Sunday, March 4, 2012

10 Bandar Raya Paling Tercemar Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengeluarkan satu laporan mengenai kualiti udara di negara-negara sekitar dunia, yang digunakan sebagai dasar untuk menyenaraikan sepuluh negara paling tercemar.

Kajian oleh WHO mendapati kualiti udara di 91 negara, diukur oleh jumlah zarah PM10 setiap meter padu. Zarah PM10 adalah zarah 10 mikrometer atau kurang yang boleh menyebabkan penyakit dan jangkitan. Menurut WHO, tahap PM10 yang melebihi 20 mikrogram setiap meter padu boleh menyebabkan risiko kesihatan. Sepuluh negara teratas yang paling tercemar ialah.

10. Kuwait

Tahap pencemaran: 123ug/m3

Kuwait adalah satu daripada empat negara Timur Tengah kaya dengan minyak yang termasuk dalam senarai. Kuwait juga adalah pengeksport minyak keempat terbesar diantara negara-negara OPEC (Organisasi Negara-negara Mengeksport Pertroleum), dengan perusahaan minyak merupakan setengah daripada KDNK Kuwait.

Kuwait telah menjadi berita utama semasa Perang Teluk pertama pada 1990 apabila tentera Iraq membakar medan minyaknya, menyebabkan pencemaran udara dan tanah secara berleluasa.

Satu kajian global pada 2010 oleh firma perunding Gallup mendapati yang 57 peratus rakyat Kuwait tidak berpuas hati dengan kualiti udara di kawasan tempat tinggal mereka. Penduduk tempatan dilaporkan mengalami penyakit pernafasan seperti asma, kanser dan penyakit kulit pada kadar yang tinggi.

9. Nigeria

Tahap Pencemaran: 124 ug/m3

Nigeria adalah negara paling ramai penduduk di Afrika dan yang kelapan di dunia dengan lebih 155 juta penduduk.

Negara itu juga merupakan pengeluar minyak terbesar Afrika, dengan pengeluaran sebanyak 2.3 juta tong minyak mentah setiap hari, menurut Agensi Tenaga Antarabanga.

Wilayah Niger Delta, di mana syarikat-syarikat tenaga terbesar dunia beroperasi, telah mengalami beberapa kejadian tumpahan minyak terburuk dalam sejarah.

8. Iran

Tahap Pencemaran: 124 ug/m3

Iran adalah tuan rumah kepada bandar raya paling tercemar dunia -Ahvaz, yang mempunyai tiga kali jumlah purata pencemaran di negara itu. Ahvaz, yang terkenal dengan kawasan minyak, ialah bandaraya padang pasir perindustrian banyak yang dihuni oleh 1.3 juta penduduk.

Tehran ibukota Iran menjadi berita utama pada Disember lepas, apabila ia diselubungi oleh kabus tebal, memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan “cuti pencemaran” untuk beberapa hari, di mana pejabat, perniagaan dan sekolah terpaksa ditutup. Tehran menandakan pencemaran tahap tinggi berterusan selama hampir sebulan dengan hospital melaporkan kenaikan dalam jumlah pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

Saluran televisyen bahasa Inggeris Press TV berkata lebih daripada 80 peratus pencemaran udara bandaraya itu dianggap berpunca daripada 3.5 juta kenderaan di atas jalan raya.

7. Emiriah Arab Bersatu

Tahap Pencemaran : 132 ug/m3

Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan pengeksport minyak keempat terbesar dunia dan antara ekonomi paling maju di Timur Tengah. UAE telah mengalami pertumbuhan pesat ekonomi sepanjang 30 tahun.

Industri minyak dan gas serta sektor pengangkutan negara itu adalah penyumbang utama pencemaran udara. Dubai, bandaraya paling ramai penduduk emiriah itu, adalah antara pencemar lalu lintas paling buruk dunia. Pada awal tahun ini, kerajaan berkata, kira-kira 42 peratus pencemaran udara di Dubai datang daripada kenderaan.

UAE juga terkenal sebagai salah satu daripada pengeluar sisa terbesar dunia. Purata sisa seisi rumah di bandar utamanya Abu Dhabi dan pusat serantau Dubai ialah 30 peratus lebih tinggi daripada purata sisa tahunan yang dihasilkan oleh negara-negara OECD (Organisasi untuk Kerjasama dan Kemajuan Ekonomi). Penggunaan air di UAE juga adalah antara yang tertinggi di dunia.

Pada 2007, WWF (Dana Hidupan Liar Dunia) berkata emiriah tersebut mempunyai kesan evolusi per kapita terbesar dunia, bermaksud negara itu meletakkan lebih banyak permintaan pada persekitaraan daripada mana-mana negara.

UAE juga dalam proses untuk menjadi negara yang bebas daripada beg plastik menjelang 2013. Ia kini menggunakan 20 bilion beg plastik setahun.

6. Mesir

Tahap Pencemaran : 138 ug/m3

Mesir adalah satu daripada tamadun tertua dunia dan juga satu daripada empat negara Afrika yang tersenarai sebagai negara paling tercemar dunia.

Sumber pencemaran terbesar Mesir adalah kilang-kilang yang terkenal untuk mencemarkan udara dengan plumbum, gas-gas dan debu-debu simen. Tambahan kepada itu, asap eksos kenderaan adalah masalah utama di bandaraya besar seperti Kaherah, yang mempunyai kira-kira 2.1 juta kenderaan di atas jalan raya bermula dari 2007.

Kira-kira 95 peratus daripada 730,000 motosikal di Mesir adalah modal dua-lejang yang mengeluarkan hidrokarbon bersamaan dengan pengeluaran dari 10 hingga 15 kereta yang menggunakan gasolin. Di Kaherah sahaja, kira-kira 300,000 motosikal membebaskan 150,000 tan pencemeran udara setahun.

Perjuangan negara itu dengan pencemaran udara seterusnya digusarkan pada bulan Februari apabila asap tebal gas pemedih mata dan wasap toksik memenuhi udara semasa pemberontakan 18 hari untuk menggulingkan presiden Hosni Mubarak.

Pencinta alam sekitar Mesir juga sedang bertarung untuk mengawal pencemaran yang disebabkan oleh petani yang membakar sekam padi dan sisa-sisa tanaman lain. Pencemaran itu, dikenali sebagai “Awan Hitam”, berlaku selepas musim tuaian dan bertanggungjawab untuk lebih 40 peratus pencemaran udara di Kaherah sepanjang tempoh ini.

5. Arab Saudi

Tahap Pencemaran : 143 ug/m3

Arab Saudi adalah pengeluar dan pengeksport petroleum terbesar dunia. Ia juga adalah pengeluar minyak kedua terbesar dunia dan memiliki satu perlima simpanan minyak dunia.

Sepanjang beberapa dekad lalu, ketika perindustrian minyak Arab Saudi berkembang maju, pencemaran alam sekitar di sepanjang 2,175 batu pinggir laut juga berkembang. Minyak, tenaga, penyahgaraman dan aktiviti perindustrian lain berhampiran pantai membawa kepada aliran keluar kumbahan, gumpalan-gumpalan minyak dan kimia.

Negara itu juga berjuang dengan tahap tinggi eksos kenderaan, yang terdiri daripada 50 peratus pencemaran hidrokarbon di udara. Ditambah dengan iklim padang pasir yang kering dan angin ribut telah menyebabkan wabak penyakit pernafasan berleluasa.

Kerajaan Arab Saudi juga telah melancarkan loji tenaga solar bulan ini, di mana ia dijangkan akan menjimatkan 28,000 tong minyak diesel setiap tahun.

4. Senegal

Tahap Pencemaran : 145 ug/m3

Perancangan bandar yang tidak tersusun ditengah-tengah pembangunan pesat ekonomi sepanjang beberapa dekad telah meletakkan Senegal dalam senarai lima teratas negara paling tercemar dunia.

Pencemaran negara Afrika Barat itu datang daripada perlombongan, asap kenderaan dan pembakaran bahan api untuk keperluan tenaga domestik.

Lebih sedekad lalu, Bank Dunia telah menganggarkan yang kanak-kanak terdedah kepada dapur berasap di rantau Gambia Senegal, adalah enam kali lebih berkemungkinan untuk menghidap jangkitan pernafasan akut. Senegal juga mempunyai tahap pencemaran kereta yang tinggi kerana 85 peratus daripada semua kenderaan di bandaraya terbesar Senegal, Dakar adalah kereta lama dan yang diimport.

3. Pakistan

Tahap Pencemaran : 198 ug/m3

Pencemaran udara di Pakistan adalah hampir sepuluh kali lebih tinggi daripada tahap yang dianggap merbahaya oleh WHO.

Ketidakstabilan politik, rasuah dan kekurangan tindakan kerajaan untuk mengawal pengeluaran karbon telah menyebabkan asap tebal menyelubungi bandaraya-bandaraya utama seperti Karachi, Lahore dan Islamabad. Pada tahun 2008, satu kajian oleh kerajaan telah mendedahkan yang setiap kereta di Pakistan, tidak kira usia kereta itu, menghasilkan 25 peratus lebih karbon daripada satu kereta di Amerika Syarikat.

Karachi, bandaraya terbesar Pakistan mempunyai kapasiti untuk hanya 700 kenderaan setiap jam, tetapi menurut kajian, terdapat lebih daripada 11,000 kenderaan setiap jam di atas jalan raya. Bandaraya itu, yang sudah mempunyai lebih daripada separuh 3.5 juta kenderaan di negara tersebut, dikira menerima 400 kereta baru sehari.

2. Botswana

Tahap Pencemaran : 216 ug/m3

Ia mungkin dianggap pelik yang sebuah negara dengan hanya 2 juta penduduk, dan kadar tanah terbesar di bawah pemuliharaan di dunia, ialah negara kedua paling tercemar di dunia. Tetapi itu adalah kes bagi Botswana, di mana 80 peratus diliputi oleh Padang Pasir Kalahari.

Botswana adalah salah satu negara paling miskin di Afrika ketika kemerdekaannya daripada Britain pada 1966. Hari ini, Botswana merupakan satu daripada ekonomi-ekonomi yang paling pesat berkembang dunia, dan pengeluar berlian terbesar.

Negara itu telah mentransformasikan sendiri menjadi ekonomi berpendapatan sederhana dengan kadar perkembangan purata tahunan kira-kira 9 peratus, menurut Bank Dunia.

Dengan kekayaan yang semakin bertambah, negara Afrika Selatan itu telah mengalami kerosakan alam sekitar meluas.

Kebakaran terbiar dan pencemaran dari industri galian adalah punca utama kualiti udara buruk. Peleburan tembaga misalnya telah dipersalahkan untuk pengeluaran sulfur dioksida dan nikel.

1. Mongolia

Tahap Pencemaran : 279 ug/m3

Mongolia adalah negara paling tercemar dunia dan juga bandaraya paling tercemar dunia – Ulaanbaatar.

Punca utama pencemaran negara itu adalah dapur dan dandang arang batu yang digunakan untuk pemanasan dan memasak, serta kesesakan lalu lintas dan kereta lama.

Pemanasan penting untuk ikhtiar hidup orang Mongolia selama lapan bulan dalam setahun. Negara itu menggunakan kesemuanya dari arang batu, kayu dan sampah, seperti batu-bata dicelup minyak hitam dan tayar kereta lama untuk memarakkan dapur dan dandang. Iklim kering Ulaanbaatar dan angin ribut teruk memburukkan lagi tahap merbahaya habuk bawaan udara.

Pembandaran pesat juga adalah faktor utama disebalik masalah pencemaran negara itu. Penduduk Ulaanbaatar telah bertambah sebanyak 70 peratus sepanjang 20 tahun dengan infrastruktur bandaraya yang tidak mampu bersaing dengan pertambahan tersebut.

Dengan tahap pencemaran udara 14 kali lebih tinggi daripada paras ancaman piawai WHO, jumlah kematian pramatang, bronkitis kronik dan pernafasan berkaitan dengan kemasukan ke hospital sedang meningkat dengan cepat.

Kerajaan telah cuba untuk mengurangkan masalah-masalah dengan memperkenalkan langkah-langkah seperti bahan api berasaskan batu arang lebih bersih dan dapur moden untuk menangani krisis pencemaran.

No comments:

Post a Comment