Diceritakan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden). Beliau adalah bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.
Antara sedutan ceritanya:
"SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok (maksudnya Suluk @ Tausug). Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah.
Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi
di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya,
iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu".
Perdebatan Bermula:
"Apabila
saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh
Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja
direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke
Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di
sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia
iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi.
Saya
berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang
kita anuti ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"
Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia
biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad
saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang
datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa
mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."
Beliau
berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang
paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang
dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa.
Beliau
seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi
Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik
menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus
Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai
dosa."
Di
situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan
ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang
ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu
telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi,
kenapa kamu berkata demikian? Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama
Kristian pembohong".
Saya
menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia
Tuhan." "Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana
wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa)
atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya
menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"
Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan
agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun
dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia".
Di
situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak
ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya
katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh
masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan
adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di
hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi.
Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa
ibu bapa.
Sepatutnya
seorang anak yang meminta ampun dari ibunya. Selepas perdebatan itu
Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak
boleh marah kerana marah merupakan satu dosa".
Mendiang
Pope John Paul II meneropong dari luar Gereja Vatican kalau-kalau ada
lagi Tausug yang menjadi Paderi. Beliau sudah tidak yakin dengan Tausug
walau paderi sekali pun. Bahaya!!
RAHSIA Paderi Vatican Bersumpah Guna Al-Quran
"Sebenarnya
semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah
terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan
kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu
memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad
iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu saya masih belajar di Vantiken,
oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian.
Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi
perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ.
Paderi
tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua
kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan
kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya
diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang
ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk
mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya
mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.
Kitab
tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke
hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa
Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat
dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama
Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan
kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut
mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab
tersebut rahsia Kristian akan tersebar.
Isi
kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya
mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada
hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas
kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal.
Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik
kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi
yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya
apakah saya ada mengambilnya.
Saya
menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati
saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin
mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh
berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya
iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah
hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa
tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.
Al-Quran
digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu
hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita
bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya?
Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur
selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya
sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St Mary, Sabah".
Ulasan Asree:
Saya
percaya kitab yang diambil dari dalam laci oleh Thomas itu ialah
salinan Injil Barnaba kerana Injil Barnaba persis sama kandungannya
selari dengan Al-Quran dan Sunnah. Atau pun ianya kitab Injil yang asal
dari penganut Yahudi terawal menjadi pengikut Nabi Isa a.s. Saya pernah
terbaca satu kitab Injil Barnaba dalam Bahasa Melayu. Dalam muka surat
awalnya tertulis bahawa kitab Injil Barnaba tersebut telah ditahqiq
(disemak) oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebelum
dicetak.
Pengajaran
di atas ialah TAUSUG memang benar-benar "PENGKHIANAT" sekiranya mereka
benar-benar telah "dikhianati" dengan tertipu atau terpedaya. Maka
benarlah tekaan para ahli sejarah terhadap TAUSUG:
Primo Esleyer penulis Lessons from Kidnapping dalam www.iloiloviews.com, Visayan Daily Star pada June 20, 2008:
“Tausug adalah
pelayar terbaik, kapal perang Spanyol tidak boleh mengalahkan kapal
mereka. Mereka adalah pahlawan-pahlawan tetapi adalah yang paling khianat berbanding kaum Muslimin yang lain… ramai para Jeneral (tentera Filipina) yang terperangkap dan terbunuh.”
|
No comments:
Post a Comment