Siapa yang kat sini yang tidak mengenali Bruce Lee?
Seorang pencetus seni mempertahankan diri yang cukup unik dengan
mengamalkan corak pertarungan bebas yang mana merupakan hasil ciptaannya
sendiri. Berikut ada beberapa fakta mengenai sejarah hidup Bruce Lee
yang jarang dipaparkan kepada umum. Antaranya ialah :
1. Bruce Lee sebenarnya mempunyai kecacatan di bahagian “bawah” yang mana sebelah kakinya panjang dan memiliki testis (telur) yang besar sebelah2. Kalau diikutkan Bruce Lee ini sebenarnya memakai cermin maya yang cukup tebal tetapi akhirnya beliau telah menggunakan “contact lens”. Rupa-rupanya zaman dahulu pun dah ada bendaalah ini ya….
3. Bruce Lee bukanlah 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran darah Chinese & German. Jadi, bruce Lee ini pun ada celupnya juga
4. Kalau nak dicerita mengenai penangan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 detik dari jarak sekitar 1 meter ke sasaran musuhnya. Ada berani?
5. Bruce Lee seorang yang sangat kuat berdasarkan saiz ukurannya yang mana beliau mampu melakukan pull up 50 kali dengan hanya satu tangan sahaja tangan.
6. Bruce Lee juga dapat melakukan push up dengan hanya menggunakan 2 jari sahaja.
7. Pada umur 13 tahun Bruce Lee telah berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada waktu itu Bruce Lee mempunyai geng yang tersendiri. Jadi beliau terfikir apa akan jadi kepadanya apabila kawan-kawannya tidak bersama dengannya jika beliau diserang ramai-ramai.8. Ada tiga murid Bruce Lee yang pernah menang dalam World Karate Champion iaitu Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.9. Di Amerika Bruce Lee telah mengajar kung fu yang terbuka kepada semua orang tanpa pilih-pilih, dan disebabkan tindakan Bruce Lee itulah pertubuhan perguruan kung fu yang lain telah marah kepadanya dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada pertubuhan yang seni mempertahankan diri yang lain
10. Bruce Lee pernah cedera di bahagian tulang belakang dan selama istirahat selama 6 bulan, beliau telah menghasilkan buku bertajuk “Tao of Jeet Kune Do” yang telah menjadi best seller.
P/S : Siapa yang ada terbaca maklumat sejarah hidup atau kematian Bruce Lee yang tiada di sini, bolehlah berkongsi bersama-sama
No comments:
Post a Comment