Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang
perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan
penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia
bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau
diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak
dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang
bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam
hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan
luar biasa.
Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja.
Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya
memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang
diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan
mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah
golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman
kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang
memandang dunia adalah segala-galanya.
Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-
sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan
yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal,
kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan
tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.
Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu,
yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun
tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun
tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-
rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam
rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu
sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.
No comments:
Post a Comment