Masyarakat
berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang
digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi
satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat
sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka
bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus
diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.
Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang
dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
NAJIHAH YAAKOB
CA 08116
Sepak Raga
Permainan
sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga
menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali
dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu
sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat
seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu
dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah
pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu
mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak
jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
Batu Seremban
Batu
Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering
dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan
secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia
menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau
ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain
Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah
kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah
tujuh.
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
NASIHA AMIRA ZAINAL ABIDIN
CA 08046
Mahjong
Mahjong
atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari
China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib
boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong
juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
Xiang Qi
Xiangqi
merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi
bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur
Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4
selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan
yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan
unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja"
dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai"
dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
Yo-yo Cina
Yo-yo
cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama
saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa
berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan
memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun
1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat
daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk
aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan
bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
'Kho-kho'
merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum
India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya
dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India
mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu
permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan
mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan
kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak
peserta-peserta lain.
Bagi
permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun,
hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2
giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama
7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8
pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang
permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang
bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan
akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah
menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan
akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa
melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan
sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar
giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil
berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi
pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5
minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak
padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
Chaturanga
Asal-usul
catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di
India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua
pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda,
dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern
ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur
memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.
Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.
Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.
Friday, March 27, 2009
PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dalam
permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak
dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak,
lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula
ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang
sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung".
Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini
dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar
80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan
seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan
congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara-cara
bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap
papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka
akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan
diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain
itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu
mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan
mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya
buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,
maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan
permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap
pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung
yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh
diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.
PERMAINAN TRADISIONAL CINA
MAHJONG
Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhōng (中 , harfiah tengah) Merah, Fā (發 , harfiah kemakmuran) Hijau, Bái (白 , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada 中国 (zhōngguó) — nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang disebut sebagai Mádiào (馬吊) (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí (葉子), secara harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Níngpō, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.
PERMAINAN TRADISIONAL INDIA
Kabadi
ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India.
Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas
di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa
Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan
Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk
tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan
tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan
dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang
digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola
keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang.
Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah
untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar
penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk
menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik
kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan
meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah
rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu
terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang.
Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke
pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum
sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga
boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di
luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap
pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang
skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan
akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata
tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan
berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu
pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.
PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini.
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan
dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing
mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian
rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara
berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan
berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan
aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan
sekarang, biasanya adalah permainan komputer yang tidak melambangkan
apa-apa dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak
dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan dahulu.
Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan
pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak akan
mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur semata-mata untuk
bermain permainan tersebut.
Permainan
dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang
berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter
strike yang bersifat ganas yang mendapat sambutan hangat daripada
golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini.
KESIMPULAN
Kemajuan
teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat
dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan
tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin
dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada
dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan
tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan
sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan
tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia,
menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan
budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan
tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada
pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak
memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan
dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan
warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan
meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi
memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang….
No comments:
Post a Comment