Kenalkah anda kepada Benazir Bhutto?
Wanita Islam pertama di dunia yang diangkat menjadi Perdana Menteri, selain pernah
diiktiraf sebagai antara 50 wanita tercantik di dunia oleh majalah People
Megazine.
Benazir
Bhutto
Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27
Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali
perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27
Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah
dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan
kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi.
Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan
mengadakan satu pilihan raya baru.
Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993
tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu,
Farooq Leqhari Pada tahun 2006, Interpool telah mengeluarkan arahan untuk
menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa
beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden
Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.
Benazir Bhutto merupakan anak sulung
kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto dan Begum Nusrat
Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di
Universiti Oxford dan Universiti Harvard. Dia mula belajar di Lady Jennings
Nursery School dan kemudian Sekolah Perempuan Jesus and Mary di Karachi,
Pakistan. Seterusnya di Rawalpindi Presentation Convent. Beliau lulus O-level
ketika berumur 15 tahun.
Dari 1969-1973, dia telah melanjutkan
pelajarannya di Radcliffe College, Universiti Harvard di Massachusets, Amerika
Syarikat. Beliau lulus cemerlang dalam tesis perbandingan antara kerajaan dan
dipilih menyertai Phi Beta Kappa, yakni sebuah pertubuhan Yahudi.
Phi
Beta Kappa (PBK)
Phi Beta Kappa (PBK) kurang dikenali
kerana peranannya lebih kepada mempromosi agenda, mencari ahli dan mencari
anugerah kehormat untuk ahli-ahlinya. Kelab yang ditubuhkan atas alasan
akademik oleh pelajar-pelajar Kolej William and Mary ini tidak bergerak sebagai
kelab konspirasi.
Ia bukan suatu kelab yang bermesyuarat
untuk merancang konspirasi seperti Bilderberg Group, Trilateral Commission atau
CFR. Ia lebih kepada tugas menaikkan martabat ahli-ahli Illuminati melalui
gelaran-gelaran akademik tertinggi.
Seperti juga Freemason, kelab ini juga
membawa beberapa ciri-ciri Freemason bagi melengkapkan imej khusus untuk setiap
ahli. Mereka mempunyai simbol-simbol rahsia dan cara berjabat tangan yang
tersendiri yang hanya diketahui dikalangan ahli-ahli mereka.
Benazir
Bhutto Dan Konspirasi Bunuh Terhadap Abangnya
Apabila abangnya Mir Murtaza Bhutto
pulang dari buangan di Syria pada 1993, Benazir menghadapi masalah terutama
apabila ibunya Nusrat Bhutto turut menyebelahi Murtaza Bhutto. Serta-merta
Murtaza ditahan, dipenjara dan dikenakan tuduhan bunuh. Kononnya menjadi
perancang rampasan kapal terbang Pakistani Airlines pada 1981. Mir Murtaza
Bhutto kemudian bertanding dalam pilihan raya dan menang kerusi parlimen Sindh
selepas beliau dibebaskan.
Pada malam Khamis, 19 September 1996,
Mir Murtaza Bhutto telah ditembak mati bersama 6 pemimpin parti yang lain di
rumahnya. Suami Benazir iaitu Asif Zardari telah dikenakan tuduhan bunuh dan
kes itu masih tergantung.
Teori
Kematian Benazir Bhutto Dan Kaitannya Dengan CIA
Dilihat daripada kronologi ringkas
pembunuhan ini, didapati Benazir Bhutto telah meminta bantuan MOSSAD Israel
(Institut Perisikan dan Operasi Khas) seperti yang dilaporkan oleh akbar harian
Hebrew, Ma'ariv.
Akhbar ini telah mendedahkan bahawa
Benazir telah meminta bantuan Mossad, Central Intelligence Agency-CIA (Agensi
Perisikan Pusat) dan juga agensi penyiasatan Britain, Scotland Yard.
Tujuan agensi ini adalah untuk
melindungi keselamatannya untuk kempen pilihanraya Pakistan pada 8 Januari
2008.
Malang tidak berbau. Benazir telah
dibunuh. Siapa yang membunuhnya? Walaupun pembunuhnya telah ditangkap tetapi
siapa di sebalik pembunuh itu masih belum lagi terjawab. Ada yang mengatakan
Jeneral Pervez Musharraf bertanggungjawab, namun ada yang mengatakan Al-Qaeda
di bawah pimpinan Osama Bin Laden yang membunuhnya.
Kebanyakan pendapat lebih suka
mengatakan Al-Qaeda yang bertanggungjawab. Kenapa? Al-Qaeda adalah sekutu kuat
kepada CIA semasa konflik antara Mujahidin (Afghanistan) dan Soviet Union
ketika pencerobohan ke atas Afghanistan pada tahun 1980-an. Osama Bin Laden
juga merupakan agen CIA yang telah dilatih khas pada ketika itu untuk menentang
Soviet Union.
Umum mengetahui bahawa serangan ke atas
World Trade Centre pada 11 September 2001 adalah sandiwara Amerika syarikat
(AS) untuk menguasai minyak di Negara Timur Tengah. Al-Qaeda menjadi kambing
hitam.
Harus diingatkan, agen CIA di dalam
Mujahidin tidak semuanya setia kepada Taliban kerana selepas Taliban mengambil
alih Pakistan, kumpulan Mujahidin berpecah dari Taliban kerana tidak bersetuju
dengan pemerintahan Islamik Taliban yang tidak mengikut Al-Quran dan Hadis di mana
pemerintahan tersebut terlalu menggunakan kekerasan.
Bukti? Mujahidin turut membantu Tentera
Penceroboh yang diketuai AS dalam serangan ke atas Afghanistan bagi
menghapuskan Taliban.
Mujahidin (bekas Agen CIA) masih lagi
berkhidmat kepada AS. Oleh yang demikian, Mujahidin ataupun bekas Agen CIA yang
menjadi “key communicator” (orang tengah) kepada Al-Qaeda dan CIA dalam menjalankan
konspirasi dalam pembunuhan Benazir.
Kenapa CIA mahu membunuh Benazir?
Benazir adalah agen CIA yang dilatih khas untuk mengembangkan kekuasaan blok
demokrasi tajaan AS. Selepas hidup dalam buangan di Britain, Benazir kembali ke
Pakistan semula kononnya untuk mengembalikan demokrasi di Pakistan.
Namun, CIA telah melihat Benazir tidak
releven kepada AS dan berpuluh juta US Dollar telah dihabiskan untuk
menjatuhkan Jeneral Pervez Musharraf, namun Jeneral Pervez Musharraf gagal
dijatuhkan dari puncak kuasa walaupun gerakan demokrasi di Pakistan yang berketuakan
Benazir di Britain telah banyak memakan belanja tajaan CIA.
Benazir kembali ke Pakistan. Namun pada
kali ini, tanpa perlindungan dari CIA. Benazir meminta pula bantuan dari
MOSSAD. MOSSAD bersetuju memandangkan sekiranya Benazir menang dalam pilihanraya
Pakistan, hubungan Israel-Pakistan akan terjalin.
Namun, perjanjian Benazir-MOSSAD dapat
dihidu oleh Al-Qaeda. Pada masa yang sama, CIA juga mahu menghapuskan agennya
yang kini telah tidak relevan. CIA juga mahu apabila agen ini dibunuh, tiada
sebarang kaitan pembunuhan ini dengan CIA. Dengan itu boleh lah CIA cuci
tangan.
Oleh yang demikian, Mujahidin ataupun bekas
Agen CIA menjadi “key communicator” di antara Al-Qaeda dan CIA untuk membunuh
Benazir. Sekali lagi, Al-Qaeda menjadi kambing hitam.
Benazir
Bhutto Dan Skandal Seks
Janganlah kita menganggap Benazir ini
sebagai seorang pemimpin wanita Islam tulen di dunia. Ini kerana percaya atau
tidak, Benazir sendiri diberitakan pernah mempunyai rakaman video lucah. klik di sini
Tidak cukup dengan itu, dikatakan gambar
Benazir Bhutto sedang memakai 'swimsuit' juga pernah tersebar. klik di sini
Tidak hairanlah jika majalah People
Megazine pernah mengiktirafnya sebagai antara 50 wanita tercantik di dunia.
No comments:
Post a Comment