Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam
Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang
ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk
membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak
mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan
jelas di dalam AlQuran AlKarim.
“Apakah
kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang
Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu
pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah
yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat
menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah
menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,”
lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir
Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa
Raja Nimrod / Namrud telah mendatangkan dua orang pesalah, seorang
dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya
bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim
mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah
dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah
diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan
berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia
memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.
Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas
bersemarak itu kepada angin sejuk.
“Mereka
berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu
benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi
dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak
berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang
yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70
Dan
dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa
raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua
orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin
ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang
kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Sebagaimana
yg telah kita sering kedengaran bahawa "sejarah kembali berulang",
inilah yg terjadi sejak akhir-akhir ini di mana segala perlakuan sejak
dari zaman Para Nabi dan Rasul pastinya terjadi kembali di zaman akhir
ini. Bagitulah jikalau kita perhatikan sebagaimana Namrud yg ingin
menguasai dunia dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Keinginan Namrud
ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh
cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama
Illuminati.
Kita tahu Israel membina monumen untuk Firaun. Kita juga tahu bahawa Freemasonry berkaitan dengan tukang batu. Kita juga tahu dari banyak sumber bahawa Rothschild menganggap dirinya sebagai keturunan dari Nimrod. Sumber-sumber lain (misalnya "William Josiah Sutton, The Illuminati 666, 198) mencatatkan bahawa Nimrod adalah orang pertama yang mengajar seni batu seperti dalam menara Babel.
Kita juga pernah baca bahawa Nimrod dikaitkan dengan Baal atau Molech.
Kota kuno Carthage merupakan ibukota Empayar Phoenicia. Satu Tamadun maju. Para arkeologi telah mendedahkan ciri-ciri yang paling penting - insiden pengorbanan anak. Peninggalan arkeologi telah dijumpai, seperti altar di mana anak-anak dikorbankan menandakan tempat pemakaman tetap. Ukiran Batu menggambarkan anak-anak yang dikorbankan. Kubur-kubur tinggalan kanak-kanak yg telah dikorbankan turut dijumpai.
"Dan mereka membina tempat-tempat tinggi Baal yang ada di lembah Ben-Hinom, untuk menyebabkan anak-anak mereka dan anak perempuan mereka melewati api untuk Molech" (Yeremia 32:35).
"Mereka telah membina juga tempat-tempat tinggi Baal untuk membakar anak-anak mereka sebagai persembahan kepada Baal" (Yeremia 19:5).
Di sini Alkitab menyiratkan apa yg ditemui arkeologi moden dan antropologi : bahawa Molech dan Baal mewakili dewa pagan yang sama. Isteri Baal adalah Asyera dan isteri Molech adalah Asytarot (Ishtar). Asyera dan Asytarot merupakan dewi kesuburan yang sama. Dewa-dewa ini diketahui oleh orang Yunani sebagai Aphrodite, untuk orang Mesir sebagai Isis, dan ke Phoenicia sebagai Tanet.
Nama
‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang
bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun
dengan bahasa Arab. Contoh kata ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah
”Ridda” yang bermaksud ”murtad”.
Ketahuilah bahawa kerajaan
pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943
SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa
pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan
agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang
amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya.
Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu
pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Blue Room Christmas tree
Dari
catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya amat banyak,
di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama
Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai
isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup
selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya
dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati,
yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi
Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud
selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang
digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari
kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh
orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.
Tammuz
Walaupun
dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan
Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas
Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah
jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud
‘benih seorang wanita’. Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’,
‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan
terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan
pemujaannya kepada Namrud, Semiramis di anggap sebagai ‘Ratu Langit’
oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja
sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan
pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa
lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah
Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu
berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka
menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus).
Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna
dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya , ajaran
penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain
pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut
Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh
ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Ancient goddess
Dan
lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di
Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu
dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu
perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda
persahabatan kedua negara tersebut.
Statue of Liberty
Patung
Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa
obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud
yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada
di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy,
Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of
Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah
sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki
oleh Sony Pictures Entertainment.
Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan
Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah
banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka
terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati
ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan
Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu
Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi,
Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja
British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari
keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di
bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga
mereka dahulu.
Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba
menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada
sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis
dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada
seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan
rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin
yang sesuai dengan kehendak mereka. Dan yang paling PENTING, rakyat
semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama
sendiri!
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di
dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod.
Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi
kehebatannya.
Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10
: 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu
dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa
di hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11
: 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu
bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu
bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata
mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya
sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di
seluruh bumi.”
11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11
: 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan
ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka
akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11
: 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN
mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan
oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka mahu membuat batu-bata dan
membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini
lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini
disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina /
arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian,
kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga
cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1
dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di
atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu
13 : 18 Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti,
menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka
manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem
pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan
kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama
perkiraannya dengan 1 dollar. Dan sebenarnya kita juga sekarang ada
lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan
masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu
sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga
disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika)
sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor
10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The
great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati
pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara
matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar
Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini
telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu
tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang
disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’ bersama-sama
dengan ‘Agama Misteri’ nya. Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai
tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu
minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut
kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut
agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan)
pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan
akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi
penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan
Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari
Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus
telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan
Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah
diurapi oleh para paderi.
Ishtar itu adalah juga gelaran
kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia
melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga.
Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’ atau dalam bahasa
babiloniannya ‘Ishtar’. Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth =
Astarte
Sebagaimana Namrud yg telah di selewengkan oleh Iblis dalam pengabdian pada Tuhan merupakan sifat dari Babel Besar di dunia ini iaitu penyembah Lucifer.Luciferians telah hidup dan mempromosikan penyembahan Lucifer melalui Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft. Dia bertekad untuk menggulingkan semua agama dan kerajaan. Tujuan mereka adalah untuk menyatukan dunia ke dalam One World Government serta menjadikan Lucifer sebagai satu-satunya tuhan di dunia ini!
Wicca adalah versi moden dari Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft dengan berjuta-juta ahli lelaki dan wanita. Kita lihat bagaimana Lucifer di masa lalu dan kini menggunakan Secret Societies, Komunisme, International Banking, isu-isu sosial untuk melanjutkan rencana mereka.
Bertentangan dengan apa yang mereka lakukan untuk menganiaya atau berbohong tentang apa yg kita ingin percayai, Wicca adalah cara yang sangat damai, harmoni dan meyeimbangkan kehidupan yang mempromosikan kesatuan spiritual dengan semua yang ada.
Inilah plot syaitan yg dilancarkan kembali sejak 1760 ketika pertama kali muncul dengan nama "Illuminati." Sebagaimana yg telah di ketahui, Illuminati ini di wujudkan oleh Adam Weishaupt, seorang kelahiran Yahudi kemudian menjadi seorang imam Katolik yg di atas perintah 'House of Rothchild' maka terancanglah kembali Illuminati secara halus.
Rothschild yg membiayai operasi dan setiap perang sejak itu bermula dengan Revolusi Perancis, telah dilantik oleh operasi Illuminati di bawah pelbagai nama. Illuminati menjadi terkenal di mana Weishaupt dan rakan-konspiratornya mula beroperasi di bawah nama yang lain. Di Amerika Syarikat, selepas Perang Dunia I, mereka mendirikan apa yang mereka sebut "Council on Foreign Relations" disebut juga sebagai CFR dan CFR ini sebenarnya adalah Illuminati di Amerika Syarikat dan hirarkinya.
Weishaupt menyelesaikan tugasnya 1 Mei 1776. Jadi tidak hairanlah mengapa kita hari ini menyambut 1 mei sebagai cuti umum. Itu adalah hari, 1 Mei 1776, yang rencananya Weishaupt selesai dan secara rasmi terancang Illuminati untuk menyenaraikan rencana ke dalam pelaksanaan. Rencana tersebut diperlukan untuk menghancurkan semua kerajaan yang ada dan juga penyelewengan terhadap agama. Tujuan itu adalah untuk membahagikan rakyat seperti yg ia (Weishaupt) sebut: "goyyim" atau ternakan manusia dalam meningkatkan jumlah pada isu-isu politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain - Inilah yang kita dapati dalam negara hari ini.
No comments:
Post a Comment