Monday, September 17, 2012

Satu Pendedahan Esklusif!: Tempat yang Dirahsiakan Google Earth

Sebenarnya banyak tempat di dunia ini tidak boleh untuk dilihat melalui Google Earth ataupun Google Maps. Hal ini ada kaitan dengan berbagai alasan, samaada untuk tujuan keselamatan, privasi ataupun politik. Berikut antara tempat yang tidak dapat dilihat dengan menggunakan kemudahan Google tersebut. Layan...



White House - Gambar digital dari White House yang lain telah dipadam, hal ini dilakukan untuk menyembunyikan kemudahan keselamatan udara dan aset keselamatan lain yang digunakan untuk menjaga tempat ini.

Soesterberg Air Base. Belanda - Ini merupakan kem dari angkatan udara Belanda, yang juga pernah digunakan sebagai kem jet tempur F-15 angkatan udara Amerika ketika Perang Dingin. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai kem ini.

Reims Air Base, Perancis - Tempat ini satu-satunya bangunan di kawasan Reims Air Base yang dikaburkan.

Nato C3 Agency, Brussel, Belgia - C3 Agency merupakan tulang belakang NATO dalam hal-hal ilmiah dan yang berkaitan dengan C4ISR (Consultation, Command, Control, Communications, Intelligence, Surveillance, and Reconnaissance).

Huis Ten Bosch Palace, The Hague - Tempat ini merupakan satu dari empat kediaman utama keluarga kerajaan Belanda, yang berlokasi di The Hague, Belanda. Ratu Beatrix tinggal di tempat ini sejak tahun 1981.

Iran - Tahun 2007 lalu, seorang pengusaha Iran mencuba untuk memuat turun Google Earth, tetapi mesej terpapar: “Terima kasih atas perhatian Anda, tetapi produk yang Anda cuba muat turun tidak tersedia bagi negara Anda”. Hal ini lebih merupakan kepada motif politik.

The Boring’s Family Home, Franklin Park Pensylvania - Aaron dan Christine Boring mendakwa bahwa Google Maps dengan ciri-ciri Street View telah melanggar privasi mereka. Keluarga Boring mengatakan gambar dari rumah mereka mesti dihilangkan dan sepanjang jalan rumah mereka diberikan label “Private Road”.


Wak!: Berikut pula pusat lokasi Wakluu! menjalankan aktiviti blogging melalui Google Map, hehehe:


Tapi apa yang menghairankan Wak!, terdapat sedikit percanggahan. Setelah Wak! zoom-in kan, baru perasan sesuatu. Check this out:

Penjelasan Wak! : Kawasan yang bertanda A (Bangunan Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan)  tu, adalah kawasan yang di bagitau oleh Google Map bahawa Wak berada pada kedudukan tersebut, sedangkan, setelah diteliti, sebenarnya Wak berada di kawasan yang bertandapada ketika Google Map ni dibuka. Terdapat ralat sebanyak 300 meter dari tempat sebenar.

Kesimpulan: Nampak benor nipu nye...kite bako kite bako!!

No comments:

Post a Comment