Ketika proses
pembersihan makan kuno dilakukan, ahli arkeologi China telah menemukan
satu penemuan yang sangat mengejutkan. Mereka menemui sebuah mangkuk
yang berisi sup tulang dan ia berusia 2,400 tahun. Wow, hebat betul
penemuan diorang ni. Sup orang zaman dulu masih lagi bertahan selepas
2,400 tahun tuh.
Artifak
yang menakjubkan itu ditemui di Kota Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi,
China. Itulah pertama kalinya mereka menemui mangkuk sup yang
mengandungi cecair dan tulang binatang di dalamnya. Artifak tersebut
dihantar ke makmal untuk penyelidikan lebih teliti untuk menentukan
tulang apakah yang berada di dalam sup tersebut. Sup tersebut mungkin
kelihatan tidak sedap lagi, namun ia merupakan sup tertua di dunia.
Mungkin ia adalah sup tulang rusuk ataupun sup kelawar...? Jom tengok
lagi beberapa gambar sup tertua ini dan satu video yang edy sediakan
untuk korang okey.
No comments:
Post a Comment