Salam semua.. entri kali ni saya nak share satu perkara yang agak menarik dengan anda semua..
Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? Subhanallah..betul kah? sebenarnya saya pun baru tahu juga perkara ini dari seorang sahabat , disebabkan perkara ini memang menarik perhatian maka saya mengambil keputusan untuk menyiasatnya dengan lebih lanjut.
Pertama sekali, jom kita check simbol ini pada ringgit kita,
Apa yang saya tandakan dengan dakwat merah itu adalah gambar seekor kijang. Tetapi betulkah itu seekor kijang?
Sebenarnya, lebih tepat lagi, simbol ini adalah sebenarnya milik Bank Negara Malaysia
Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang?
Perkara
yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor
PENDEK!, manakala simbol haiwan diatas adalah berekor panjang..
Sebenarnya haiwan diatas adalah simbol seekor anjing..!
Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.
Untuk
makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada
zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama
pagan(menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan
menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan
Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada
makam Firaun dan Pyramid
Manakala
anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan
lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno
juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol
identiti bagi pergerakan Freemason.
Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan?
Saya periksa
laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya
1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank
Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat
laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun
tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya
pemilik Bank Negara?
Bank Negara
ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara
dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit
negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.
discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel
Pada tahun
1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam
suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank
Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.
Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.
Cumanya
persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum
terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2
pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah
terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank
negara malaysia
Saya risau maklumat yang saya dapat ini satu fitnah jahat terhadap Bank Negara kita. mohon diperbetulkan..
dari: http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/simbol-illuminati-pada-ringgit-malaysia/#ixzz288yyycmb
ini sebuah fakta yang nyata... that's real
ReplyDelete