Tuesday, October 2, 2012

Illuminati Di Olimpik London 2012: Konspirasi Mereka Atau Kita?

Cerita konspirasi dalam perasmian pembukaan sukan Olimpik diwar warkan mulut ke mulut dari insan yang tidak diketahui. Sebut saja pembongkaran, ianya mesti sebuah berita yang menggemparkan, diceritakan dalam sisi berbeza untuk sesuatu fakta. Senang cerita, pembongkaran selalu mendedahkan penipuan, juga rahsia rahsia sulit yang tidak diketahui oleh umum. Persoalannya, adakah pembongkaran penipuan itu satu penipuan? Atau ianya pembongkaran yang sebenarnya? 
Ini yang selalunya orang tak pernah fikir. Kembali kita kepada isu Croc yang bertatah kalimah Allah suatu ketika dahulu, dan juga iklan TV3 Raya, ini persoalan yang aku utarakan setiap kali melihat orang orang cuba memecahbelahkan manusia manusia lain dengan pemikiran yang berlagak pandai. Bayangkanlah semua ilmu yang digunakan tidak dikaji dengan fakta yang mencukupi, dari sumber yang padat dan benar.
Meh aku bidas satu persatu apa yang difikirkan dari beberapa sumber yang aku baca beberapa hari ini. Kita guna logik dan akal yang Tuhan beri. Ini bukan fiksyen sains, ini realiti.
MASA KEJOHANAN OLIMPIK 2012 (sumber)
Kejohanan ini telah dipilih untuk diadakan pada bulan puasa. So, para atlit yang beragama islam terpaksa menangguhkan puasa dan perkara ini dah diputuskan oleh mufti-mufti kerana dikira bermusafir. Tetapi tidak salah kalau berpuasa. Main sukan je pun. Zaman Nabi lagi dahsyat. Nabi dan umat islam berpuasa semasa berperang. Bergadai nyawa lagi. Puasa tetap puasa. Memang ada sesuatu yang tersirat kerana ianya dibuat semasa umat islam berpuasa. Tambahan pula, masa inilah juga berlaku pertumpahan darah umat islam di Syria dan Burma serta kebuluran umat islam yang berpuasa di Somalia.
Respon: Ketahuilah yang sukan Olympic yang dikenali ini bernama penuh Summer Olympic. Menurut sumber, ada dua jenis sukan Olympic. Pertama adalah Summer Olympic yang diadakan pada musim summer (musim panas), dan, Winter Olympic Games yang diadakan pada musim winter, Paralympic Games dan juga Yuth Olympic Games. Jadi, kebetulanlah puasa melalui musim panas di Barat sana. Jadi, takkanlah hanya kerana umat Islam berpuasa, Summer Olympic Games nak ditunda? Ini event dunia!.
UPACARA PEMBUKAAN OLIMPIK 2012 (sumber)

Upacara pembukaan ini dibuat dengan beberapa persembahan yang dilihat sememangnya mengandungi unsur Illuminati dan Freemason. Promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal seakan-akan mewarnai dan menjadi teras penting kepada pembukaan Sukan Olimpik 2012. Anda boleh lihat sendiri berdasarkan gambar-gambar seperti di bawah ini.

(klik untuk tumbesaran)
respon: Promosi atau tidak, seharusnya jika kita menonton dan berbangga hanya kerana persembahan yang mengagumkan, rasanya itu tidak menjadi masalah. Islam sendiri suruh menghormati antara satu sama lain dan melarang kita dari berbuat fitnah. Sebenarnya, segala yang dikatakan promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal ni siapa yang buat? Mesti orang Islam juga. Pasal apa, pasal untuk memecahbelahkan umat Islam sendiri dan pemikiran pemikiran yang sukar difikirkanlah.
BENTUK LOGO OLIMPIK 2012 (sumber)

Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis. Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini.

respon: sebenarnya tak perlu aku respon pasal hal ini. boleh rujuk entry ini dan ini. penjelasan yang hampir sama. Buang masa kalau aku tulis balik. Tetapi, jika mengkaji sehingga buat potongan sebegini seperti di bawah...

memang nampak sangat nak sengaja nak memporak porandakan dari mengkaji. Apakejadah sampai logo yang tertulis elok tu dipotong potong sampai macam tu! Oh ya, kalau begitu, perkataan BAB 1 di setiap buku patut dibuang. Bukankah kalau dirapatkan ianya akan jadi.... ops...
BENTUK MASKOT OLIMPIK 2012 (sumber)

Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini iaitu makhluk logam bermata satu. Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai Dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu. Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist. Penganjur membidas dakwaan itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang Olimpik London 2012.

respon: Ya, jika ianya kamera, kameralah. Tak usah buat pandai pandai. Itu jadinya fitnah. Bukankah fitnah itu lebih jauh hebat dosanya daripada membunuh. Ingat tu!
BENTUK STADIUM OLIMPIK 2012 (sumber)

Ada yang mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.
respon: hanya kerana lampu suluh stadium berbentuk piramid saja dah jadi isu? balik kembali kepada isu ini dan ini. Kelak faham la korang.
POKOK OLIMPIK (sumber)

Pokok Olimpik ini dikatakan sebagai pokok Gharad. Pohon yang dikatakan sebagai pohon yang akan melindungi kaum Yahudi. Sejauh mana kebenarannya, ianya belum terbukti.
Respon: Kalau dah namanya pokok olimpik, ianya tak ada perkara yang perlu diperdepatkan dan ditakutkan. Lagipun, ianya lambang cerita agama anutan di London. Salahkah jika mereka menceritakan agama mereka seperti kita menceritakan agama kita di negara kita. 
KATANYA ITU NABI MUSA  (sumber)
Kata mereka, nabi Musa digambarkan sebagai seorang yang hodoh dan menakutkan. Malah, ketinggian Nabi Musa adalah sama dengan ketinggian boneka hantu, memungkinkan boneka itu adalah persembahan kutukan untuk Nabi Musa bagi orang Islam.
Respon: berdasarkan hujah hujah, inilah hujah yang paling tak masuk akal dan dikaji semberono. Pada aku, aku kagum dengan bagaimana babak ini dilakukan. Kata mereka 'itulah nabi Musa!".. itu saja. Terus menghentam tanpa bukti yang kuat sedangkan itu hanyalah satu penceritaan sahaja. Ketinggian Nabi Musa dikaitkan. Namun, selagi dalam acara itu tidak pun menyebut nama Moses, aku rasakan ini persembahan yang mengagumkan.
--------------------
Beginilah, aku percaya bahawa kiamat itu akan muncul suatu hari nanti. Aku percaya dajjal pastinya akan muncul walau apa cara kita elak sekali pun. Jadi, segala butiran butiran sebegini sebenarnya amatlah kurang sokongan untuk fakta dan kebenaran. Ketahuilah apa itu teori dan teori tak semestinya benar benar semuanya. Jadi, pada aku, aku menganggap malam tersebut adalah persembahan terhebat dalam sejarah Summer Olympic 2012. Tak lebih dari itu, jadi buat apa nak bercerita benda benda yang tak perlu. Mahu memecahbelahkan orang kita sendiri?

Apa yang penting, umat Islam tu sendiri yang perlu sedar yang semua pembongkaran ini sebenarnya menggoyahkan iman. Kepercayaan dajjal dan lain lain bahkan boleh terputar belit jika korang terlalu taksub dengan teori konspirasi yang tidak diketahui ujung pangkal. Lebih baik dari kita berfikir tentang bagaimana menggandakan pahala kita daripada membikirkan agenda konspirasi ini. Biarlah mereka berkonspirasi, janji lima waktu kita sempurna.

No comments:

Post a Comment