Wednesday, October 12, 2011

Bola Sepak dan Perpecahan Negara: Yugoslavia

Sudah agak lama aku tak menulis sesuatu mengenai sukan kegemaran ramai, bola sepak. Hari ini aku ingin menulis sejarah ringkas mengenai salah satu pasukan bola sepak yang boleh dikatakan boleh tahan hebat juga, iaitu Yugoslavia.

Mungkin ramai yang sudah terlupa akan pasukan ini. Bagi adik-adik yang lahir di era 90'an, mesti rasa pelik kerana tidak pernah mendengar nama negara ini. Mesti adik-adik merasa cikgu Geografi adik-adik sudah menipu adik-adik kerana tidak pernah memberitahu tentang kewujudan negara ini.

Jangan risau adik-adik sekalian. Negara ini sudah tidak wujud lagi di muka bumi ini. Negara ini telah berpecah dan telah mewujudkan beberapa negara lain. Malahan, Yugoslavia sendiri sudah menukar nama negaranya.

Hari ini, aku akan menceritakan sejarah Yugoslavia. Tapi bukanlah secara menyeluruh, tetapi hanya bercerita mengenai sejarah bola sepak negara ini.


Yugoslavia



Footbal Association of Yugoslavia mula ditubuhkan pada tahun 1919, sama dengan tahun penubuhan High School Batu Pahat (sekolah aku tu!).

Pasukan bola sepak Yugoslavia adalah pasukan bola sepak yang mewakili negara Kingdom of Yugoslavia (1920-1941), Socialist Federal Republic of Yugoslavia (1946-1992) dan Federal republic of Yugoslavia (1992-2003). Sebenarnya, semua negara yang sama tapi nama yang berlainan kerana pucuk pimpinan yang bertukar kerana perang saudara dan lain-lain sebab.

Pasukan kebangsaan Yugoslavia ditubuhkan pada 1919 di Zagreb (kini Ibu Negara Croatia) dengan nama Jugoslovenski nogometni savez. Paukan kebangsaan Yugoslavia membuat penampilan antarabangsa di Sukan Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp, Belgium menentang Czechoslovakia. Yugoslavia tewas teruk 7-0.

Pada 1929, Yugoslavia telah memindahkan persatuan bola sepak mereka ke Belgrade, Ibu Negara Yugoslavia ketika itu (dan kini Ibu Negara Serbia). Yugoslavia menyertai Piala Dunia 1930, iaitu Piala Dunia pertama diadakan. Serbia berjaya menewaskan pasukan gergasi, Brazil 2-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan mereka dan menewaskan Bolivia 4-0 untuk melayakan diri ke pusingan separuh akhir. Namun mereka tewas di pusingan separuh akhir di tangan Uruguay 6-1.

Pasukan Yugoslavia ketika pertandingan piala dunia ini kebanyakannya diwakili oleh pemain berbangsa Serbia kerana pemain berbangsa Croatia telah memboikot untuk mewikili pasukan kebangsaan kerana Yugoslavia mengubah kedudukan ibu pejabat pasukan bola sepak mereka dari Zagreb ke Belgrade.

Perang Dunia Kedua telah membuatkan aktiviti Persatuan Bola Sepak Yugoslavia terhenti seketika. Selepas perang tamat, Yugoslavia telah mendaftar sebagai ahli dalam UEFA.

Yugoslavia telah menjadi tuan rumah EURO 1976 yang disertai oleh 4 buah negara, Yugoslavia, Jerman Barat, Belanda dan Czechoslovakia. Perlawanan diadakan di dua buah stadium, di Zagreb dan di Belgrade. Yugoslavia hanya mampu mendapat tempat ke-4 sahaja.

Pasukan Yugoslavia menyertai Piala Dunia sebanyak 8 kali dengan 2 kali sampai di separuh akhir, 4 kali menyertai EURO dengan 2 kali menjadi naib johan. Pasukan Yugoslavia juga menyertai Sukan Olimpik dalam acara bola sepak sebanyak 10 kali dan memenangi pingat emas pada Olimpik 1960 dan memenangi pingat perak 3 kali dan pingat gangsa sekali.

Sebenarnya Pasukan Yugoslavia juga layak menyertai EURO 1992 tetapi telah digantung kerana sedang terlibat dengan peperangan dengan negara dibawah jajahannya dalam Yugoslav Wars, dan digantikan dengan Denmark yang kemudiannya memenangi pertandingan tersebut. Yugoslavia juga tidak dibenarkan untuk menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia 1994.

Dragan Dzajic merupakan pemain Yugoslavia yang mempunyai cap terbanyak dengan 85 penampilan. Stjepan Bobek pula memegang rekod pemain paling banyak menjaringkan gol dalam pasukan Yugoslavia dengan 38 gol.


Sejarah Pepecahan

Bermula tahun 1991, tercetus perang saudara di Yusgoslavia yang bernama Yugoslav Wars. Perperangan antara Yugoslavia dan wilayah jajahannya berlangsung diantara tahun 1991 hingga 1995. Peperangan menyebabkan beberapa wilayah jajahan Yugoslavia mendapat kemerdekaan dan berpecah dari Yugoslavia.

Dengan perpecahan ini, beberapa negara baru wujud dan mewujudkan beberapa persatuan bola sepak yang baru di Eropah.



Croatia


Croatia mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia pada 8 Oktober 1991. Croatia telah mendaftar persatuan dan pasukan Crotia pada tahun 1993 dengan menewaskan Switzerland 4-0 dan bermain pertandingan kompetitif pada EURO 1996.

Semenjak ditubuhkan, Croatia hanya terlepas bermain di Piala Dunia pada tahun 2010 dan EURO pada tahun 2000.

Ada cerita menarik tentang pasukan bola sepak Croatia tapi aku akan cerita secara panjang lebar lain kali.



Slovenia


Slovenia mendapat kemerdekaan pada tahun 1991 dari Yugoslavia dan bermain dalam perlawanan pertama mereka pada tahun 1992, seri 1-1 dengan Estonia.

Slovenia layak ke EURO pada tahun 2000 dan sudah dua kali bermain di pentas Piala Dunia iaitu pada edisi 2002 dan 2010.



Bosnia and Herzegovina


Bosnia and Herzegovina mendapat kemerdekaan pada 6 April 1992. Bosnia bermain dalam perlawanan pertama mereka pada tahun 1993 ketika menundukkan Iran 3-1.

Bosnia and Herzegovina belum pernah melayakkan diri di dalam mana-mana perlawanan kompetitif, tetapi beberapa kali hampir melayakkan diri seperti Piala Dunia 2010 ketika mereka tewas 1-0 secara aggregate kepada Portugal.



Republic of Macedonia


Macedonia mendapat kemerdekaan pada 8 April 1993 dan bermain perlawanan pertama mereka dalam tahun yang sama, mengalahkan Slovenia 4-1.

Macedonia boleh dikatakan pasukan paling lemah antara semua pecahan negara dari Yugoslavia. Belum layak untuk mana-mana perlawanan kompetitif.



Montenegro


Setelah perpecahan semua negara, Yugoslavia meneruskan perjuangan bola sepak dengan hanya tinggal dua negara di dalam jajahannya, Serbia dan Montenegro. Yugoslavia gagal melayakkan diri dalam mana-mana pertandingan, mungkin kerana sudah kehilangan banyak pemain setelah perpecahan tersebut terutamanya Croatia.

Yugoslavia terus menggunakan nama Yugoslavia sebagai nama negara mereka sehingga tahun 2003 dan kemudian menukar nama negara mereka kepada Serbia and Montenegro.

Serbia dan Montenegro berjaya melayakkan diri ke pertandingan Piala Dunia 2006. Selepas tamat Piala Dunia 2006, Montenegro mendapat kemerdekaan dan mewujudkan negara baru dan pasukan bola sepak yang baru.

Montenegro bermain perlawanan pertama pada 24 Mac 2007 menewaskan Hungary 2-1.



Serbia


Selepas pepecahan tersebut, Serbia meneruskan perjuangan dengan menggunakan nama ‘Serbia’ sahaja. Serbia berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2010.

Serbia telah mendapat pengesahan untuk mewarisi rekod dan sejarah pasukan bola sepak Yugoslavia. Dengan kata lain, segala rekod Yugoslavia dari tahun 1919 kini milik Serbia. Mungkin kerana Persatuan Bola Sepak Yugoslavia yang terletak di Ibu Negaranya, Belgrade, kini sudah menjadi Ibu Negara Serbia.

Begitulah serba sedikit sejarah Serbia. Mungkin tak lama lagi, Kosovo pula akan muncul dengan pasukan bola sepak sendiri.



Kosovo


Kosovo sudah pun mendapat kemerdekaan dari Serbia pada tahun 2008 tetapi atas beberapa sebab, Kosovo belum diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah oleh beberapa negara kerana beberapa negara enggan mengesahkan Kosovo sebagai sebuah negara merdeka.

Kosovo juga belum mendapat pengesahan FIFA kerana menurut peraturan FIFA, hanya negara yang merdeka layak bertanding dalam kejohanan FIFA. Tunggu pula kemunculan Kosovo tak lama lagi.

No comments:

Post a Comment