Manchester
United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak
tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain
yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali
berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan
Italy), di pentah benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab
dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia
hatta di Malaysia juga.
Namun
di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan
memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh
dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan
minda (nind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak
menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai
kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazier
merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang
sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi
di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di
Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy,
Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).
Kedua-dua
kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang
menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda.
Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di
dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah
melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori
tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat
tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita
berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang
berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada
waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan
kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang
senja.
Kedua-dua
kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata
dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal.
Lambang mata satu ini juga terdapat pada not $USD 1.00, matawang Amerika
Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:
Pada
logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang
garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan.
Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk
menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United
selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan.
Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji
konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi
masyarakat Mesir Purba.
Pada
logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima
NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara
teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka sial bagi
masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi
para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah
pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5
yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan
berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan
bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan
UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama
Baphomet.
Perkataan
MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini.
Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di
mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama
paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu
jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan
dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:
M=13 A=1 N=14 U=21
1+3+1+1+4+2+1=13
Jika
kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf
N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.
E dan R
E=5, R=18
18-5
=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20
1+4+3+8+5+1+9+2+0=33
No
33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia
merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat
33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.
AC
Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan
minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan
jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan
salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut
tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada
bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib
Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah
setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan
salib Kristian:
Salib Knight Templar
Salib Kristian
Knight
Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih
seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka
merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran
Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga
adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.
Pada
logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun
penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau
1dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan
dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka
666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan.
Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X
dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X
berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juka terpakai pada logo
ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan
nombornya:
A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.
Secara
umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan
sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong
kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan
vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di
Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja
lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai
makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka. Lagi sedih, ada yang
memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang
tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang
semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas
solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia)
dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton
perlawanan larut malam.
No comments:
Post a Comment