Friday, June 29, 2012

Lawak si Adam... ( 18 SX )

Ibu muda seksi menyusu dalam bas

Breastfeeding is good


Adik adam satu hari menaiki bas dan duduk di sebelah seorang ibu muda dan seksi. Ibu muda itu sedang ingin menyusu anaknya namun anaknya menolak.

"Cepat minum, kalau adik taknak minum mama bagi abg sebelah minum,"si ibu memujuk anaknya. 10 minit berlalu namun anaknya masih juga tidak mahu minum.

"Kalau adik taknak minum mama bagi betul kat abg sebelah ni,"pujuk si ibu lagi.

Adik adam yang dari tadi nampak gelisah lalu berkata "Akak tolong buat keputusan cepat, saya sudah mahu turun lagi 2 simpang di hadapan.

Nakal dalam bas

untuk tempahan tiket online - http://www.transnasional.com.my


Suatu hari adik adam menaiki bas Melaka-KL. Mama yang menghantar adik adam ke melaka sentral berpesan kepada pemandu "Adik tengok-tengokkan anak akak ye, nanti sampai Seremban bagitau dia ye." Sepanjang perjalanan ternyata adik adam sangat nakal dan tidak senang duduk. Sekejap-sekejap dia bertanya pada penumpang dan abg pemandu "Dah sampai seremban belum?" Pakcik mail tongkeng salah seorang penumpang yang sudah beberapa kali menjawab pertanyaan adik adam menjawab "Belum adik, adik tidur je jangan risau nanti pakcik pasti kejutkan."

Tapi ternyata adik adam belum berpuas hati, dia pergi mendapatkan abang pemandu dan bertanya lagi "Abang, dah sampai seremban belum?" Abang pemandu yang sudah kepenatan dengan pertanyaan adik adam menjawab "Belum! Tidur la dulu, abang janji akan kejutkan adik. Abang janji. Jangan risau, pegi tidur."

Selepas itu adik adam tidak bertanya lagi, dia tidur dengan nyenyaknya. Terasa aman sekali suasana dalam bas bila dia tidur. Kerana itu semua orang termasuk abang pemandu terlupa tentang adik adam, tiada seorang pun mengejutkannya walaupun bas telah melepasi seremban. Malah sehingga bangi dan seterusnya sampai di tol sungai besi adik adam masih tidur tidak dikejutkan.

Selepas membayar tol itulah baru abg pemandu tersedar dia terlupa mengejutkan adik adam. Lalu dia bertanya kepada para penumpang "Camne ni pakcik makcik, kita kena patah balik seremban ni hantar budak ni." Para penumpang pun turut merasa bersalah lebih-lebih lagi pakcik mail tongkeng. Mereka bersetuju menghantar adik adam semula ke seremban.

Abang pemandu pun membawa bas berpatah balik ke seremban. Jauh juga hendak patah balik ke seremban. Apabila sampai di seremban dengan bangganya mereka bersama-sama mengejutkan adik adam sambil merahsiakan kejadian sebenar. "Adik, bas dah sampai seremban. Cepat bangun." Adik adam segera bangun dengan gembira. "Ooo dah sampai ye." Dengan cepatnya adik adam membuka beg galasnya dan mengeluarkan kotak KFCnya.

Semua orang kehairanan. "Adik bukan nak turun seremban ke?"tanya pak cik mail segera. "Tak la saya mau ke KL lepak rumah abg long. Mama pesan bila dah sampai seremban baru saya boley makan bekal ayam KFC ni."

Analisis Umur Wanita


Seorang wanita telah melakukan pembedahan plastik menegangkan muka dan payudaranya dengan pakar pembedahan yang terkenal.
Suatu hari dia membeli goreng pisang di kedai pak mail tokeng. Sewaktu membayarnya dia bertanya : "Agak2 pakcik bape umo saya?. Pak mail melihat atas dan bawah lalu menjawab :"Dalam 30 pak cik rasa.". Wanita itu membalas dengan hati bangga dan gembira:"Saya sebenarnya dah 38 pakcik."
Kemudian selepas itu wanita tersebut pergi membeli tiket wayang citer Nur Kasih. Ramai sangat orang jadi dia terpaksa beratur panjang untuk membelinya. Sedang beratur itu di depannya ada seorang mak cik. Wanita itu bertanya hal yang sama kepada makcik itu :"Agak2 makcik umo saya bape?" Makcik peminat citer Nur Kasih menjawab :"Makcik rasa umur kamu 25 tahun,kan?” Wanita itu semakin gembira:"Huk3 xde la makcik umur saya dah 38."
Selepas membeli tiket wanita tersebut pergi ke tempat parking keretanya sebab masuk pawagam lambat lagi. Kelihatan adik adam sedang bermain-main di tempat parking itu. Lalu wanita tersebut mendapatkan adik adam dan bertanya : "Adik tengok akak umo bape? Kalau adik betul akak bagi $100."
Adik adam : Saya boleh meneka umo kakak kalau kakak bagi saya tengok payudara kakak dan memegangnya.
Disebabkan perasaan teruja wanita tersebut memberi adik adam tengok dan memegangnya. Adik adam memerhati dan menganalisis sambil membelek-belek payudara wanita tersebut.
Selepas puas mentelaah Adik adam menjawab: Umur kakak 38 tahun.
Wanita : Tepatnya macamana adik tahu? Wanita itu sangat terkejut lalu memberi duit $100 seperti dijanjinya.
Adik adam : Saya beratur di belakang kakak masa beli tiket wayang.

 KUCING 7 EKOR


Cikgu Ramlah : Jika cikgu beri kamu 2 ekor kucing, dan 2 ekor lagi dan 2 ekor lagi, berapa ekor kucing yang kamu ada?

Adik Adam : 7 ekor cikgu.

Cikgu Ramlah : Cikgu ulang lagi sekali, jika cikgu beri kamu 2 ekor kucing, dan 2 ekor lagi dan 2 ekor lagi, berapa ekor kucing yang kamu ada?

Adik Adam : 7 ekor cikgu.

Cikgu Ramlah : Baik cuba cikgu ubah soalan, jika cikgu beri kamu 2 biji epal, dan 2 biji lagi dan 2 biji lagi, berapa bijikah epal yang kamu ada?

Adik Adam : 6 biji cikgu.

Cikgu Ramlah : Bagus! Sekarang cikgu beri kamu 2 ekor kucing, dan 2 ekor lagi dan 2 ekor lagi, berapa ekorkah kucing yang kamu ada?

Adik Adam : 7 ekor !!!

Cikgu Ramlah (sangat marah) : Mana kamu dapat 7 ekor tu?!!!!

Adik Adam (sangat marah) : Saya sudah ada sekor kat rumah!!!!

No comments:

Post a Comment