Ribuan manusia
membanjiri dewan Hard Rock Hotel di Las Vegas untuk meraikan AVN Award
(Adult Video News) iaitu anugerah untuk pelakon-pelakon filem porno
terbaik beberapa hari lepas lapor media.
Menurut seorang
pelakon lucah wanita yang bertanding dalam kategori anugerah pelakon
porno terbaik, Natasha Nice, dia akan letakkan anugerah itu di bilik
mandi berhampiran tab mandinya sekiranya memenangi anugerah berprestij
tersebut.
Saya
menghabiskan banyak masa di tab mandi, terutama dalam babak lakonan
saya. Saya suka kebanyakan adegan lesbian dan akan meletakkan anugerah
pelakon lucah tersebut di tab mandi itu katanya.
Bagaimanapun,
menjelang lewat malam itu, Nice tidak berjaya merangkul anugerah pelakon
porno terbaik sebaliknya anugerah tersebut dimenangi oleh seorang lagi
pelakon lucah wanita bernama Lily Carter, 22 tahun, yang kurang 3 tahun
pengalaman beraksi dalam filem porno berbandingnya.
Anugerah pelakon lucah lelaki terbaik pula dimenangi oleh James Deen, pelakon porno yang pernah dikaitkan bersama Lindsay Lohan.
Anugerah yang
dipertandingkan dalam AVN Award pada 19 Januari 2013 itu dikatakan
dihadiri oleh pelakon-pelakon lucah dari serata dunia dimana pelakon
lucah serta pengarah filem porno masing-masing bersaing untuk merebut
penghargaan dalam industri porno tersebut. buatbest
No comments:
Post a Comment