Friday, March 19, 2010

Akuarium Paling Menakjubkan di Dunia

Kalau tengok sahaja rebentuk akuarium yang dimilki mereka, seperti kita melangkah ke dunia sebenar bawah air. Suasana akurium mereka sungguh menakjubkan. Mari kita lihat senarai akuarium yang paling menakjubkan di dunia.

1) Akuarium Oceanário de Lisboa. Lisbon, Portugis
www.oceanario.pt

Tahukah anda ikan apa yang berada di atas ini? Inilah dia Ratu kerajaan bawah air yang dinamakan mola-mola (Mola mola). Mola-mola memiliki tulang ikan terberat di dunia (1,000 kg). Walaupun berat, mola-mola mempunyai sifat yang sangat halus dan kerana itu ia sangat unik dan memerlukan penjagaan khas. Akuarium di Sea World di Lisbon merupakan salah satu daripada beberapa akuarium di dunia yang mampu menampung mola mola.

2) Akuarium AQWA. Perth, Australia
www.aqwa.com.au

Akuarium Aqwa, Aquarium dari Australia Barat, merupakan akuarium terbesar di Australia. Tangki utamanya berukuran 40m panjang, 20 m lebar 4.5 m kedalamannya. Pengunjung perlu melalui laluan sejauh 98 meter untuk menhabiskan melihat keindahan hidupan air di akuarium ini.

3) L’Oceanogràfic. Valencia. Sepanyol
www.cac.es

Aquarium di Valencia (L’Oceanogràfic) terletak di tengah-tengah Kota futuristik yang menakjubkan di sana. Akuarium ini direkabentuk oleh arkitek terkemuka dari Sepanyol, Felix Candela. Oceanogràfic memiliki ikan dan haiwan laut dari ekosistem Mediterranean, zon Artik dan Antartik serta laut tropika dan Laut Merah.

4) Akuarium Churaumi. Okinawa, Japan.
www.kaiyouhaku.com

Akuarium ini adalah akuarium yang kedua terbesar dan salah satu akuarium yang paling mempesona di dunia. Tangki utamanya adalah begitu besar sehingga layak diberi nama Kuroshio Laut dengan berkapasiti 7,500 meter padu (1.981.290 galon) air.

Akuarium utama ini juga memiliki paus hiu yang mempunyai saiz 12 meter (40 kaki). Tetingkap tangki utama adalah panel akrilik terbesar kedua di dunia berukuran 22.5 m lebar, 8.2 m tinggi dan 600 mm.

Anda mesti lihat paparan video di bawah jika anda inginkan ketenangan.

5) Akuarium AquaDom. Berlin, Jerman.
www.radissonblu.com

6) Akuarium di Dubai
www.thedubaiaquarium.com

7) Akuarium Georgia Aquarium. Atlanta, USA.
www.georgiaaquarium.org

ikhsan dar ohduniaku.com

No comments:

Post a Comment