Wahai anak-anak , buah hati Papa .
Papa sudah beransur tua sekarang ....Mungkin Papa tidak secepat dulu untuk melakukan pelbagai kerja. Mungkin pendengaran Papa sudah berkurangan. Mungkin ada perkara-perkara yang yang memakan masa yang lama untuk diselesaikan. Mungkin Papa sakit, lenguh dan kejang dibeberapa tempat diserata badan, ia memakan masa untuk memulakan tugas-tugas harian. Mungkin juga kadang-kadang Papa nampak hampa dan kurang tumpuan . Fahamilah Papa dan bersabarlah dengan sedikit perubahan Papa ini.
Anak-anak Papa yang dikasihi , Papa mengasihi kamu semua dari saat belum menatap wajah-wajah kamu, sebelum kamu dilahirkan lagi. Persiapan demi persiapan dengan gembiranya telah dibuat sebelum kamu mendarat kedunia. Tidak kira masalah yang menimpa , Cuma kamu yang paling utama. Hingga tercatitlah senarai terperinci supaya tiada yang tercicir lagi :
1. BAJU – supaya kamu tidak kesejukan
2. TILAM –seempuk mungkin
3. SETOKIN – walaupun kamu belum boleh berjalan
4. BEDAK – supaya semua yang mencium bertambah sayang
5. BUKU – walaupun kamu belum kenal Alif
6. LOCENG DAN PERMAINAN – supaya kamu tidak sunyi
7. KELAMBU – supaya tidurmu tidak terganggu
8. LAMPIN – jenama terbaik yang Papa mampu
9. NAMA – manis disebut , mulia ertinya
10. AL QUR’AN – dibacakan sentiasa supaya kamu menjadi soleh dan solehah.
Kenanglah waktu-waktu gembira semasa kita bersama , maaf segala kekurangan yang Papa telah lakukan. Rasa ingin lebih lama untuk melihat kamu berjaya, tapi ...entah beberapa waktu yang Papa masih ada....
No comments:
Post a Comment