadbiran Baitulmal.
Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba” juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba”
Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba”, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini di dokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa (Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994).
Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba” bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin Saba” adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini.
Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dipelopori oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba”.
> ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH
Muawiyah bin Abi Sufyan RA telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali RA dan berundurnya Hasan RA dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang mendukung idea Ibn Saba” terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika.
Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya.
Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah.
Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah.
Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132H) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas as-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas as-Saffah telah terpilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah (132H).
> ERA KERAJAAN ABBASIYYAH
Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap pragmatik dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata.
Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu”ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu”ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan.
> ERA PRA FATIMIYYAH DAN AYYUBIYYAH
Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567H).
> ERA OTHMANIYYAH
Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi.
Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah.
Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 ““ 1908) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya”¦”
> ERA PASCA OTHMANIYYAH
Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.
Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah di”faraidh”kan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh.
Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia.
Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971.
> ERA REVOLUSI IRAN
Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.
Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.
Al-Marhum Said Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Said Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Said Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah ““ Syudzuz fi Al-”˜Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.
Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran ““ Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.
Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.
Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.
Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.
> PERTEMBUNGAN DI MASA HADAPAN
Sikap luar biasa Syiah yang memperlihatkan kecurigaan di sepanjang zaman tidak memungkinkan kita untuk meletakkan sebarang harapan dan simpati. Malah perkembangan di Iraq pasca serangan Bush dan penggantungan Saddam, mendedahkan kepada kita betapa lunaknya Syiah dengan sebarang peluang yang membolehkan mereka berkuasa, walaupun di atas kebinasaan orang lain.
Hal ini bakal menyulitkan lagi usaha untuk tidak mengaitkan Iran dengan fitnah umat Islam di akhir zaman kerana hadith ke 2944 di dalam Sahih Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan (sebuah wilayah di Iran) seramai 70 ribu, mereka itu memakai Tayalisah (jubah-jubah yang besar)”.
Apakah kesudahan pengkhianatan Syiah terhadap Ahli Sunnah? Semuanya di dalam pengetahuan Allah. Namun, untuk melihat mereka sebagai sandaran harap, tiada catatan sejarah yang menyokong, malah apa yang berlaku adalah sentiasa sebaliknya.
Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada kekeliruan di zaman yang serba mencabar ini.

Maqalaat Islamiyiin dan Asyaharastani 
Menurut Imam Abu Hasan Asy’ari dalam bukunya Maqalaat Islamiyiin dan Asyaharastani di dalam bukunya al-Milal wal Nihal, Syiah adalah nama yang diberi kepada mereka yang mengaku sebagai pengikut Ali dan percaya beliau mempunyai kelebihan berbanding para sahabat lain. Mereka lahir menjadi suatu aliran selepas berlaku ketegangan yang menjadi ukuran peperangan antara Ali dan Muawiyah. Apabila Ali dan generasi pertama Ahli Bayt meninggal dunia, timbul di kalangan mereka pandangan-pandangan yang tersendiri berhubung dengan akidah dan syariah. Antaranya mereka berhujah, kepimpinan negara adalah salah satu daripada rukun dan prinsip Islam. Tidak boleh bagi Nabi membiarkannya dan menyerahkan kepada umat semata-mata. Mereka percaya Imam itu bersifat maksum (suci daripada dosa).

Mereka percaya kedudukan Ali lebih layak menjadi khalifah dan bukannya melalui proses Syura (mesyuarat) sahaja. Mereka mendakwa kelebihan Ali berdasarkan kepada bukti secara terang dan tersembunyi. Bukti terang daripada Nabi Muhammad dengan katanya,

“Siapa yang dia jadikan aku sebagai tuannya maka Ali yang menjadi tuannya.”

Dan Nabi Muhammad berkata lagi,

“Orang yang paling layak menjadi hakim di kalangan kamu adalah Ali”.

Bukti yang tersembunyi adalah Nabi Muhammad menghantar Ali supaya membaca surah at-Taubah kepada jemaah haji, bukannya Abu Bakar.

Oleh itu mereka percaya kepimpinan negara Islam mesti diserahkan kepada Ali bin Abu Talib dan keturunannya. Melantik orang lain bermaksud merampas hak dan melantik orang yang tidak layak. Ada antara mereka menyifatkan perbuatan itu zalim dan kafir.

Akhirnya, Syiah berpecah kepada fahaman-fahaman yang banyak. Ada yang bersikap sederhana dan ada yang radikal.

Sejarah Syiah Zaidiyyah
Mereka adalah pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin. Imam Zaid dikenali sebagai Abu Muhammad dan Abu Hasan. Aliran ini dianggap paling hampir dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka tidak menganggap martabat imam itu sama seperti martabat nabi-nabi. Mereka tidak mengkafirkan para sahabat nabi Muhammad. Mereka berpendapat Imam Zaid paling layak menjadi imam selepas Husain bin Ali meninggal dunia. Kemudian, ia diikuti zuriat daripada keturunan Fatimah az-Zahra”. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar sebagai imam negara Islam walaupun mereka percaya Ali lebih layak. Ini kerana, orang yang kurang syaratnya boleh menjadi khalifah walaupun ada orang yang paling layak dan imam tidak mestinya maksum. Dalam perkara Tauhid mereka lebih hampir kepada Muktazilah, tetapi dalam perkara Fikah mereka lebih hampir kepada mazhab Syafie. Pengikut mereka masih ramai di negeri Yaman dan sedikit di Asia Tenggara.

Imam Zaid gugur syahid bersama-sama beberapa orang pengikutnya ketika mereka keluar menentang tentera kerajaan Umawiah di bawah pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik. Peristiwa itu berlaku pada hari Isnin 2 Safar tahun 122 Hijrah ketika Imam Zaid berusia 42 tahun. Kemudian anaknya Yahya bin Zaid menjadi imam, Yahya juga dibunuh pada akhir kerajaan Umaiyah, kemudian kepimpinan mereka beralih kepada Muhammad bin Abdullah bin Hassan bin Hassan bin Ali bin Abi Talib yang lahir di Madinah tetapi beliau terbunuh pada zaman kerajaan Abbasiah. Imam Abu Hanifah (imam fahaman Hanafi) bersimpati dengannya dan melafaz ikrar setia sehingga Abu Hanifah dihukum penjara oleh Abu Jaafar al-Mansur dan meninggal dunia dalam penjara. Fahaman Zaidiah berpecah kepada 3 aliran:

Jarudiah
Pengikut kepada Abu Jarud (Sulaiman bin Zaid bin Abi Zaid). Dia menyeleweng daripada ajaran Imam Zaid. Ajarannyaberfahaman, Hasan bin Ali menjadi imam selepas ayahnya. Selepas Hasan, Husain bin Ali bakal menggantikannya berpandukan wasiat Ali. Di kalangan mereka ada yang berpendapat, Imam Mahdi yang lahir pada akhir zaman adalah Muhammad bin Abdullah bin Hasan bin Hasan bin Ali yang dikenali dengan Nafsu Zakiah, yang dibunuh syahid pada zaman kerajaan Abbasiah.

Sulaimaniah
Adalah pengikut Sulaiman binjarrir al-Zaidi, mereka mengiktiraf perlantikan Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah walaupun pada mereka Ali lebih layak. Namun, mereka mengecam keras tindakan Uthman, Aisyah, Thalhah dan Zubair kerana menentang Ali bin Abu Talib.

Battariah
Pengikut Hasan bin Soleh bin Yahya. Mereka mengiktiraf perlantikan khalifah Abu Bakar dan Umar dan tidak salah melantik mereka berdua. Perlantikan Uthman tidak boleh dipertikaikan kerana beliau termasuk dalam 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Nabi Muhammad. Bagi mereka sebarang kesilapan diserahkan kepada Allah. Kedudukan Ali di sisi mereka adalah manusia paling baik selepas Nabi Muhammad, paling layak menjadi khalifah, tetapi Ali menyerah jawatan itu kepada orang lain secara rela. Mereka juga berpendapat, sesiapa yang menghunuskan pedangnya dengan berani, bersifat zuhud lagi alim di kalangan keturunan Hasan dan Husain, dia layak menjadi imam.

Hasan bin Soleh bin Yahya yang menjadi pemimpin fahaman ini adalah seorang yang alim. Imam Muslim pernah merekodkan hadis daripadanya dan Bukhari menyebut rekodnya dalam buku al-Adabu Mufrad.
Antara imam-imam fahaman Zaidiah yang terkenal adalah Imam Zaid bin Ali, Imam Yahya bin Zaid bin Ali dan Imam Muhammad bin Abdullah al-Nafsu al-Zakiah.

Info tambahan syiah zaidiyah ada di http://ibnnajib.blogspot.com/2011/12/syiah-zaidiyah-tidak-mengkafirkan_30.html

Sejarah Syiah Imamiyyah
Mereka adalah golongan Syiah yang kedua terbesar dan berusaha supaya lebih hampir pada perpaduan dengan umat Islam seluruhnya. Golongan Syiah ini adalah paling ramai pengikutnya, iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asia Tengah yang dijajah oleh komunis Rusia.

Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan. Beliau diakui oleh seluruh sarjana Islam termasuk juga sarjana Ahli Sunnah wal Jamaah. Imam Jaafar as-Sadiq adalah sarjana mujtahid, kaya dengan ilmu, warak dan zuhud yang tidak melampau pandangannya. Namun, timbul beberapa pendapat yang berbeza daripada pendapatnya selepas beliau meninggal dunia.

Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Isna Ashariah (Imam 12) kerana mereka menentukan 12 imam iaitu:

1. Ali bin Abu Talib
2. Hasan bin Ali
3. Husain bin Ali
4. Ali bin Husain (Zainal Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hussin (Muhammad Baqir)
6. Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq)
7. Musa bin Jaafar (al-Kazim)
8. Ali bin Musa (al-Rida)
9. Muhammad bin Ali (aljawad)
10. Ali bin Muhammad (al-Hadi)
11. Hasan bin Ali (al-Askari)
12. Muhammad bin Husain (al-Mahdi). Beliau hilang pada tahun 329 Hijrah. Pengikut Imamiah percaya beliau akan lahir menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman.

Kemudian mereka berpecah pula kepada beberapa fahaman yang mempunyai pegangan dan akidah yang berlainan antara satu sama lain, Sebahagiannya terpesong daripada ajaran Imam Jaafar as-Sadiq.


Syiah pernah memerintah dunia Islam (296 H/909 M - 566 H/1171 M). Al-Azhar adalah lambang dan bukti kemasyhuran Syiah Fatimiah.
Selama pemerintahan itu, banyak ajaran Syiah diterapkan di dalam ahli sunnah.
Sehingga kita dianggar lebih 150 juta penduduk di dunia terdiri dari Syiah.
Pengaruh falsafah tasawuf semakin berkembang pada zaman tersebut.

Ulama ahli sunnah pada zaman tersebut:
-Ibnu Hibban (w.354H)
-At-Tabari (w.310H)
-Thabarani (w.360H)
-at-Tahawi (w.321H)
-Ibn Hazm (w.456H)
-Al-Hakim Naisaburi (w.405H)
-As-Sabuni (w.449H)
-Ibn Jauwzi (w.597H)
-Al-Baihaqi (w.458H)
-Abdul Qadir Jailani (w.561H)
-Abu Musa al-Madiani (w.581H)
-Al-Qurtubi (w.595H) - astronomi, sains, perubatan
-Abd al-Ghani al-Maqdisi (w.600H)

dari senarai yang saya kumpulkan ini, dapatlah kita kaitkan kenapa hadis riwayat Ibn Hibban, Hakim, Tabari, Thabarani, Baihaqi dan lain-lain lagi yang sezaman dengannya mempunyai unsur berbaur syiah.

Di akhir pemerintahan Syiah, ilmu sains dan astronomi juga mula berkembang pesat dan beberapa ulama ketika itu terus bertasawuf, antaranya Abdul Qadir Jailani.

Ibnu Taimiyyah (w.653H) yakni anak murid Imam Nawawi dilahir pada pasca kejatuhan Fatimiyyah. Beliau mula merekodkan, terdapat banyak aktiviti bidaah di Damsyiq dan Mesir serta banyak ajaran sufi yang menyimpang dari Islam, dan banyak lagi khurafat dan bidaan kesan dari "Fatimiyyah"


BAQIRIAH DAN JAAFARIAH
Mereka adalah pengikut kepada Muhammad Baqir, imam yang ke-5 menurut senarai imam-imam mereka. Mereka juga pengikut anaknya Imam Jaafar as-Sadiq iaitu imam yang ke-6. Para pengikutnya berkata, kedua-duanya adalah imam seperti Zainal Abidin yang menjadi imam sebelum daripada keduanya, tetapi di kalangan mereka ada yang berpendapat:

1. Yang menjadi imam mesti daripada keturunan mereka berdua.
2. Yang menjadi Imam adalah Ali, kemudian sumber menetapkan Hasan, diikuti Husain, kemudian kepada anaknya yang bernama Ali kemudian kepada Baqir. Sekiranya Baqir masih hidup, beliau dikatakan bakal menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman.

Walau bagaimanapun, Baqir meninggal dunia sebelum menepati ramalan mereka. Mereka melantik anaknya iaitu Jaafar menjadi imam. Imam Jaafar as-Sadiq tinggal di Madinah. Golongan Syiah menganggap Jaafar mempunyai rahsia-rahsia ilmu. Jaafar berpindah ke negara Iraq. Beliau menolak sekeras-kerasnya pendapat-pendapat yang yang diada-adakan oleh mereka yang mendakwa sebagai pengikutnya dan pendapat itu bercanggah dengan Islam. Antara fahaman mereka: Hilangnya imam, berpindah roh orang yang mati ke dalam roh orang-orang yang masih hidup atau kembali semula ke alam dunia selepas mati, menyerupakan Tuhan dengan makhluk, menolak fahaman Muktazilah, Jabariah dan penyelewengan-penyelewengan yang lain dan melaknat sekeras-kerasnya mereka yang menyeleweng itu. Namun, pengikut-pengikutnya berpecah selepas beliau meninggal dunia, antaranya:

Nawusiah
Pengikut bernama Nawus dan sebahagian sarjana menamakannya Ibnu Nawus. Mereka berpendapatJaafar as-Sadiq dipilih menjadi imam berdasarkan sumber daripada Imam Baqir. Jaafar as-Sadiq dipercayai masih hidup hingga sekarang dan beliau bakal menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman. Ada juga yang berpendapat, Ali akan hidup semula bagi memenuhi bumi dengan keadilan. Kemudian golongan yang bernama Saba’iah bergabung dengan golongan ini.

Al-lfthahiah atau Al-A’mariah
Mereka adalah pengikut Amar yang disandarkan kepada Abdullah al-Aftah, anak Imam Jaafar as-Sadiq. Mereka percaya, Imam Jaafar berpesan supaya melantik anaknya Abdullah menjadi imam. Namun, Abdullah meninggalkan dunia 70 hari selepas ayahnya meninggal dunia.

Al-Sumaitiah
Mereka adalah pengikut Yahya bin Abi al-Syumaith yang juga menjadi pengikut kepada al-Muhtar bin Abi Ubaid al-Thaqafi dan terbunuh bersamanya. Mereka berpendapat, imam itu dilantik melalui sumber daripada Imam Jaafar kepada anaknya. Manakala bakal Imam Mahdi adalah daripada kalangan anak-anaknya. Imam itu dipilih daripada anak-anak Imam Jaafar secara turutan iaitu Ismail, Muhammad, Abdullah al Aftah dan Ishak.

AL-MUSAWIYAH DAN AL-MAFADLIAH
Mereka adalah kumpulan yang percaya yang menjadi imam adalah Musa binjaafar al-Kazim. Ketua kumpulan ini adalah al-Faisal bin Umar. Mereka percaya, Musa al-Kazim masih hidup. Beliau pernah dibawa masuk berjumpa dengan Khalifah Harun ar-Rashid dan tidak keluar lagi. Beliau juga diramal akan keluar menjadi Imam Mahdi. Menurut sejarah, Imam Musa ditahan kemudian meninggal dunia (syahid) kerana diracun. Kemudian golongan ini berpecah pula kepada beberapa fahaman:

Al-Maaturah
Mereka yang berpendapat tidak tahu sama ada Imam Musa masih hidup atau sudah mati.

Al-Quda’yah
Mereka yang mengambil keputusan Imam Musa sudah mati.

Al-Waqifah
Mereka yang berpendapat, Imam Musa tidak mati sebaliknya beliau akan lahir semula selepas ghaib.

Isna Ashariah (Imam 12)
Fahaman Imamiah juga dikenali sebagai Isna Ashariah tetapi ada di kalangan mereka seperti Kasyaf al’Ghita’. Dia adalah salah seorang sarjana mereka pada zaman moden. Mereka juga menganut agama tauhid semata-mata, menolak fahaman yang menyatakan Allah serupa dengan makhluk, menolak sifat-sifat kekurangan, menolak ajaran tanasuh al-ruh, mujassimah, hulul dan ittihad. Golongan ini yang dikenali dengan Isna Ashariah Jaafariah pada hari ini menolak fahaman-fahaman yang bercanggah dengan dasar-dasar akidah yang dianuti oleh sebahagian daripada aliran-aliran sebelumnya dan menganggapnya kafir.

ISNA ASHARIAH (IMAM 12)
Fahaman Imamiah juga dikenali dengan Isna Ashariah tetapi ada di kalangan mereka seperti Kasyaf al-Ghita’. Dia adalah salah seorang sarjana mereka pada zaman moden Mereka juga menganut agama tauhid semata-mata, menolak fahaman yang menyatakan Allah serupa dengan makhluk, menolak sifat-sifat kekurangan, menolak ajaran tanasuh al-ruh, mujasimah, hulul dan ittihad. Golongan yang dikenali dengan Isna Ashariah Jaafariah pada hari ini menolak fahaman-fahaman yang bercanggah dengan dasar-dasar akidah yang dianuti oleh sebahagian daripada aliran-aliran sebelumnya dan menganggapnya kafir.

Mereka juga menambah rukun iman yang ke-6 iaitu percaya kepada imam. Menurut mereka, jawatan imam adalah anugerah Tuhan sebagaimana nabi. Allah menyuruh nabinya supaya menunjukkan imam melalui bukti al-Quran. Apabila nabi menyampaikan ajarannya daripada Allah maka imam menyampaikannya daripada nabi. Mereka percaya imam adalah maksum (terpelihara) daripada dosa seperti nabi.

Dalam ilmu fikah, mereka berselisih pendapat dengan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam perkara nikah Mut’ah (kahwin bertempoh). Mereka mengharuskan nikah ini walaupun Ahli Sunnah mengharamkannya. Mereka menjamakkan sembahyang di tempat tinggal, sembahyang Jumaat ditangguhkan sehingga lahirnya imam yang ghaib iaitu Imam Mahdi, sembahyang hari raya hukumnya wajib. Sembahyang tarawih tidak dilakukan secara berjamaah. Menambahkan azan dengan kalimah ‘Aku bersaksi Ali itu wali Allah’ dan ‘Marilah mengerjakan perbuatan baik” dan lain-lain lagi.

Dalam ilmu tafsir dan rujukan hadis, mereka dapat memastikan laporan Ahli Bait yang diambil daripada Ali bin Abi Talib. Mereka tidak mengiktiraf laporan Abu Hurairah dan sahabat-sahabat yang lain. Begitu juga buku-buku tafsir seperti Tafsir al-Tabari, al-Qurtubi, Ibnu Katsir dan sebahagiannya dan buku-buku hadis seperti Al-Muwatha’ karangan Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sahih Bukhari dan Muslim dan buku al-Arba’ah.

Al-Ismailiah al-Waqifah
Golongan ini dianggap sebahagian daripada Syiah yang radikal dan terkeluar daripada agama Islam. Mereka percaya, yang menjadi Imam adalah Ismail bin Jaafar as-Sadiq, tetapi Isna Ashariah tidak mengiktiraf fahaman ini dan tidak mengiktiraf Ismail menjadi Imam selepas Imam Jaafar as-Sadiq meninggal dunia. Menurut mereka, Ismail adalah seorang yang melakukan kerja-kerja maksiat yang termasuk dalam dosa besar seperti meminum arak dan sebagainya. Namun, pengikut fahaman Ismailiah berkata, “Tidak mengapa dia mengerjakan dosa besar kerana dia maksum. Apabila dia minum arak, dia minum di bawah ilmu Allah.”

Menurut Imam Abu Hasan al-Asy’ari, daripada fahaman Ismailiah ini juga lahirnya fahaman Qaramitah yang mengikut ajaran batiniah. Kemudian golongan Ismailiah bertelingkah dalam isu kematian Ismail.
Ada di kalangan mereka yang berpendapat, Ismail tidak mati tetapi berpura-pura mati sebagai taqiah (menyelamatkan diri) daripada menjadi mangsa pemerintahan Abbasiah. Ada juga yang berpendapat, Ismail sebenarnya sudah mati maka anak-anaknya pula yang menjadi imam setepasnya. Ada juga berpendapat, yang menjadi imam selepas Ismail adalah anaknya Muhammad bin Ismail. Buku ini akan membincangkan dengan lebih terperinci apabila memasuki fahaman Ghulah yang dianggap terkeluar daripada Islam.

GHULAH AL-SYIAH
Mereka adalah terdiri daripada kumpulan fahaman Syiah yang dihukum keluar daripada Islam walaupun mereka mengaku sebagai pengikut Islam, kerana fahaman yang menjadi pegangan mereka membatalkan akidah. Antara fahaman-fahaman itu adalah:

Al-Saba’iah
Mereka adalah pengikut ajaran yang dibawa oleh Abdullah Inn S,di,r. Dia berasal daripada agama Yahudi kemudiannya mengaku Islam. Dia pernah berkata kepada Ali, “Awak adalah awak” Ia bermaksud, awak adalah Tuhan. Lalu dia dihalau ke Madyan. Selepas Ali meninggal dunia, dia menyebarkan ijarannya. Antara ajarannya, Yushak bin Nun adalah orang s.mg diwasiatkan oleh Musa, Ali juga diwasiatkan oleh Nabi Muhammad. Selepas itu, ajaran itu berkembang daripadanya luhaman-fahaman radikal yang lain. Kemudian, dia mendakwa Ali sebenarnya tidak mati. Beliau datang bersama awan, guruh .idalah suaranya, kilat ialah senyumnya, apabila bumi dipenuhi kezaliman, Ali turun memenuhi dengan keadilan. Kemudian dia membawa fahaman tanasukh al-arwah (selepas roh berpisah daripada jasad seseorang, roh itu berpindah pula ke jasad yang lain). Fahaman itu berasal daripada kepercayaan agama Hindu. Kemudian dia menyatakan, Tuhan menjelma ke dalam diri imam-imam yang dilantik selepas Ali.

Ismailiah
Pada awalnya fahaman ini seperti yang dijelaskan berhubung dengan Ismailiah al-Waqifah, iaitu mereka berpendapat imam mereka adalah Ismail binjaafar as-Sadiq. Oleh itu, mereka berselisih faham dengan golongan yang menyatakan imam selepas Jaafar adalah Musa al-Kazim. Golongan yang berpendirian sederhana mengakui Imam Musa al-Kazim. Mereka menyatakan Ismail menjadi imam yang disimpan dahulu seperti Hasan bin Ali di mana anak-anaknya tidak harus menjadi imam apabila dia meninggal dunia. Tetapi golongan Ismailiah ini berpendapat Ismail juga terus meninggalkan pusaka menjadi imam kepada anak-anaknya seperti juga Husain bin Ali. Ada juga di kalangan mereka yang berpendapat Jaafar melantik Musa sebagai penggantinya kerana untuk memelihara keselamatan Ismail, yang sebenar menjadi imam ialah Ismail bukannya Musa.

Akidah mereka terkeluar daripada Islam kerana diresapi oleh perkara-perkara yang membatalkan akidah seperti membezakan syariat Allah dan menafikan tempat-tempatnya. Mereka berpecah kepada beberapa fahaman:

Al-Batiniah
Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah kerana mereka berkata, “Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad”, mereka menghurai ayat-ayat Allah dan hadis Nabi Muhammad dengan cara yang menyeleweng daripada maknanya yang sebenar berpandukan Nabi Muhammad, para sahabat, tabi’in dan sarjana Islam yang diiktiraf. Mereka mendakwa imam itu ada yang tersembunyi.

Antara akidah mereka seperti yang dinyatakan dalam buku mereka adalah, Allah menjadikan dirinya kemudian kedua-duanya mentadbir alam ini. Mereka juga menafikan mukjizat. Menafikan turunnya malaikat membawa wahyu dari langit. Mereka menuduh nabi-nabi adalah orang-orang yang mahu jawatan menjadi ketua semata-mata. Mereka berpendapat hukum-hukum syariat itu boleh ditakwil. Sembahyang ditakwil dengan dengan taat kepada imam. Haji itu menziarahi imam. Puasa itu menahan rahsia imam bukannya tidak makan. Berzina itu adalah mendedahkan rahsia imam mereka juga berkata,

“Sesiapa yang tahu makna hakikat ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya dengan mentakwilkan kata-kata Allah surah aJ-Hijr, ayat 99,

“Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu yakin.”

Mereka juga menimbulkan syak kepada al-Quran, Taurat, Zabur dan Injil, membatalkan hukum syariat, tidak percaya kepada hidup semula selepas mati dan menolak adanya malaikat dan jin. Antara masalah-masalah dalam al-Quran yang dijadikan bahan perbincangan mereka adalah,

“Huruf-huruf yang menjadi permulaan surah-surah al-Quran dengan takwil-takwil yang direka.”

Antara cara yang dilakukan bagi mempengaruhi orang ramai adalah dengan menagih simpati dan menyokong Ahli Bait yang menjadi sasaran tekanan pada zaman Umawiyah dan Abbasiah.
Gerakan ini bertolak daripada gerakan Abdullah bin Saba’ yang bergabung dengan golongan Ismailiah. Antara tokoh mereka adalah al-Mughirah bin Said al-A ‘jali yang selalu datang berjumpa Imam Muhammad Baqir. Kemudian dia memutarbelitkan ajaran yang sebenar, antaranya mentafsirkan kenyataan Allah surah an-Nahl, ayat 90,

“Sesungguhnya Allah menyeru kepada keadilan, berbuat baik dan memberi hak kepada kaum keluarga dan melarang daripada kejahatan dan mungkar.”

Dia berkata “Adil dan ihsan itu adalah Fatimah dan Ali, kaum kerabat adalah Hasan dan Husain, kejahatan itu adalah Abu Bakar dan mungkar itu Umar.”

Apabila Imam Muhammad al-Baqir mengetahui penyelewengan al-Mughirah, beliau menolak dengan sekeras-kerasnya dan menjauhkan diri daripadanya.

Pada akhirnya al-Mughirah bertindak lebih melampau lagi sehingga mengatakan Ali boleh menghidupkan orang mati dan mengetahui perkara yang ghaib. Kemudian dia melantik dirinya menjadi imam sehingga mengaku menjadi Tuhan.

Kemudian lahir pula muridnya yang bernama Abu Mansur al-A’jali yang berkata, “Nabi itu tidak berakhir dengan Nabi Muhammad. Pintu-pintunya terbuka kepada golongan Ismailiah.”

Abu Mansur sendiri mengaku dirinya menjadi nabi. Ajaran ini dihidupkan pada zaman sekarang oleh golongan Baha’i.

Antara tokohnya juga adalah Maimun bin Dishan yang berasal daripada pengikut agama Yahudi. Kemudian dia menganut Islam dan menganut ajaran Batiniah. Dia membawa fahaman yang menyatakan imam itu mempunyai sifat maksum yang tidak terhingga kerana pelantikannya daripada Allah. Dia wajib bersifat memelihara syariat sejak azali dan berada dalam ilmu Allah yang qadim, bersama nur yang awal, berpindah daripada nabi kepada imam. Bagi memelihara rahsia fahamannya, dia membahagikannya kepada tujuh martabat. Seseorang itu tidak naik ke martabat yang lebih tinggi melainkan selepas berjaya diuji.

Qaramitah & Duruz
Mereka adalah pengikut kepada Hamdan bin al-As’as yang terkenal dengan Hamdan Qirmit. Qirmit bermakna melangkah pendek apabila berjalan. Ini kerana Hamdan dilihat pada zahirnya sebagai seorang yang bersifat zuhud dan fakir. Dia menetap di kampung daerah Teluk Parsi dengan mendirikan sebuah kawasan dan menamakannya dengan Darul Hijrah kononnya mengikut contoh nabi. Selepas berjaya mendapat pengaruh, dia menyebarkan ajarannya di daerah sekitarnya.

Ajarannya juga berfahaman kebatinan. Antara cara dia mengumpul pengikut dan menegakkan ajarannya adalah dengan mengumpulkan harta yang menjadi milik bersama sehingga masing-masing mempunyai senjata bagi menentang sesiapa yang menghalang.

Masalah makan minum diatasi dengan cara berkongsi. Kemudian, dia membawa pengikutnya supaya bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dengan tujuan berjinak-jinak dan berkasih sayang.

Pada tahun 513 Hijrah (12 Januari 930) , mereka menyerang Mekah dengan bala tentera yang dipimpin oleh Abu Tahir al-Janabi. Pada Hari Raya Haji, mereka membunuh jemaah yang datang ke masjid dan orang-orang yang tawaf. Mereka masuk ke dalam Kaabah dengan berkuda, kencing semasa tawaf, mencabut Hajarul Aswad dan mengambil perhiasan Kaabah sambil mencaci secara mengejek.

“Kalaulah rumah ini menjadi Tuhan, nescaya dia menyiram api neraka ke atas kita. Sesungguhnya kami tinggalkan jenazah-jenazah antara telaga zam-zam dan bukit Safa yang tidak mahu kepadanya melainkan Tuhan yang mengaku Tuhan.”

Batu Hajarul Aswad menjadi rampasan mereka selama 20 tahun sehingga tentera Islam dapat mengalahkan mereka dan mengambil semula Hajarul Aswad.

Duruz
Mereka adalah kumpulan yang berasal daripada golongan pelampau Syiah yang pernah menegakkan Kerajaan Fatimiah di Utara Afrika. Pengikut kepada Muhammad bin Ismail al-Duruzi, yang berbangsa Turki. Sebahagian sarjana menyatakan dia berbangsa Parsi. Dia menjadi penyokong kuat kepada raja al-Hakim Biamrillah yang mengaku menjadi Tuhan. Dia dengan beraninya mengisytiharkan raja itu sebagai Tuhan di salah sebuah masjid di bandar Kaherah, Mesir. Kemudian, dia mengajak orang ramai beriman dan beribadah kepadanya tetapi golongan Durzi melaknatnya dan tidak menghormatinya lagi. Golongan Durzi mendakwa mereka adalah pengikut kepada Hamzah bin Ali al-Zuzani al-Farisi yang bergelar al-Hadi yang juga kenalan rapat al-Hakim Biamrillah.

Al-Hakim memeritahnya supaya menerima jawatan pemimpin menyeru kepada fahaman Ismailiah dengan gelaran al-Sannadu al-Hadi dan diperintah supaya menjadikan Lembah Tim sebagai pusat kegiatannya. Apabila al-Hakim Biamrillah menghilangkan diri, golongan Durzi berpendapat dia menghilangkan dirinya bagi membuang kotoran murid-muridnya. Dia akan kembali semula apabila kezaliman di dunia ini sampai ke puncaknya dan dia kembali semula bagi menghitungkan orang-orang bukan Islam.

Terlalu payah mendapat rujukan mengenai dengan ajaran mereka kerana mereka sangat merahsiakannya. Mereka tinggal berasingan daripada orang ramai iaitu di kawasan bukit-bukau dan pergunungan di Lubnan. Walau bagaimanapun, mereka adalah pecahan daripada fahaman Ismailiah bil Batiniah. Antara perkara yang menjadi kepercayaan mereka adalah:

- Mempercayai tanasukh, iaitu roh berpindah daripada orang yang sudah mati kepada jasad orang lain. Alasan mereka adalah walaupun jasadnya mati namun rohnya tetap hidup. Mereka juga berkata, “Iblis lahir dalam tubuh Nabi Adam, kemudian berpindah ke tubuh Nabi Nuh, kemudian ke tubuh Nabi Ibrahim, kemudian ke tubuh Nabi Musa kemudian ke tubuh Nabi Isa, akhirnya ke tubuh Nabi Muhammad.” Mereka berkata pula, “Syaitan itu lahir dalam tubuh Nabi Adam. Kemudian ke dalam tubuh Sam bin Nuh, kemudian ke dalam tubuh Nabi Ismail, kemudian ke dalam tubuh Yushak, kemudian ke dalam tubuh Syam’un al-Shafa, kemudian ke dalam tubuh Ali bin Abi Talib, kemudian ke dalam tubuh Qidah (salah seorang pemimpin golongan Qaramitah).
- Ruh orang yang mati akan kembali semula ke dunia ke dalam tubuh kanak-kanak yang baru dilahirkan.
- Percaya kepada Injil dan al-Quran dengan cara memilih ayat yang boleh ditakwil dan meninggalkan ayat-ayat yang tidak boleh ditakwil. Mereka berkata juga al-Quran itu diwahyukan kepada Sulaiman al-Farisi. Kemudian ia diambil oleh Muhammad dan dia menisbahkannya kepada dirinya. Mereka menamakan al-Quran dalam buku-buku mereka dengan al-Mastur al-Mubin.
- Mereka cenderung tidak mengerjakan ibadah dan jihad kerana mereka percaya Raja al-Hakim Biamrillah menjelma kepada mereka pada awal tahun 804 Hijrah lalu menggugurkan perintah sembahyang, puasa, zakat, haji, jihad, wilayah dan syahadah.

Al-Karrabiah, Al-Kamiliah, Muhammadiah, Hisyamiah

Al-Karrabiah:
Mereka adalah pengikut Abu Karab al-Dharir dan sesetengah ulamak menamakan dengan Ibnu al-Dharir. Golongan ini terlalu melampau memuja Muhammad bin al-Hanafiah sehingga melampaui batas akal dan agama. Selain itu mereka mempunyai pegangan yang sama dengan golongan-golongan sesat yang lain. Mereka juga berpendapat Muhammad bin al-Hanafiah tidak mati sehingga sekarang. Mereka mendakwa dia berada di banjaran gunung Radhwa. Di sebelah kanannya ada singa dan di sebelah kirinya ada harimau yang sentiasa mengawalnya. Dia diberi rezeki yang tidak perlu dicari pada setiap hari. Mereka juga berkata Muhammad bin al-Hanafiah dihukum begitu kerana dia cenderung kepada Abdul Malik bin Marwan yang menjadi khalifah kerajaan Umawiyah pada zamannya.

Al-Kamiliah:
Mereka adalah pengikut Abu Kamil. Dia mendakwa semua sahabat yang meninggalkan majlis ikrar setia kepada Ali hukumnya kafir. Mereka juga berkata Allah itu mampu berkata-kata dengan semua lidah dan bahasa serta mampu berdiri di semua tempat. Mereka juga mendakwa Allah dapat menzahirkan dirinya dengan rupa manusia sama ada dengan seluruh rupa atau sebahagiannya sahaja. Abu Kamil mampu kembali hidup semula sebelum berlakunya hari kiamat. Mereka membenarkan kata-kata iblis yang mendakwa dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam kerana dia diciptakan daripada api. Api lebih mulia daripada tanah kerana api itu bercahaya sedangkan tanah itu tidak bercahaya. Selain itu, api juga pernah disembah. Mereka juga berpegang pada pendapat yang mendakwa jawatan imam adalah cahaya yang berpindah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Kadang-kadang, cahaya itu juga dapat berpindah ke dalam diri nabi. Kadang-kadang, cahaya boleh berpindah ke dalam diri imam biasa dan kadang-kadang juga imam boleh menjadi nabi. Fahaman ini menular pada awal pemerintahan Abbasiah.

Muhammadiah:
Iaitu golongan yang menunggu kelahiran semula Muhammad bin Abdullah bin al-Hasan bin al-Hasan bin Ali bin Abu Talib. Walaupun beliau dibunuh, mereka berkata, “Muhammad bin Abdullah masih hidup. Beliau bersembunyi di bukit Hajar yang terletak di daerah Najd. Pada akhir zaman, dia akan diperintah keluar daripada persembunyian.”

Hisyamiah:
Golongan ini mempunyai dua puak, pengikut Hisyam bin al-Hakam al-Rafazi dan pengikut Hisyam bin Salam bin al-Jawaqi.

- Hisyam al-Hakim al-Rafazi: Pengasas ajaran atau fahaman yang menyatakan Allah itu berjisim. Walaupun tidak sama dengan yang lain, tetapi boleh digambarkan dari segi zatnya walaupun sifat kuasanya tidak terhingga. Dia tinggi dan lebar, lebarnya sama dengan tingginya. Mereka juga berkata Tuhan itu nur yang bercahaya seperti perak yang bersih dan mutiara yang bulat. Dakwaan itu adalah bohong dan tidak ada bukti yang membenarkan dakwaan mereka.
Mereka juga menghadkan sifat-sifat Allah yang maha sempurna itu dengan menyatakan ilmu Allah itu terhad. Mereka berkata, “Adalah mustahil Allah itu mengetahui segala sesuatu secara berpanjangan.” Mereka mendakwa Allah mengetahui suatu dengan didahulukan tetapi tidak mengetahuinya terlebih dahulu. Mereka berkata al-Quran itu tidak khalik (pencipta) dan bukan makhluk (diciptakan). Ia adalah perbuatan Allah seperti juga ilmunya. Mereka membenarkan derhaka kepada para nabi sedangkan imam-imam pula bersifat maksum. Mereka berhujah, nabi itu diwahyukan padanya.

- Hisyam bin Salam bin al-Jawaqi: Mereka lebih melampau lagi dengan membawa pegangan Mujasad dan Musyabihat. Mereka berpegang dengan fahaman yang menyatakan Allah itu berupa manusia yang tidak berdaging dan berdarah. Dia adalah cahaya yang putih yang mempunyai pancaindera yang lima. Mereka mendakwa Allah mempunyai tangan, kaki, hidung, mulut, mata dan telinga. Dia mendengar dengan yang lain daripada apa yang dia melihat dengannya. Seluruh pancainderanya berbeza-beza antara satu sama lain, separuh yang di atasnya berongga dan separuh yang di bawahnya tidak, mempunyai cahaya hitam dan putih, iradahnya. (berkehendak) ialah harakat (gerak). Sifat ini bukannya sifat bagi Allah dan bukan lain daripadanya. Apabila dia menghendaki sesuatu, dia bergerak. Maka berlakulah seperti kehendaknya.

al-Zirariah, al-Yunusiah, al-Syaitaniah

al-Zirariah
Mereka adalah pengikut Zirarah bin A’yun. Dia pernah mengikut fahaman al-Afthahiyah yang berkata, imam itu adalah Abdullah bin Jaafar. Kemudian, dia keluar daripada fahaman ininlalu mengikuti fahaman al-Musawiyah. Seterusnya dia mencipta ajarannya sendiri. Antaranya dia berkata, Allah itu pada mulanya tidak hidup, tidak berkuasa, tidak mendengar, tidak melihat, tidak mengetahui dan tidak berkehendak. Kemudian dia mencipta untuk dirinya sendiri akan sifat-sifat kuasa, berkehendak, ilmu, hidup, mendengar dan melihat.

al-Yunusiah
Mereka adalah pengikut Yunus bin Abdul Rahman al-Qami. Pada mulanya dia menganut fahaman Imamiah Qat’iyah uang memutuskan Imam Jaafar sudah mati. Kemudian dia membawa fahamannya sendiri yang mengatakan Allah itu ditanggung oleh malaikat yang menanggung Arasy, sedangkan Allah itu lebih kuat daripada mereka.
Ini juga termasuk di kalangan ajaran-ajaran yang mengelirukan dan terlalu mengada-adakan perkara palsu kepada Allah.

al-Syaitaniah
Mereka adalah pengikut seorang yang bernama Abu Jaafar bin an-Nukman al-Ahwal al-Rafadhi yang digelar juga dengan nama Syaitani al-Tak. Dia antara orang yang bertanggungjawab membawa fahaman dalam aliran Syiah. Imam adalah orang-orang disebutkan secara tertentu. Mereka berkata, orang yang disebutkan itu adalah Zaid. Dia mengarang sebuah buku berkenaan dengan kepimpinan. Di dalam bukunya, dia menafikan kenyataan Allah dalam surah at-Taubah, ayat 40,

“Salah seorang daripada dua orang ketika keduanya berada di dalam gua.”

Ayat ini menerangkan peristiwa Nabi Muhammad bersama Abu Bakar di dalam gua Thur. Dia bersetuju dengan pendapat Hisyam bin Salim aljawaqi yang berpegang pada ajaran Mujasimah. Dia juga bersependapat dengan Hisyam bin al-Hakam yang menyatakan Allah itu mengetahui dengan sendirinya tetapi mengetahui dalam perkara-perkara yang ditakdirkan olehnya dan dikehendakinya sahaja. Bagi perkara yang belum ditakdirkan, dia tidak mengetahuinya.

Penutup Kumpulan Syiah
Demikian sebahagian daripada beberapa perkara yang lahir dalam fahaman Syiah. Selain itu ada lagi dalamnya beberapa fahaman lain yang mempunyai pengikut-pengikutnya yang disebut secara khusus. Syiah telah pun terkeluar dari Islam dan mereka adalah kafir!

No comments:

Post a Comment