Tuesday, October 18, 2011

10 Kereta Polis Paling Gempak Di Dunia 2011(Pics)

Apa khabar semua di harapkan sihat sejahtera yer, kalo tak sihat tu makan ler panadol campur kicap hohoho, (jangan buat betul2 nanti pengsan lak). Hari ini faris nak cerita sket, Semasa faris makan di kedai, faris terlihat sebuah kereta polis berhenti, selepas itu keluar seorang abang polis dari keretanya dengan misai lentik macam bentuk love dan zip seluarnya yang tak berzip (hohoho hanya gurauan). Apa yang faris ingin kongsikan hari ini bukan cerita mengenai abang polis itu (maaf yer abang polis x dapat publisiti nak masuk dlm blog saya hohoho), tetapi kereta polis yang dipakai itu, memang menarik juga bentuk kereta polis tersebut, setelah itu faris pun mendapat ilham untuk mengeluarkan artikel mengenai kereta polis paling menarik di dunia hasil dari pemerhatian tersebut.

follower2 blog farisdunia.com terimalah!!!

10 Kereta Polis Paling Menarik Di Dunia Pada Tahun 2011

(10) Holden VE Commodore (Australia)

(9) Volksvagen GTI ( Dubai)

Kereta polis dari Dubai ini dah macam bentuk kereta viva lak hohoho

(8) Ford Mustang GT (USA)

(7) Porsche Caynne Turbo (RUSSIA)

Porsche Caynne Turbo, sebuah kereta buatan porsche dari Germany. Bingkai pintu kereta Caynne bersumberkan dari Volkswagen yang sama dengan bentuk Volkswagen Touareg. Menarik kan kereta Porsche Caynne Turbo dijadikan sebagai kereta polis.


(6) Nissan Skyline (Japan)

Menarik kereta polis dari Jepun ini.

(5) Mitsubishi Evo X (England & Malaysia)

Ini ler Mitsubishi Evo X dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan memiliki transmisi manual lima kelajuan dengan pantas boleh mengejar penjenayah (hebat Malaysia sudah memiliki kereta menarik sebegini, lepas ini jangan harap penjenayah dapat melarikan diri hohoho).

(4) BMW M3 (Netherlands)

(3) Brabus Rocket (Germany)

Brabus Rocket kelajuan pun mesti macam rocket.

(2) Porsche 911 (Germany)

Kereta polis germany buatan dari Porsche nama kereta pun dah macam no telefon polis, Porsche 911 (kalo boleh nak minta letak no telefon faris hohooho) .

(1) Lamborghini Gallardo LP 560-4 (Italy)



Ini ler juara untuk 10 Kereta Polis Paling Menarik Di Dunia Pada Tahun 2011, kereta dari buatan Lamborghini memang menarik sekali dengan bentuk seperti sebuah kereta lumba boleh menakutkan penjenayah yang cuba melarikan diri hohoho, boleh mencapai kelajuan puncak sehingga 203 mph hmmm memang laju tu. Kereta Lamborghini Gallardo LP 560-4 ini digunakan untuk tujuan membuat rondaan dan pengangkutan perubatan kecemasan. Dikhabarkan kereta Lamborghini Gallardo LP 560-4 akan digunakan di luar Italy dan dijadualkan untuk membuat sejumlah penampilan di Amerika Syarikat. Faris berangan-angan nak memiliki kereta Lamborghini Gallardo LP 560-4 ini hohoho.

No comments:

Post a Comment