Monday, November 2, 2009

KISAH Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)



Pengenalan

Mustafa Kemal Ataturk (12 Mac 1881 - 10 November 1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentara Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

Nama
Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Ottoman. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.

Kehidupan awal
Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik (Thessaloniki, Greece). Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.Apabila berusia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir (kini Bitola, Republik Macedonia). Ataturk menyertai Akademi Tentera Ottoman di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang regim autokratik Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.

Siapakah Mustafa Kamal Attaturk ?
Beliau lahir pada tahun 1881 disebuah kawasan miskin di Salonik, Turki. Salonik adalah kawasan Yahudi Daulamah iaitu sekumpulan Yahudi dari Sepanyol yang berhijrah ke situ. Salunik sebuah bandar dalam negara Yunani yang tunduk dibawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Jika ditelusuri latar belakangnya, bermakna dia dari keturunan Yahudi. Beliau sempat berada di sekolah Fatimiyyah yang masyhur. Namun selepas itu ayahnya menukarkan beliau ke sekolah lain yang memakai sistem barat kerana benci kepada sheikh-sheikh agama. Peringkat menengah beliau memasuki sekolah tentera dan menjadi ahli Freemasonry. Ketika zaman mahasiswa, Kamal bergabung dengan kumpulan nasionalis yang fanatik. Kelompok ini tidak jemu-jemu menyalahkan Islam sebagai punca keterbelakangan Turki dan terus menerus menyebarkan kebencian terhadap Syariat yang dianggap kolot serta menjadikan ajaran-ajaran sufi sebagai bahan tertawaan.
Kamal menyatakan keinginannya untuk membangunkan Turki yang dihormati oleh Negara-negara lain di dunia. Ia pernah menyatakan, r1; Saya adalah Turki ! Menghancurkan saya sama ertinya dengan menghancurkan Turki ! r1; Setelah berkuasa, Kamal menyatakan dengan tegas bahawa ia akan menghancurkan seluruh kesan-kesan Islam dalam kehidupan bangsa Turki. Hanya dengan menghapuskan segala sesuatu yang berbau Islam, maka Turki boleh memperolehi kemajuan menjadi bangsa yang moden.
Kamal juga menyerang Islam dengan ungkapan, r1; selama hampir 500 tahun, hukum dan teori-teori ulamar17; Arab serta tafsir para pemalas dan tiada guna telah menentukan hukum perdata (baca:hukum berkaitan harta) dan pidana (baca:hukum berkaitan jenayah) Turki. Tidak ada wahyu Tuhan ! Islam itu hanyalah rantai yang digunakan para ulamar17; dan penguasa zalim untuk membelenggu rakyat. Penguasa yang memerlukan agama adalah orang yang lemah. Orang yang lemah tidak boleh berkuasa!
Ketika berkuasa, Mustafa Kamal menjadi dictator absolute .Seluruh bangsa Kurdis di Turki dibinasakan dengan cara yang bengis ,desa-desa dibakar ,ternak dan hasil tanaman dimusnahkan, perempuan dan anak-anak diperkosa dan dibantai. Bangsa Kurdis adalah bangsa yang beragama Islam. Mereka bukan orang Turki. Solehuddin Al-Ayubi juga adalah bangsa Kurdis. Rakyat Turki juga harus menerima reformasi anti Islam seperti larangan mengenakan fez / tarbus (kopiah Turki) dan serban. Rakyat Turki diwajibkan mengenakan pakaian Eropah, wajib menggunakan tulisan Turki (tidak boleh menulis tulisan Jawi dan Arab), kalendar Hijrah dihapuskan dan Hari Ahad adalah hari cuti menggantikan Jumaat. Akibatnya, jutaan rakyat Turki khasnya di desa-desa dan Bandar-bandar kecil mengutuk Mustafa Kamal.
Tanggal 29 Okt 1923 menjadi satu hari bersejarah untuk umat Islam sedunia. Rancangan awal Mustafa Kamal mendapatkan keberhasilan. Beliau berdiri diatas pentas dan mulai menyampaikan ucapan. r0;Anda telah menugaskan saya untuk menyelamatkan keadaan di saat yang kritis ini. Namun krisis ini bukan akibat perbuatan anda. Sumber dari krisis ini bukanlah satu perkara yang sederhana ,namun kesalahan mendasar dalam sistem pemerintahan kita. Majlis Nasional melaksanakan fungsi sebagai lembaga legislative. Setiap anggota Majlis Nasional masih harus ikut campur dalam setiap pengambilan keputusan pemerintah dan turut mengatur Kementerian- kementerian pemerintahan dan keputusan para Menteri.
Tuan-tuan ! Tidak seorang menteri yang dapat melaksanakan tanggungjawab dan menerima kedudukannya dalam keadaan seperti itu. Anda harus menyedari bahawa pemerintahan yang dibangun dengan landasan seperti itu tidak akan dapat berdiri tegak dan kalau pun tegak, itu satu pemerintahan yang kacau bilau. Kita harus mengubah keadaan ini. Oleh sebab itu, saya telah memutuskan bahawa Turki harus menjadi sebuah Republik dengan seorang Presiden yang terpilih.
Pidato itu pun menyudahi Khilafah Islam yang memang sudah runtuh sejak tergulingnya Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909 dan digantikan oleh Sultan Muhammad V. Pidato itu hanya sebagai bulldozer yang menyapu bersih puing-puing khilafah yang telah hancur. Mustafa Kamal Attaturk menyempurnakan penutupan buku dengan terpilihnya dia sebagai Presiden Turki dan pengkhinat besar dalam sejarah Islam.

Dosa-dosanya:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

2 comments:

  1. moga Allah melaknatinya dunia dan akhirat.... Aminnn...

    ReplyDelete
  2. itu balasan bg mustafaa laknatullah d dunia,tak terbayangkan betapa ngerinya d akherat.na'udzubillah....wahai sdrku seiman jngn biarkn kita termasuk orng yang ikut menggunakan sistem ciptaan laknatullah yi sekularisme,mari qt rapatkan barisan mnegakkan hukum Allah d muka bumi.Allahu akbar......!!!!!!

    ReplyDelete