Tuesday, November 24, 2009

10 wanita terkejam di dunia

1. Jiang Qing atau Madam Mao 1914 - 1991


Jiang Qing adalah isteri kepada Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapat kedudukan yang paling berkuasa di dalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Adalah dipercayai bahawa dia adalah dalang di sebalik Revolusi Budaya Cina (di mana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di Cina dilaporkan mengalami penyiksaan hak-hak asasi manusia. Jutaan yg lain juga dibiarkan tidak bekerja secara paksa. Anak muda atau Red Army digalakkan untuk memukul atau melupakan ibu bapa dan guru. Jumlah korban kematian sekitar 500000 orang pada tahun 1966-1969 tetapi jumlah sebenar mungkin menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.

2. Elizabeth I of England 1533 - 1603


Korban : ribuan orang

Elizabeth I, amat menindas pengikut fahaman Katolik dan ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh. Walaupun dia melakukan perkara yang baik untuk parlimen, dia juga merupakan raja yang kejam. Suatu kisah, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots dari Scotland tempat perlindungan, tiba-tiba dia mengkhianatinya dan meletakkan dia di dalam penjara selama hampir 19 tahun dan kemudianya baharulah membunuhnya. Dia mengalakkan rompakan ke atas kapal-kapal Sepanyol dan meyokong kegiatan perdangangan kanak-kanak.


3. Elena Ceauşescu 1916 - 1989


Korban : penghapusan etnik

Elena Ceauşescu merupakan orang Romania yang menyatakan dirinya sebagai sebagai ilmuan, isteri pemimpin komunis Romania Nicolae Ceauşescu, dan wakil perdana menteri Romania. Romania menyatakan bahawa Elena Ceauşescu bertanggungjawab atas penularan kelahiran anak luar nikah dan bayi yang tidak diingini yang akhirnya mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diingini. Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu. Dia juga mengetuai kementerian kesihatan, dimana dia tidak mengakui adanya AIDS di Romania. Dia juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan program pembahagian makanan yang pada tahun 1980 an terletak di bawah kuasanya. Dia akhirnya dihukum bunuh dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu.

4. Phoolan Devi 1963 - 2001



Korban : 22 org lebih

Phoolan Devi adalan dacoit India (perompak bersenjata) yang mempunyai karier singkat sebagai ahli politik. Pada 1970an dia diculik dan dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu ketika, dia diperkosa oleh sekumpulan laki-laki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompak dari orang-orang kaya. Lalu dia akhirnya kembali ke Behmai dan dia memerintahkan semua lelaki yang memperkosanya dan juga kawan mereka untuk berbaris dan dia menembak mereka semua. Sekitar 22 laki-laki terbunuh dan dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan masa selama 11 tahun penjara. Dia menceburi dunia politik, tetapi hanya sekejap sahaja kerana ada pemberontakan dari dalaman. Amat mengejutkan, tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai.

5. Rosemary West 1953


Korban : 12 org

Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyiksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah tertuduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak. West melakukan aktiviti jenayahnya untuk menculik gadis dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya. West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)

6. Delphine LaLaurie 1775 - 1842



Korban : 10 org lebih

LaLaurie adalah kaum sosialis yang kejam yang tinggal di New Orleans. Rumahnya penuh dengan keseraman. Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan org ramai yg cuba memadamkan kebakaran menemui 2 budak yang dirantai pada dapur, dan meyakinkan penyiasat bahawa merekalah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian. Penyiasat
tadi dipandu oleh budak yang lain menuju ke loteng dimana terdapat benda yang lebih mengejutkan. Lebih dari satu dozen budak cacat terbelenggu di tembok atau lantai. Beberapa kanak-kanak menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan. Seorang laki-laki dilakukan pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita terjebak di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan ada wanita tanpa tangan dan kaki, dan ada timbunan daging padanya supaya menjadi seperti ulat bulu. Beberapa mulutnya dijahit dan dia kelaparan sampai mati, dan ada yang lain, tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya. Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa masih hidup dan beberapa meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia dihakimi dan dia tidak pernah tertangkap.

7. Marybeth Tinning 1942




Korban : 9 org

Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, dimana semuanya dibunuh termasuk anak angkatnya Selama waktu kematian, tidak ada satupun yang curiga bahawa dia membunuh mereka, dan mereka
menyalahkan kecacatan genetik. Hal ini hingga anak angkatnya adalah anak ketujuh yang dibunuh. Dia mengaku bahawa dia mencekik anak-anaknya, tetapi kemudian dia menarik kembali pengakuan itu. Dia dihukum 20 tahun penjara, dan rayuan keduanya agar mendapat permintaan pembebasan bersyarat ditolak.

8. Dorothea Puente 1929



Korban : 9 org
Dorothy Puente adalah wanita tua yang menjalankan perniagaan rumah sewa. Selama dia menjalankan perniagaan ini, dia telah perlahan-lahan membunuh orang-orang yang tinggal bersamanya dan memalsukan tanda tangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan. Dia tidak mengizinkan penyewa-penyewa itu untuk menggunakan telefon atau surat. Dia akan mengambil semua wang yang dikirim untuk para penyewa itu dan menyimpannya untuk dirinya sendiri. Para korbannya biasanya sedang mabuk, dan menderita schizophrenia. Salah satu mayat yang ditemui dikebun belakang, ditemukan tanpa kepala, lengan, dan kaki.
wang yang dicuri, dipakai untuk pakaian-pakaian mewah, perfume dan pembedahan penegangan kulit muka sebelum sebelum dia tertangkap. Puente tidak memperlihatkan kekesalan atas kejahatan yang dia lakukan dan pada waktu ini dia berada dipenjara dengan hukuman seumur hidup.

9. Karla Homolka 1970



Korban : 3 (disyaki ada 5 org lainnya)
Karla Homolka adalah pembunuh bersiri dari Kanada yang menarik perhatian media diseluruh dunia ketika dihukum kerana membantu suaminya, Paul Bernardo untuk memperkosa dan membunuh gadis-gadis remaja, termasuk juga adiknya sendiri Tammy Homolka. Karla merakam segala perbuatan dan pembunuhan gadis muda yang dilakukan oleh suaminya, rakaman video ini digunakan sebagai bukti mereka dipengadilan dan beberapa bahagian dapat disaksikan di internet walaupun kerajaan Kanada meminta agar video itu dihapuskan. Yang lebih mengejutkan lagi, Homolka dibebaskan dari penjara pada tahun 2005 setelah hanya dihukum 12 tahun dan sekarang hidup di West Indies.

10. Williamina “Minnie” Dean 1844 - 1895



Korban: 3 org
Minnie Dean adalah satu-satunya wanita yang dihukum bunuh dalam sejarah New Zealand. Dia dihukum bunuh dengan tali gantung. DIsebalik perbuatan kebajikanya dengan
menyelamatkan gadis muda yang miskin, wanita berhati iblis ini membunuh anak mereka dan mengambil wang mereka untuk meningkatkan gaya hidupnya. Pada waktu itu, wanita muda yang hamil tanpa suami dibenci dan dijauhi oleh masyarakat. Hal ini mewujudkan suatu amalan phenomena yang disebut “baby farming” dimana orang akan menjadi sukarela untuk mengambil anak mereka dan membesarkan mereka dengan gaji dari kerajaan. Dean adalah salah seorang pengasuh, tetapi daripada membesarkan anak-anak itu, dia membunuh mereka ketika ada kesempatan dan mengambil gaji itu. Perkara ini dapat dilakukan kerana pengasuh tidak wajib mendaftar kanak-kanak yang dijaga. Dalam banyak kes, kanak-kanak itu lenyap di rumah pengasuh ini. Dean membunuh paling tidak 3 anak tetapi banyak orang yang mengesyaki dia membunuh lebih dari itu. Pada waktu ini, tulang dari 3 anak itu disimpan didalam muzium New Zealand.

No comments:

Post a Comment