Sunday, October 9, 2011

HANTU versi Eropah / Barat

Di negara-negara Eropah mahupun negara barat biasanya hantu tidak diberi nama khusus sepertimana yang terdapat dalam masyarakat Melayu dan Indonesia. Nama hantu di negara tersebut kebanyakkannya diberi berdasarkan nama tempat, nama ribut/cuaca, nama si mati ataupun peristiwa.

Banyak filem-filem seram versi Eropah dan Amerika yang menayangkan hantu-hantu dengan wajah yang menggerunkan serta menakutkan seperti Jeeper Creeper series,Descent, Constantine, Exorcist, Friday 13th, Freedy & Jason, The House of the Dead, Darksness Fall, Trick Trent, Drang Me To Hell, Hatchet dan lain-lainnya. Semuanya hantu-hantu yang berlainan rupa, sifat serta ciri-cirinya berbeza bagi setiap filem. Biasanya hantu dalam filem digambarkan sebagai jahat, ganas, jijik dan menyeramkan.
Walaupun watak-watak hantu ini dicipta, hakikatnya orang-orang di Eropah / Barat juga mempercayai tentang kewujudan makhluk halus/jin/syaitan ini. Mereke cuba menterjemahkan tentang kehadiran dan kewujudan hantu/makhluk ghaib tersebut di alam maya ini menerusi filem. Jenis hantunya mungkin sama seperti yang terdapat dinegara-negara lain, hanya namanya sahaja yang berbeza.
Begitu juga dengan kewujudan dan kehadiran roh sama ada yang jahat mahupun yang baik.

Ada juga filem horror yang berdasarkan kisah/kejadian sebenar yang telah berlaku. Sesuatu misteri yang terungkai diadaptasikan semula menerusi wayang gambar. Tidak ketinggalan juga filem-filem hantu yang direka-reka sebagai hiburan semata-mata termasuk filem animasi.

Terdapat beberapa jenis hantu yang popular di Eropah / Barat, dimana hantu ini sering difilemkan dan perbualkan sejak dahulu hingga sekarang. Antaranya seperti Dracula, Vampire dan Werewolf.

◘Dracula
Dracula digambarkan sebagai makhluk jahat / hantu menghisap darah manusia, merupakan hantu lelaki/jantan yang berpakaian labuh berwarna hitam dan merah (seperti superman) serta baju berkolar tinggi.Dracula dikatakan akan menggigit tengkuk mangsa menggunakan taringnya yang tajam lantas membunuh mangsanya.
Tidak ramai yang tahu asal usul Dracula dan darimana Ia mendapat namanya.

Asal Usul / Sejarah Dracula

Vlad Tsepes III ( 1431 – 1475 M ) atau yang lebih popular dengan nama Dracula dilahirkan di Transylvania, Romania. Ia merupakan anak Ke 2 dari Vlad II dan Cneajna, seorang putri dari Moldavia (sekarang dipanggil Moldova, Rome).
Ketika berlakunya perang salib, Wallachia iaitu sebuah daerah di timur laut Czech Republic menjadi rebutan antara kerajaan Hungary dan Turki - Uthmaniyah (1299–1923). Vlad II (bapa Dracula) berkuasa di Wallachia dan beliau mempunya tiga orang anak iaitu Mircea, Dracula, dan Randu. Vlad II memihak kepada kerajaan Hungary. Namun setelah dipecat oleh Sigismund ( Raja dari kerajaan Hungary ) dan kemudian digantikan dengan John Hunyandi, Vlad II memihak kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Sebagai jaminan kesetiaannya kepada kerajaan Turki, Vlad II mengirimkan anaknya Drakula dan Randu ke Turki. Umur Dracula pada ketika itu berusia 11 tahun.

Kemudian terjadinya perang Verna antara Vlad II (bapa Dracula) dan John Hunyadi, yang berakhir dengan kematian Vlad II (bapa Dracula) dan Mircea (kakak Dracula). Melihat kekecohan di Wallachia tersebut, maka sultan Turki, Mehmed II mengirimkan Dracula pulang ke Wallachia untuk merebut takhta.
Dracula kembali ke Wallacia dengan di kawal 8000 perajurit Turki. Sesampainya di Tirgoviste ( ibu kota Wallachia ) terjadi pertempuran antara pasukan Vlasdisav (askar pemerintah) dengan pasukan Dracula, yang akhirnya dimenangi oleh pasukan Dracula. Lalu Dracula dilantik sebagai penguasa Wallachia dan dikenali sebagai Vlad Tsepes III.
Setelah beberapa ketika menduduki takhta, berlaku perselisihan faham antara Dracula (Vlad Tsepes III) dengan kerajaan Turki (Sultan Mehmed II). Dracula bertindak membunuh perajurit Turki yang berada di Wallachia dengan cara di sula. Permusuhan antara mereka berlanjutan dimana Dracula sebagai panglima salib di Wallachia telah membunuh lebih 23 000 orang umat islam termasuk tentera dan rakyat jelata. Dracula juga mengirim surat kepada raja Hungary ( ketika itu diperintah oleh Matthias Corvinus ) untuk meminta bantuan ketenteraan sebagai persediaan melawan kerajaan Turki.
Tindakan Dracula membunuh tentera dan rakyat Turki menyebabkan sultan Mehmed II mengisytiharkan perang terhadap Dracula. Pada 17 Mei 1462M Sultan Mehmed II menghantar 60 000 orang tentera, ditambah lagi dengan 30 000 tentera bantuan sedangkan tentara Dracula hanya 30 000 orang. Pasukan tentera Turki dipimpin oleh Randu (adik kandung Dracula).
Pada Disember 1476, berlakunya perang besar yang lebih dikenali sebagai perang salib. Pertempuran ini terjadi di daerah Snagov, Romania dimana Dracula terpaksa melakukan strategi perang gerila memandangkan pasukan tenteranya tidak seimbang dengan tentera lawan. Pada serangan tengah malam, pasukan Dracula bertahan dengan kekuatan 10 000 orang tentera dan akhirnya pasukan Dracula tewas dikala waktu fajar. Akibat kekalahan tersebut, pasukan Dracula melarikan diri dari Poenari (Central Romania) ke Hungary. Randu dengan mudah merebut benteng Poenari dan merebut takhta Wallachia. Dracula ( Vlad III ) berjaya ditangkap lalu kepalanya di penggal dan di bawa ke Turki sebagai bukti kematiannya.

Dracula : Antara Novel, Filem dan Kisah Benar

Dracula adalah nama sebuah novel tahun 1897 oleh penulis Ireland bernama Bram Stoker yang memaparkan seorang watak sebagai antagonis utama vampier Count Dracula. Ia pertama kali diterbitkan sebagai hardcover pada tahun 1897 oleh syarikat Archibald Constable and Co. Dracula telah dikaitkan dengan genre sastera termasuk sastera vampire, rekaan seram dan novel gothik. Meskipun Stoker tidak menciptakan vampire, pengaruh novel ini telah menterjemahkan watak vampire menerusi teater dan filem sepanjang abad ke-20 dan 21. Secara tidak langsung watak vampire, Drácula menjadi popular.
Pertama kali novel Dracula diterbitkan, ianya kurang mendapat sambutan dan jualannya tidak memberangsangkan. Penjualannya meningkat mendadak selepas penerbitan filem–filem mengenai Drácula. Kisah Dracula telah menjadi asas bagi filem yang tak terhitung jumlahnya dan ditayangkan di panggung termasuklah Dracula (1931), Dracula (1958), (Alternative Title: The Horror of Dracula),Dracula (juga dikenali sebagai Bram Stoker’s Dracula) (1992) dan lain-lain lagi pada zaman itu.
Watak Count Dracula popular selama bertahun-tahun, dan digunakan watak sebagai penjahat dalam filem mahupun dalam buku yang telah diubahsuai jalan ceritanya seperti Dracula:Prince of Darkness, Son of Dracula, Dracula’s Daughter, The Brides of Dracula, Dracula Vs Frankenstein, House of Dracula, Dracula 1972 : Colpisck Ancoras dan lain-lain lagi.
Lagenda dan cerita Drácula yang digambarkan dalam filem dan rancangan televisyen mungkin merupakan gabungan pelbagai pengaruh serta telah ditokok tambah jalan ceritanya selepas melalui beberapa versi/zaman. Jalan ceritanya juga telah diubahsuai hingga ramai tidak tahu asal usul dah sejarahnya.

Jika kita berbalik kepada cerita novel asal dan membuat perbandingan dengan sejarah sebenar riwayat hidup Dracula, mungkin ada jawapannya.Penulis novel asal Dracula, Stoker menggambarkan Dracula berasal dari sejarah Kerajaan Hungary. Diceritakan dalam novelnya pada zaman Dracula berkuasa, dipercayai ramai wanita muda diseksa serta dibunuh selama bertahun-tahun, darah mereka diambil untuk mandi dan minum kerana Dracula percaya amalan ini membuatnya kekal muda. ogiknya, ada kesinambungan / kaitan antara novel tulisan Bram Stoker dan sejarah Hungary, namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.

◘Vampire
Vampire adalah makhluk dalam mitos dan lagenda yang dikatakan hidup dengan memakan intisari kehidupan (biasanya dalam bentuk darah) dari makhluk hidup yang lain. Istilah vampire telah popular pada awal abad ke-18 setelah menularnya lagenda vampire ke Eropah Barat dari daerah Balkan dan Eropah Timur. Di daerah-daerah tersebut juga terdapat lagenda mengenai makhluk-makhluk seakan vampire, seperti vrykolakas di Yunani dan Strigoi di Romania yang juga meningkatkan kepercayaan vampire di Eropah.
Novel Dracula (1897) karya Bram Stoker dikenang sebagai karya klasik yang menjadi dasar bagi cerita vampire di masa moden. Novel Dracula mengambil unsur dari lagenda manusia serigala dan syaitan/hantu sejenisnya. Vampire umumnya diceritakan keluar dari makam/kuburnya pada malam hari untuk menggigit orang-orang dengan taringnya yang panjang dan mengisap darah mereka. Mangsa yang digigitnya dikatakan akan menjadi vampire. Menurut beberapa mitos, vampire tidak kelihatan di dalam cermin kerana mereka tidak memiliki jiwa. Dalam cerita fiksyen moden, vampire boleh menjelma menjadi kelawar, serigala ataupun gumpalan gas dan ia mesti menjauhkan diri dari sinar matahari.
Sebahagian besar cerita rakyat di Eropah, vampire adalah mayat hidup, orang bunuh diri, atau ahli sihir, juga diciptakan dari roh jahat yang masuk ke suatu mayat dan melalui gigitan vampire lain. Dalam lagenda di Eropah, vampire digambarkan seperti zombie iaitu bertubuh bengkak, berwarna merah gelap, mengeluarkan darah dari mulut serta hidungnya dan mata kiri yang terbuka/terbeliak. Ada pendapat mengatakan vampire boleh kelihatan sempurna seperti manusia biasa cuma bertaring sahaja. Dipercayai juga mayat vampire yang ditanam/dikuburkan tetap mengalami pertumbuhan gigi, rambut, dan kuku.
Biasanya dalam cerita vampire, benda yang digunakan untuk melawan / menghalau vampire adalah bawang putih dan air suci kerana dipercayai vampire tidak boleh meredah/terkena air.

Di Eropah, biji sesawi ditaburkan di atap rumah dipercayai dapat menjauhkan dari vampire. Benda suci lainnya adalah salib, rosario, dan air suci kerana dikatakan vampire tidak akan memasuki tempat suci seperti gereja atau kuil.

Meskipun secara tradisional cermin tidak dianggap sebagai benda keramat, ia juga digunakan untuk mengusir vampire dengan cara ditempatkan di depan pintu. Dalam kepercayaan tertentu, vampire tidak mempunyai bayang-bayang. Ciri vampire ini juga digambarkan oleh Bram Stoker dalam novel Dracula dan ianya menjadi elemen oleh pembuat filem.
Pelbagai versi digunakan untuk membunuh vampire di Eropah . Di Rusia dan negara-negara Baltik mereka menggunakan tanaman/pokok Ash manakala di Serbia menggunakan tanaman Hawthorn serta ek di Silesia. Di Rusia, vampir dikatakan mati jika ditusuk di bagian jantungnya dan di Jerman yang ditusuk adalah mulutnya manakala di Serbia yang menjadi sasaran adalah perutnya.

Pemenggalan sering dilakukan di Jerman dan daerah Slavia barat dengan kepala vampir dipotong serta ditanam jauh dari tubuhnya. Cara ini dipercayai dapat mempercepatkan roh vampire meninggalkan tubuhnya. Kepala, tubuh/badan dan pakaian vampir juga dipaku ke tanah supaya vampire tersebut tidak boleh bangun lagi. Di daerah Sakson di Jerman, buah limau dimasukkan ke dalam mulut mayat yang dicurigai sebagai vampire.
Di Romania, bawang putih ditaruh di mulut mayat vampire dan kerandanya ditembak untuk mencegahnya muncul kembali. Dalam keadaan tertentu, tubuh vampire dipotong-potong dan dibakar.

Orang-orang Gipsi memasukan besi atau jarum ke dalam jantung mayat vampire dan memasang besi di mulut, mata, telinga, dan jari-jari mayat ketika penguburan. Mereka juga memasukkan tanaman Hawthorn ke dalam kasut mayat.

Cara lainnya adalah dengan menuangkan air mendidih di atas makam atau membakar mayat sampai menjadi abu. Di Balkan, vampire juga dibunuh dengan cara ditembak, ditenggelamkan, diulangi penguburannya, dipercik air suci, atau dengan exorcism.
Exorcism : Amalan untuk mengusir hantu/syaitan atau makhluk halus (roh) jahat dari seseorang atau suatu tempat yang dipercayai sedang dirasuk syaitan.


◘Werewolf
Werewolf, juga dikenali sebagai lycanthrope adalah mitos/lagenda manusia yang boleh/berkemampuan menjadi serigala atau digelar ‘serigala jadian’ dan ianya dikaitkan dengan munculnya bulan purnama. Penukaran ini (manusia menjadi serigala) mungkin disebabkan menuntut ilmu sihir, akibat sumpahan ataupun digigit werewolf lain.
Perkataan werewolf dipercayai berasal dari Inggeris Kuno, wer (atau were). `Wer` diterjemahkan sebagai "manusia" (dalam maksud tertentu manusia laki-laki) manakala ‘Wulf` atau `Wolf` (Inggeris moden) membawa maksud liar. Werewolf pada umumnya lebih popular di Eropah, walaupun ianya agak menyamai lagenda haiwan jadian dinegara-negara lain didunia tetapi sebahagian besar daripadanya melibatkan bentuk-bentuk binatang selain serigala.

Tubuh serigala jadian dikatakan diliputi dengan bulu dan kepala menyerupai serigala. Ia bertukar menjadi serigala apabila waktu bulan mengambang. Segala perwatakan mereka adalah serigala dan tiada ciri-ciri manusia. Memakan daging manusia dan haiwan. Dikatakan kebal terhadap kebanyakan senjata, kecuali yang diperbuat daripada perak.
Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.

Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun.
Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.

Werewolf : Antara Fantasi dan Realiti
PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya. Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana mengakui dirinya adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam. Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya ketika dia sedang melakukan perbuatan berkenaan.

PADA 1604, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian. Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.

Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian.

Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!
Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam. Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain.

Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy.

Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”

Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

INFO: Werewolf / Serigala Jadian
• Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.
• Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.
• Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.

No comments:

Post a Comment