Cerita konspirasi dalam perasmian pembukaan sukan Olimpik diwar warkan
mulut ke mulut dari insan yang tidak diketahui. Sebut saja pembongkaran,
ianya mesti sebuah berita yang menggemparkan, diceritakan dalam sisi
berbeza untuk sesuatu fakta. Senang cerita, pembongkaran selalu
mendedahkan penipuan, juga rahsia rahsia sulit yang tidak diketahui oleh
umum. Persoalannya, adakah pembongkaran penipuan itu satu penipuan?
Atau ianya pembongkaran yang sebenarnya?
Ini yang selalunya orang tak pernah fikir. Kembali kita kepada isu Croc yang bertatah kalimah Allah suatu ketika dahulu, dan juga iklan TV3 Raya,
ini persoalan yang aku utarakan setiap kali melihat orang orang cuba
memecahbelahkan manusia manusia lain dengan pemikiran yang berlagak
pandai. Bayangkanlah semua ilmu yang digunakan tidak dikaji dengan fakta
yang mencukupi, dari sumber yang padat dan benar.
Meh aku bidas satu persatu apa yang difikirkan dari beberapa sumber yang
aku baca beberapa hari ini. Kita guna logik dan akal yang Tuhan beri.
Ini bukan fiksyen sains, ini realiti.
MASA KEJOHANAN OLIMPIK 2012 (sumber)
Kejohanan ini telah dipilih untuk diadakan pada bulan puasa. So, para
atlit yang beragama islam terpaksa menangguhkan puasa dan perkara ini
dah diputuskan oleh mufti-mufti kerana dikira bermusafir. Tetapi tidak
salah kalau berpuasa. Main sukan je pun. Zaman Nabi lagi dahsyat. Nabi
dan umat islam berpuasa semasa berperang. Bergadai nyawa lagi. Puasa
tetap puasa. Memang ada sesuatu yang tersirat kerana ianya dibuat semasa
umat islam berpuasa. Tambahan pula, masa inilah juga berlaku
pertumpahan darah umat islam di Syria dan Burma serta kebuluran umat
islam yang berpuasa di Somalia.
Respon: Ketahuilah yang sukan Olympic yang dikenali ini bernama penuh Summer Olympic. Menurut sumber,
ada dua jenis sukan Olympic. Pertama adalah Summer Olympic yang
diadakan pada musim summer (musim panas), dan, Winter Olympic Games yang
diadakan pada musim winter, Paralympic Games dan juga Yuth Olympic
Games. Jadi, kebetulanlah puasa melalui musim panas di Barat sana. Jadi,
takkanlah hanya kerana umat Islam berpuasa, Summer Olympic Games nak
ditunda? Ini event dunia!.
Upacara pembukaan ini dibuat dengan beberapa persembahan yang dilihat
sememangnya mengandungi unsur Illuminati dan Freemason. Promosi untuk
Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal seakan-akan mewarnai dan
menjadi teras penting kepada pembukaan Sukan Olimpik 2012. Anda boleh
lihat sendiri berdasarkan gambar-gambar seperti di bawah ini.
(klik untuk tumbesaran)
respon: Promosi atau tidak, seharusnya jika kita menonton dan berbangga
hanya kerana persembahan yang mengagumkan, rasanya itu tidak menjadi
masalah. Islam sendiri suruh menghormati antara satu sama lain dan
melarang kita dari berbuat fitnah. Sebenarnya, segala yang dikatakan
promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal ni siapa yang
buat? Mesti orang Islam juga. Pasal apa, pasal untuk memecahbelahkan
umat Islam sendiri dan pemikiran pemikiran yang sukar difikirkanlah.
Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu bukannya semata-semata
2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan
dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari
perkataan Zion lah munculnya Zionis. Dalam logo yang lain pula, jika
kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor
yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya
tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya
ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan
MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah
amat banyak dilakukan sebelum ini.
respon: sebenarnya tak perlu aku respon pasal hal ini. boleh rujuk entry ini dan ini.
penjelasan yang hampir sama. Buang masa kalau aku tulis balik. Tetapi,
jika mengkaji sehingga buat potongan sebegini seperti di bawah...
memang nampak sangat nak sengaja nak memporak porandakan dari mengkaji. Apakejadah sampai logo yang tertulis elok tu dipotong potong sampai macam tu! Oh ya, kalau begitu, perkataan BAB 1 di setiap buku patut dibuang. Bukankah kalau dirapatkan ianya akan jadi.... ops...
memang nampak sangat nak sengaja nak memporak porandakan dari mengkaji. Apakejadah sampai logo yang tertulis elok tu dipotong potong sampai macam tu! Oh ya, kalau begitu, perkataan BAB 1 di setiap buku patut dibuang. Bukankah kalau dirapatkan ianya akan jadi.... ops...
Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini
iaitu makhluk logam bermata satu. Sesetengah pihak mungkin menganggap
kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc.
tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai Dajjal yang
diketahui sebagai makhkluk bermata satu. Seperti yang diketahui, bentuk
tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol
rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist. Penganjur membidas dakwaan
itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah
kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang
Olimpik London 2012.
respon: Ya, jika ianya kamera, kameralah. Tak usah buat pandai pandai.
Itu jadinya fitnah. Bukankah fitnah itu lebih jauh hebat dosanya
daripada membunuh. Ingat tu!
Ada yang mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu
menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek
firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya
menandakan era baru dalam acara sukan.
respon: hanya kerana lampu suluh stadium berbentuk piramid saja dah jadi isu? balik kembali kepada isu ini dan ini. Kelak faham la korang.
POKOK OLIMPIK (sumber)
Pokok Olimpik ini dikatakan sebagai pokok Gharad. Pohon yang
dikatakan sebagai pohon yang akan melindungi kaum Yahudi. Sejauh mana
kebenarannya, ianya belum terbukti.
Respon: Kalau dah namanya pokok olimpik, ianya tak ada perkara yang
perlu diperdepatkan dan ditakutkan. Lagipun, ianya lambang cerita agama
anutan di London. Salahkah jika mereka menceritakan agama mereka seperti
kita menceritakan agama kita di negara kita.
KATANYA ITU NABI MUSA (sumber)
Kata mereka, nabi Musa digambarkan sebagai seorang yang hodoh dan
menakutkan. Malah, ketinggian Nabi Musa adalah sama dengan ketinggian
boneka hantu, memungkinkan boneka itu adalah persembahan kutukan untuk
Nabi Musa bagi orang Islam.
Respon: berdasarkan hujah hujah, inilah hujah yang paling tak masuk akal
dan dikaji semberono. Pada aku, aku kagum dengan bagaimana babak ini
dilakukan. Kata mereka 'itulah nabi Musa!".. itu saja. Terus menghentam
tanpa bukti yang kuat sedangkan itu hanyalah satu penceritaan sahaja.
Ketinggian Nabi Musa dikaitkan. Namun, selagi dalam acara itu tidak pun
menyebut nama Moses, aku rasakan ini persembahan yang mengagumkan.
--------------------
Beginilah, aku percaya bahawa kiamat itu akan muncul suatu hari nanti.
Aku percaya dajjal pastinya akan muncul walau apa cara kita elak sekali
pun. Jadi, segala butiran butiran sebegini sebenarnya amatlah kurang
sokongan untuk fakta dan kebenaran. Ketahuilah apa itu teori dan teori
tak semestinya benar benar semuanya. Jadi, pada aku, aku menganggap
malam tersebut adalah persembahan terhebat dalam sejarah Summer Olympic
2012. Tak lebih dari itu, jadi buat apa nak bercerita benda benda yang
tak perlu. Mahu memecahbelahkan orang kita sendiri?
Apa yang penting, umat Islam tu sendiri yang perlu sedar yang semua pembongkaran ini sebenarnya menggoyahkan iman. Kepercayaan dajjal dan lain lain bahkan boleh terputar belit jika korang terlalu taksub dengan teori konspirasi yang tidak diketahui ujung pangkal. Lebih baik dari kita berfikir tentang bagaimana menggandakan pahala kita daripada membikirkan agenda konspirasi ini. Biarlah mereka berkonspirasi, janji lima waktu kita sempurna.
Illuminati Ritual Mass Performance!
ReplyDelete