Thursday, January 19, 2012

Burger King


Perbadanan Burger King (bahasa Inggeris: Burger King Corporation) merupakan sebuah rangkaian makanan segera antarabangsa yang lebih banyak menjual hamburger, kentang jejari dan minuman bergas. Ia juga mengendalikan melebihi 200 buah restoran di Australia dengan nama Hungry Jack's.



Sejarah


Nama restoran pertama Burger King yang asalnya digelarkan Insta Burger King dibuka pada 4 Disember 1954 di Miami, Florida, Amerika Syarikat oleh James McLamore dan David Edgerton. Kedua-dua mereka merupakan alumni Universiti Cornell Pusat Pengajian Pengurusan Hotel. McLamore pernah mengunjungi gerai hamburger Dick dan Mac McDonald di San Bernardino, California; selepas mengesan bahawa sistem pengeluaran berdasarkan rangkaian pemasangan yang baru ini amat berpotensi, beliau memutuskan untuk mencipta versi sendiri.
Dengan penuh ironi, mesin susu kocak untuk restoran yang pertama dijual oleh Ray Kroc yang kemudian membeli rangkaian restoran McDonald's daripada pengasas dan menyelia pengembangannya di seluruh dunia.
Pada 13 Disember 2002, Burger King dibeli daripada firma minuman British, Diageo, dengan harga sebanyak AS$1.5 bilion oleh sekumpulan pelabur yang diketuai oleh firma pelaburan Texas Pacific.
Syarikat Magic Johnson, iaitu Magic Johnson Enterprises, membeli 30 buah saluran keluar Burger King pada 7 Jun, 2004. Walaupun saluran keluarnya akan menonjolkan koleksi memorablia sukan, nama Burger King akan dikekalkan. Saluran-saluran keluar tersebut dibuka semula pada 3 Disember 2004.[1]


Burger King menjual produk-produk Pepsi-Cola di dalam restorannya untuk satu tempoh masa yang singkat pada 1980-an.[2] Kini, mereka telah mengembalikan produk-produk Coca-Cola selepas perjanjiannya dengan Pepsi telah tamat. Mereka baru-baru ini membuat perjanjian dengan PepsiCo untuk menjual Aquafina air mineral botol.
[sunting] Kedudukan terkini
Dari segi sejarah, Burger King merupakan rangkaian burger yang kedua terbesar di Amerika Utara, selepas McDonald's. Bagaimanapun, hasil dan bahagian pasaran Burger King telah merosot sejak awal 2000-an, dan pengunjuran terkini menunjukkan bahawa ia akan mengambil tempat ketiga, iaitu selepas Wendy's, dalam bahagian pasaran hamburger di Amerika Syarikat tidak lama lagi. Untuk memulihkan prestasi rangkaian itu, Burger King telah menutupkan saluran-saluran keluar yang tidak memperoleh keuntungan yang munasabah serta menggantikan strategi pemasarannya.
Pada masa ini, Burger King mempunyai 11,220 saluran keluar di dalam 61 negara dan wilayah di seluruh dunia. Bagaimanapun, 75% daripada saluran keluarnya terletak di Amerika Syarikat. Restoran Burger King yang terbesar, dengan tempat duduk, terletaknya di Fort Lewis, Washington.
Pada tahun tahun fiskal 2002, jumlah jualannya ialah AS$11.3 bilion. Burger King merupakan pengiklan yang ke-62 terbesar di Amerika Syarikat dengan pembelanjaan sebanyak AS$525 juta pada tahun 2003. Ia menggajikan 340,000 orang pekerja dan menjual sebanyak 2.4 bilion hamburger setahun. Jika diletak sebelah-menyebelah, bilangan sandwic WHOPPER® sahaja yang dijual setahun akan mengelilingi bumi lima kali ganda.
Pada puratanya, restoran Burger King menghidangkan lebih kurang 1,040 orang pelanggan sehari bagi setiap restoran, ataupun 11.4 juta orang pelanggan sehari pada jumlahnya. Hampir 58% daripada jualannya terdiri daripada jualan pandu lalu, dan 20% daripada jualan untuk makan di luar restoran.
Ketua Pegawai Eksekutif Burger King yang terkini ialah Greg Brenneman. Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Brad Blum pada 1 Ogos 2004.
Pada 1 Februari 2006, syarikat induk Burger King mengumumkan rancangannya untuk menjadikan Burger King sebagai sebuah syarikat awam tersenarai melalui Tawaran Awam Permulaan. Tindakan itu merupakan salah satu langkah untuk membiayai kerugian yang disebabkan oleh pesaingan yang amat hebat antara pertubuhan makanan segera yang lain.




Menu


Hamburger "Whopper" merupakan produk utama untuk Burger King yang juga menghidangkan "Burger Angus" yang lebih besar, dan dikatakan "burger yang lebih baik".
Salah satu hidangan yang popular ialah ayam "Chicken tenders" yang merupakan ketulan ayam berbentuk panjang dan halus yang disalut dengan serbuk roti dan sedikit lada. Bagaimanapun, Burger King kekadang menghidangkan ayam ini dalam bentuk bintang dan cahaya kilat untuk menarik kanak-kanak. Terdapatnya jenis 4-ketul dan 8-ketul. "Chicken tenders" diperkenalkan bersama-sama dengan Sandwic Ayam Asli yang digelarkan "Croissan'wich" pada tahun 1985 dalam suatu semakan dan pengembangan menu.

Pada tahun 1999 di Amerika Syarikat, Burger King bermula penawaran pilihan daging vegetarian yang digelarkan "BK Veggie". Kemudian, pada akhir tahun 2004, Burger King menjalankan perkongsian dengan Morningstar Farms untuk menawarkan pai vegetarian yang berdasarkan kacang soya.
"Hidangan Kanak-kanak" ("Kids Meal") telah disediakan untuk bersaing dengan "Hidangan Bahagia" ("Happy Meal") yang popular dari McDonald's serta "Hidangan Kanak-kanak Wendy's" dari Wendy's. Tiga pilihan makanan merupakan asas "Hidangan Kanak-kanak", iaitu ayam "Chicken tenders" 4-ketul, "Hamburger", serta "Burger Keji". Versi pra-remaja yang digelarkan "Hidangan Kanak-kanak Besar" diperkenalkan pada tahun 1999, terdiri daripada pilihan "Chicken tenders" 6-ketul, "Hamburger Berganda", serta "Burger Keji Berganda". Tambahan pula, untuk hidangan kanak-kanak, pelanggan boleh menggantikan kentang jejari dengan sos epal, ataupun minuman bergas dengan minuman yang lain. Mainan kanak-kanak bertatih jenama Little Tikes juga disediakan jika diminta, sebagai gantian untuk mainan yang biasa.
"Kentang jejari Ayam" yang merupakan kentang jejari yang disalut dengan serbuk roti diperkenalkan pada tahun 2005 untuk tempoh yang terhad, tetapi disebabak kepopularannya, dengan pantas menjadi suatu hidanganyang tetap.
"King Besar" ("Big King") merupakan gerak balas Burger King kepada "Mac Besar" ("Big Mac") McDonald's, dan mempunyai gaya dan rasa yang serupa. Produk ini telah ditamatkan dan digantikan dengan dan "Burger Keji Agung" ("Supreme Cheeseburger"). Bagaimanapun, produk itu gagal juga dan telah ditamatkan.



No comments:

Post a Comment