Berita
tersebut dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang
pengklonan makluk hidup yang beribu pejabat di Bahamas.
Bigitte Boisselier, Presiden Clonaid yang kontroversial
Bayi
tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi yang dirahsiakan.
“Bayi tersebut dalam keadaan sihat,” demikian kenyataan akhbar yang
disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti
dipetik Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan
dari seorang wanita berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang
mempunyai pasangan yang mandul.
Walau kabar
tersebut banyak diragukan, namun Boisselier tetap bergerak dan berkeras
bahawa hal tersebut akan menjadi tunggak baru dalam sejarah umat
manusia. Dan peristiwa ini, benar-benar telah membawa banyak syarikat
sejenis untuk cuba melakukan hal serupa.
Proses
pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia
amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan
membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses
pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan.
Banyak yang
tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan
adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak
pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan
manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang
gagal:
Bayi-bayi cacat hasil kloning yang gagal
Gambar-gambar
diatas bocor oleh anasir salah satu syarikat yang tidak disebutkan dan
beredar luas di kalangan para netizen di seluruh dunia, walau gaungnya
tidak seheboh saat pertama kali kambing Dolly diterbitkan. Namun
gambar-gambar ini menjadi perdebatan hangat di kalangan saintis
perubatan dan biologi molekul.
Yang patut
diingat adalah pengkloningan manusia ini sebenarnya diharamkan oleh
semua agama, sebab melanggar fitrah. Hanya Tuhan saja yang mempunyai
kuasa untuk mencipta. Manusia sekalipun tidak akan dapat mendekati
kesempurnaan Tuhan. Dan akibat dari hal tersebut adalah seperti yang
boleh kita lihat dalam gambar diatas.
Semoga ini menjadi pelajaran buat kita semua agar selalu ingat bahawa Allah Maha Besar Kuasa-NYA.
(Newscientist, Guardian dan pelbagai sumber-sumber lain)
No comments:
Post a Comment