Saturday, November 14, 2009

Freemasonry in UK

pada hujung minggu yang lepas penulis sempat berkunjung ke Beamish Living Museum yang terletak di Stanley, county of Durham. Alhamdulillah, semua ditanggung halal dan free oleh Biomedical School of Newcastle University. kalau tak, masakan mungkin penulis sampai di sana. lawatan free, sape tak nak kan? walopun time tu ade rumah terbuka Hari Raya di sekitar Newcastle. difahamkan time tu la rumah terbuka kat rumah Kak Dina and rumah terbuka kat rumah Zaid and Mus. dah la ni first time org baru wat rmh terbuka. penulis pulak tak dapat datang. mintak ampun dan maaf dipinta kerna ketidakdapatan penulis dalam menghadiri majlis terbabit.

ada hikmah disebalik kejadian..

trip Biomedical School yakni school penulis, terdiri semua pelajar antarabangsa yakni international students. tak ramai pun. ada la dalam sebuah bas.. Alhamdulillah dapat jugak penulis berkenal-kenalan beramah mesra gan budak2 tu semua. lain agama, lain bangsa dan lain negara.. motifnya satu, ke Beamish Museum!

apa yang best sangat pasal Beamish Museum ni? yang pasti ianya Living Museum dan bukannya static museum spt tmpt2 lain.. jadi, trip kali ni best gakla.

Beamish Living Museum ni sangat luas. asal museum ni merupakan bandar yang terbiar dan kemudiannya dijadikan museum setelah sekian lama ia terbiar. dikatakan bandar inilah yang menjadi titik tolak kemajuan bandar Newcastle dan Durham.

memang banyak benda yang dilihat dan dilawati. apa yang penting was Measonic Hall! ha.. ni merupakan lodge yang direka daripada bentuk sebenar lodge yang berada di Sunderland. di Sunderland merupakan lodge Freemasonry yang pertama dibina di United Kingdom. apa yang menarik tentang lodge di muzium ni ialah, ia dibina mengikut bentuk asal dan ada sebahagian lodge ini diambil dari lodge asal Sunderland. hah, apakah itu sebenarnya lodge? lodge merupakan tempat berehat ataupun rumah tumpangan orang2 Freemason ni. pada zaman dulu kala yakni sekitar tahun 1860-an, orang2 Freemason ni bina sebuah lodge kat Sunderland sebagai rumah berehat serta tempat tuk bermesyuarat dan membincangkan hal2 movement diorang.






pada zaman tersebut, sebelum pergerakan ni maju jaya seperti sekarang, orang2 Freemason ni tiada sumber kewangan yang kukuh sehinggalah munculnya Queen Victoria dan keluarganya menyokong pergerakan ni. untuk menjadi seorang ahli Freeman, sesi pemilihannya agak ketat. apa yang penting, seseorang itu mestilah seorang lelaki dan bebas dari sebarang ideologi yang lain. namun begitu, pada tahun 1723, Mrs Elizabeth Aldworth telah dengan secara tidak sengaja diambil sebagai ahli pergerakan. sebab itulah selepas perlantikan Mrs Aldworth, syarat pengambilan ahli Freeman diperketatkan dan dilakukan secara rahsia mengikut adat istiadat Freeman.




Mrs Elizabeth Aldworth

seseorang itu juga mestilah percaya kepada Supreme Being yakni god ataupun tuhan. setiap Freeman itu haruslah percaya kepada satu kuasa yang Agung dan tidak dikecilkan skop terhadap Christianity, malah Islam ataupun Jewish boleh menjadi ahlinya. itulah yang difahamkan penulis. simbol 'G' di dalam Freemason Temple kat Masonic Hall ni melambangkan Tuhan. disekeliling G terdapat ular yang menggigit ekornya, melambangkan satu kitaran hidup yang tak bermula dan tak berakhir. bintang2 di bumbung hall ini juga merupakan simbolik kepada Tuhan yang merupakan arkitek alam semesta. difahamkan, susunan bintang2 di bumbung temple terbabit adalah mengikut sususan bintang yang sebenar pada malam perjanjian Freemason di Sunderland. penulis pun tidak berapa pasti kebenarannya. Masonic Hall ini juga merupakan design sperti Solomon Temple yang berada di Jerusalem satu masa dahulu, katanya.



simbol 'G' di bumbung dewan



selain itu, seseorang itu mestilah berumur sekurang-kurangnya 18-25 tahun mengikut kawasan masing2. mereka juga mestilah mempunyai sejarah hidup yang bersih dan terdiri daripada golongan yang baik2 untuk menjadi ahli. hendaklah juga bukan dari kalangan hamba abdi dan orang suruhan ataupun dengan bahasa yang lebih senang, seseorang itu mestilah bebas merdeka.



meja Supreme Leader



tempat duduk spectator

dalam Temple of Freeman itu, di tengah2 hall terdapat kerusi Supreme Leader of the Lodge. dia bertindak sebagai hakim tertinggi yang memerhati dan mengambil tindakan atas kesalahan ataupun dalam perbincangan pergerakan. di sebelah dia pula, kerusi untuk spectator khususnya dari pentadbiran pusat. manakala di sebelah kiri dewan pula, terdapat dua buah kerusi iaitu untuk secretary dan trasurer. lambang Supreme leader, penulis tidak berapa pasti tetapi untuk spectator, meraka diberi lambang cross yakni X di atas kerusi tersebut. untuk setiausaha dilambangkan pena bulu ayam manakala untuk bendahari dilambangkan anak kunci. dihadapan kerusi Supreme Leader, tyerdapat kerusi si pesalah ataupun ahli2 Freeman yang mempunyai isu untuk dibincangkan di pihak atasan. di sebelah pintu masuk dewan yakni bertentangan dengan kerusi utama Supreme Leader, terdapat meja urusetia untuk mengambil kedatangan ahlinya. macam kelas sekolah la plak.



kerusi secretary dan treasurer

di dinding dewan ini terdapat gambar tokoh2 Freeman dan juga 'penyelamat' Freemasonry ni termasuklah Queen Victoria dan anak cucu cicitnya. mereka banyak menyumbangkan kewangan kepada pergerakan ini untuk hidup.






Queen Victoria

terdapat banyak peringkat dalam Freemasonry ni. setiap peringkat dan level tu, diberi tanda sebagai kelayakan meraka dalam satu2 bidang. dan peringkat paling tinggi diberi kalung serta lencana2 yang berwarna biru. di peringkat veteran inilah mereka dapat mengikuti segala kegiatan Freemason ni. termasuklah bermesyuarat di peringkat pusat dan global. ada satu gambar di Masonic Hall tu, kumpulan yang bermesyuarat dengan Queen Victoria.





apabila seseorang itu sudah diambil menjadi ahli. satu sijil keahlian akan diberi sebagi tanda penyertaan meraka dlam pergerakan.



sijil keahlian..


banyak lagi la history di sebalik Freemasonry movement ni. kalau korang semua hendak mengetahui dengan lanjut tentang sejarah Freemason ni, berkunjunglah ke Beamish Living Museum yang terletak di Durham. takpun, baca je di wikipedia.org.





orang2 yang tolong dalam kewangan bagi memperbesarkan lagi pergerakan ni di Durham..

No comments:

Post a Comment