Monday, October 21, 2013

Hmm....

Tidak ku terfikir hidupkunkan susah sebegini. Mengharapkan sesuatu keajaiban yang tak pasti. Dia pergi bersama kebahagiaan ku. Meninggalkan palitan derita yang perlu kuntanggung seorang. Kadang-kadang terasa putus harapan. Terasa juga peritnya kehidupan tendampar di rantauan keseorangan tanpa sesiapa pun yang mengerti hati dan perasaan ku. Keseorangan menghadapi kehidupan tanpa siapapun membantu ku. Mengharapkan keluarga... jauh. Rakan.... faham2 la.... dia orang pun ada tanggungjawab diaorang sendiri. Rasa terhina diri ini. Hanya mampu menahan setiap hinaan dan kata2 nista tanpa perluang membela diri. Mampukah aku untuk meneruskan hidup. Hanya di sebabkan kesilapan lalu. Ini adalah ujianNya... tapi mampukah aku meneruskan.

Maaf anak ku..
Hidup papa tak seindah mana.
Hidup tanpa apa-apa.
Tak mampu memberikan kebahagiaan seperti dulu.
Sewaktu mama masih di sisi kita.
Papa x mampu memberi kasih sayang sebaiknya untuk mu.
Tapi papa mohon kekuatan mu... senyuman mu... tangisan mu...
Untuk papa teruskan hidup.
Hidup ibarat roda sayang...
Hidup ni tak sekejam mana yang kita sangka...

Andai papa pergi dulu dari mu...
Usahlah titiskan air mata mu...
Kerana papa tahu bertap siksanya merantapi kehilangan.
Biarpun wajah mengukir senyuman tapi hati tetap merintih kesepian dan kerinduan.
Usahlah menangis sayang...
Tiada daya papa memujuk mu seperti dulu..
Tiada daya papa menyapu air mata mu...
Hanya papa harapkan doa mu...
Mengiringi perjalanan papa ini.

Ingatlah papa saya di doamu...
Seperti mana papa mengingati mu dan mama di doa papa..

Membesarlah menjadi anak yang soleh...
Berjasa demi agama dan bangsa...
Darah papa mengalir di tubuhmu sayang...
Nafas papa sentiasa bersama mu sayang...
Air mata papa menitis untuk mu sayang...

Apa harap shaqeer kan mengerti satu hari nanti...
Bacalah luahan papa ini bila papa sudah tiada lagi ye sayang...

Istimewa untuk anak ku...
Muhammad Shaqeer Zufayri......

1 comment:

  1. Izinkan saya copy paste untuk tatapan anak anak saya.Terima Kasih

    ReplyDelete