1. Binaan Malaikat:
Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.
Malaikat bertanya: (Wahai Tuhan kami,)
Adakah Engkau ingin menjadikan khalifah selain daripada kami yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah, dengki mendengki dan benci
membenci? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu. Mentaati Engkau dan tidak memaksiati Engkau.
Allah s.w.t berfirman: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Malaikat
menyangka Tuhan mereka menolak pertanyaan tersebut. Sesungguhnya Allah
s.w.t membenci mereka disebabkan kata-kata mereka. Mereka berlindung di
bawah Arasy dengan mengangkat kepala dan mengisyaratkan dengan jari
memohon sesuatu serta menangis kerana takutkan kebencianNya.
Mereka
Tawaf mengelilingi Arasy sangat lama. Allah s.w.t memandang mereka
kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah s.w.t membina sebuah
rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitulma'mur. Allah s.w.t
memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitulma'mur dan tinggalkan
Arasy. Para Malaikat telah melakukan tawaf di Baitulma'mur sehingga
jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai tujuh puluh ribu
malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama. Kemudian Allah
s.w.t mengutuskan para Malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada
mereka: "Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya." Allah s.w.t
memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi
Baitullah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul ma'mur.
2. Binaan Nabi Adam a.s:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: "Allah s.w.t telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam a.s
serta Hawa membawa firman kepada keduanya: "Binalah untukKu sebuah
rumah." Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi
Adam a.s menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air
menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali
dengan kata-kata: "Cukuplah wahai Adam!" Setelah selesai membinanya,
Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau supaya tawaf mengelilinginya dan
dikatakan kepada beliau: "Engkau adalah manusia pertama." Inilah rumah
pertama yang dibina sehinggalah setelah beberapa kurun, Nabi Ibrahim a.s
telah meninggikan tapak Kaabah tersebut. Orang pertama yang mengasaskan
Kaabah kemudian menunaikan sembahyang serta tawaf mengelilinginya ialah
Nabi Adam a.s.
3. Binaan Nabi Syith a.s:
Setelah Nabi Adam a.s wafat, anak-anaknya
telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan
bahawa orang yang membinanya ialah Syith a.s. Mereka sentiasa mendiami
dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang
selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh a.s. Kawasan tersebut
ditenggelami air dan tidak dapat dikesani. Mengikut sesetengah israiliat
(tokok tambah) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Wahab bin Munabbih
bahawa Nabi Adam a.s telah membina khemah pada Kaabah. Apabila beliau
wafat, khemah tersebut telah diangkat oleh Allah s.w.t. Anak-anaknyalah
yang membuat pembinaan pertama terhadap Kaabah.
4. Binaan Nabi Ibrahim a.s:
Binaan Nabi Ibrahim a.s merupakan satu-satunya binaan yang disebut di dalam al-Quran
1. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi
ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah
(Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah
s.w.t telah memerintahkan aku dengan satu perkara, lalu Ismail a.s
berkata: Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah s.w.t kepada
kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi
Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu." Lalu beliau berkata:
"Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah
(Kaabah) di sana." sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang
lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Mereka berdua mendirikan tapak
asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut
ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya.Apabila binaan
tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawakan hajar ini dan
meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas hajar
tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s
menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana
firman Allah s.w.t yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada
kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam
(yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami
umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami
syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya
Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami!
Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang
akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan
mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan
membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat).
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana). Sehinggalah
Allah s.w.t menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut
kepada mereka berdua.
Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:
* Tingginya sembilan hasta.
* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad 20 hasta.
Beliau membina pintu rapat ke bumi, tidak
ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba'
Al-Himyari telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. Bentuk binaan
Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah binaan yang sempurna,
mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir
pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam
bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa
sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika
membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun, hanya Allah s.w.t sahaja Yang
Amat Mengetahui.
5. Binaan Al-Umaliqah:
Kaabah telah runtuh setelah beberapa tahun
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s membinanya, lalu ia dibina semula oleh
Kabilah Al-Umaliqah.
6. Binaan Jurhum:
Setelah beberapa tahun selepas Al-Umaliqah
siap membinanya, Kaabah telah dilimpahi air banjir dari sebelah atas
Kota Mekah menyebabkan dindingnya pecah tetapi masih belum runtuh.
Jurhum telah memperbaiki segala kerosakan tersebut dan membina benteng
untuk menghalang banjir daripada memasuki Kaabah. Di dalam riwayat yang
lain, Kaabah telah runtuh akibat banjir tersebut. Jurhum membinanya
semula di atas tapak binaan Nabi Ibrahim a.s serta membina sebuah pintu
yang mempunyai dua daun dan satu pengunci.
7. Binaan Qusai bin Kilab:
Orang pertama yang memperbaharui binaan
Kaabah daripada golongan Quraisy selepas Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s
ialah Qusai bin Kilab. Beliau membina atap dengan menggunakan kayu Dum
dan pelepah tamar. Al-A'sya membaca syair berikut dengan irama iaitu
salah satu daripada irama syair Arab
Maksudnya: Aku telah memakaikan pakaian pendita Syam kepada Kaabah yang telah dibina oleh Qusai datuknya dan Ibnu Jurhum.
8. Binaan Quraisy:
Ketika Rasulullah s.a.w telah cukup umur
(baligh), dikatakan juga ketika umur baginda dua puluh lima tahun,
seorang wanita telah melontar Kaabah. Bunga api yang keluar hasil dari
lontaran tersebut terkena pada kelambu Kaabah lalu terbakar. Kebakaran
tersebut telah menyebabkan kemusnahan pada Kaabah lalu orang-orang
Quraisy membinanya semula. Apabila tiba waktu untuk meletakkan
Hajarulaswad, mereka mula bertengkar dan berselisih pendapat tentang
kabilah manakah patut mengangkatnya.
Mereka berkata: "Kemarilah kamu semua! Kita
akan melantik orang yang mula-mula datang kepada kita melalui pintu
Bani Syaibah sebagai hakim." Setelah beberapa ketika menunggu, ternyata
Rasulullah s.a.w adalah orang pertama masuk melalui pintu tersebut lalu
mereka meminta baginda s.a.w. menjadi hakim. Baginda s.a.w.
memerintahkan agar mereka membentangkan sehelai kain lalu baginda s.a.w.
sendiri meletakkan Hajarulaswad tersebut di tengah-tengah bentangan
kain serta memerintahkan agar setiap orang memegang hujung-hujung kain
tersebut. Dikatakan juga: "Mereka mengemukakan ketua kabilah
masing-masing agar memegang hujung kain tersebut lalu mengangkatnya."
Kemudian sekali lagi Rasulullah s.a.w
mengambil Hajarulaswad tersebut lalu meletak di tempatnya. Orang Quraisy
mendirikan enam batang tiang di dalam Kaabah. 2. Orang-orang Quraisy
meninggikan pintu Kaabah berdasarkan kepada cadangan Abu Huzaifah bin
Al-Mughirah, sebagaimana katanya: "Wahai kaum! Tinggikan pintu Kaabah
agar ia hanya boleh dimasuki dengan menggunakan tangga sahaja. Kaabah
tidak boleh dimasuki melalui tangga tersebut kecuali seseorang yang kamu
benarkan sahaja. Jika seseorang yang kamu benci datang, buanglah tangga
tersebut agar mereka terjatuh. Semoga peristiwa itu menjadi pengajaran
kepada sesiapa yang melihatnya." Berdasarkan kepada cadangan inilah
orang-orang Quraisy terus melakukannya. Mereka juga menambahkan
ketinggian Kaabah dari sembilan hasta kepada lapan belas hasta. Mereka
memendekkannya sebanyak enam hasta di arah utara dari tapak asas binaan
Nabi Ibrahim a.s kerana pembiayaan yang halal yang mereka miliki tidak
mencukupi untuk mereka menyempurnakannya.
10. Binaan Al-Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi
1. Apabila Al-Hajjaj bin Yusuf memasuki
Kota Mekah selepas pembunuhan Abdullah bin Az-Zubair, beliau terus
menulis surat kepada Abdul Malik bin Marwan menyatakan setiap perkara
yang telah Ibnu Az-Zubair lakukan. Abdul Malik bin Marwan menjawab surat
tersebut dengan katanya: "Runtuhkanlah apa yang telah ditambah pada
Hijir dan kembalikan ke asalnya serta tutuplah pintu yang dibuka di
sebelah barat, kemudian biarkan bahagian-bahagian yang lain begitu
sahaja."
2. Al-Hajjaj telah merobohkan
dinding di Hijir dan membina kembali di tempat asalnya yang pertama
kemudian memasukkan ruang ini ke dalam Hijir.
3. Membuang tangga kayu yang diletakkan oleh Ibnu Az-Zubair di dalam Kaabah.
4. Mengurangkan ketinggian pintu Kaabah sebanyak lima hasta.
5. Menutup pintu Kaabah di sebelah barat dan mengekalkan pintu yang lama pada kedudukan asalnya.
11. Binaan Sultan Murad Khan:
1. Kota Mekah telah dilanda hujan lebat
bermula pada hari Rabu 19 Syaaban tahun 1039 H yang mengakibatkan banjir
besar mengalir masuk ke dalam Masjidil Haram serta memenuhi hampir
keseluruhan kawasannya. Pada hari Khamis, dinding di sebelah Syam dan
sebahagian dinding-dinding di sebelah timur dan barat telah runtuh.
Hujan yang masih lagi berterusan sangat membimbangkan orang ramai.
2.
Orang-orang Islam diperintahkan bersiap-sedia untuk membina Kaabah
sebagaimana keadaan sebelumnya. Kerja-kerja pembinaan Kaabah diteruskan
atas perintah Sultan Murad Khan. Dengan limpahan kurnia Allah s.w.t,
kerja-kerja tersebut siap pada 2 Zulhijah, tahun 1040 Hijrah. Pembinaan
tersebut memakan masa enam bulan setengah.
12. Binaan Kerajaan Saud
Pada zaman pemerintahan Kerajaan Saud, Kaabah mengalami dua kali pembaikan iaitu ketika pemerintahan Raja Saud bin Abd Aziz pada 1377 Hijrah/1956 Masihi kerana berlaku keretakan di beberapa bahagian dinding dan bumbung Kaabah. Baginda memerintahkan supaya pembaikan dilakukan.
Kedua, pada zaman pemerintahan Raja Fahd bin Abd Aziz. Kaabah sekali lagi mengalami kerosakan akibat binaannya yang terlalu lama sejak zaman Sultan Murad IV. Lantaran, pada 1417 Hijrah/1996 Masihi baginda memerintah pembaikan dilaksanakan.
Pada zaman pemerintahan Kerajaan Saud, Kaabah mengalami dua kali pembaikan iaitu ketika pemerintahan Raja Saud bin Abd Aziz pada 1377 Hijrah/1956 Masihi kerana berlaku keretakan di beberapa bahagian dinding dan bumbung Kaabah. Baginda memerintahkan supaya pembaikan dilakukan.
Kedua, pada zaman pemerintahan Raja Fahd bin Abd Aziz. Kaabah sekali lagi mengalami kerosakan akibat binaannya yang terlalu lama sejak zaman Sultan Murad IV. Lantaran, pada 1417 Hijrah/1996 Masihi baginda memerintah pembaikan dilaksanakan.
Batu 5 gunung asas binaan Kaabah
No comments:
Post a Comment