Sunday, September 9, 2012

rahsia di sebalik catatan

"Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa.Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" - Adolf Hitler
Ringkasan Sejarah
Peperangan Dunia Kedua di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah Poland yang mempunyai ramai Yahudi itu.Segalanya bermula dari sebuah penjara,seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman politiknya.Lelaki yang berani bernama Adolf Hitler, di penjara itu dia sedang tekun menyiapkan sebuah buku berjudul Mein Kampf yang bermaksud Perjuangan Ku.Ideologi yang ditulisnya menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap system politik yang mengecewakan.
Hitler dibebaskan pada ketika Jerman dilanda krisis ekonomi.Tekanan sedang melanda Jerman hinggakan disebut pada tahun 1923, 1 USD bersamaan dengan puluhan juta wang Reinchmark Jerman.Yahudi yang sedang menguasai rangkaian kewangan antarabangsa,sedang juga mempermainkan keadaan ekonomi Jerman.Pada 1933,kira-kira enam juta warga Jerman kehilangan pekerjaan dan hidup dalam tekanan kemiskinan
Hitler mengambil peluang dengan menggunakan politiknya untuk menyelesaikan masalah ini.Dengan sokongan majoriti rakyat berlaku terhadap Hitler,kerana beliau dikatakan mampu mengubah nasib rakyat Jerman.Tahun pertama Hitler mengorak langkah menjadi pemimpin,semangat rakyat Jerman mula membakar lantas menjadikan beliau sebagai diktator yang baru.Hitler mula mencipta situasi darurat dan menyapu bersih lawan-lawan politiknya.
Hitler turut mengarahkan rakyat Jerman menghapuskan segala buku-buku dan catatan yang menentang ideologi yang diusahakannya.Akhirnya,Hitler diangkat sebagai Fuhrer dan politik Nazi( Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei) menjadi kukuh tanpa gangguan dari dalam.
Hitler merancang menjadikan Jerman sebagai Lord Of Earth,menjadikan Jerman sebagai empayar terkuat dipacu oleh ras atau bangsa Arya,iaitu bangsa asal tanah Jerman.Bahkan beliau membina rasa rakyat Jerman untuk membenci bangsa Yahudi yang selalu mengganggu.
Pada masa kuasa, Hitler merupakan pembunuh yang tidak ada tandingannya. Seorang anti-Yahudi yang secara terbuka mengumumkan "Bunuh setiap orang Yahudi",menjadikan peristiwa Holocaust tertulis dalam lipatan sejarah.Dikatakan sejarawan Barat sendiri,dianggarkan 6 juta warga Yahudi menjadi korban Holocaust. 

korban Holocaust
Pada 3 September 1939,dua  buah negara Nasrani yang sentiasa membantu agenda Zionis,iaitu pihak British dan Perancis,mula mengisytiharkan perang ke atas Jerman.Sistem pakatan Eropah mula lahir, menjadikan Kuasa Bersekutu yang dianggotai perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China manakala menentang Kuasa Paksi dianggotai negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun.
Soviet Union(Russia) yang awalnya bersama dengan Nazi akhirnya bergabung dengan Kuasa Bersekutu yang saat itu dikendalikan Inggeris dan Perancis.Nazi melanggar perjanjian Non-Agressive,apabila bangsa Arya menyerang bangsa Slavia yang statusnya lebih rendah di wilayah Rusia sehinggakan ramai orang Rusia dan Gypsy turut menjadi korban keganasan Hitler.Pertempuran Stalingrad,yang terjadi pada 23 Ogos 1942 hingga 2 Februari 1943,merupakan pertempuran sengit antara Jerman dan sekutunya melawan Soviet Union bagi merebut kota Stalingrad.
Pada tanggal 30 Januari 1943, Tentera Merah Soviet Union melancarkan serangan umum ke Stalingrad.Para sejarawan menilai, kekalahan Jerman di Stalingrad merupakan awal dari kejatuhan Nazi. Hingga kini pertempuran ini dianggap sebagai pertempuran terbesar dalam sejarah manusia sehingga mengorbankan 3 juta nyawa.
Tumpuan Hitler ke bahagian Timur Eropah mengakibatkan ketidakstabilan kekuatan Jerman, khususnya di Eropah Barat.Amerika Syarikat mula mendarat di Perancis menyebabkan pertahanan Nazi di Perancis bocor dan rapuh kerana kesilapan Nazi menumpukan kawasan Barat semata.Puncak kejatuhan Nazi berlangsung apabila kekalahan Jerman dalam Battle of Kursk.Pemerintah Soviet,Stalin waktu itu mengetahui lebih awal rancangan Hitler untuk mengambil wilayah Kursk.
Tentera Merah ketika menguasai Berlin,Jerman
Pasukan Tentera Merah memenangi perang tersebut kerana pintu kekalahan dibuka sendiri oleh Hitler.Tentera Merah merampas Poland dan mara ke Kubu tempat Hitler berlindung. Setelah itu,tercatat dalam sejarah Barat,Hitler bertindak membunuh diri bersama isterinya Eva Braun.
Konspirasi 
Kesan daripada keganasan Hitler, Yahudi dibantu oleh Perancis bergerak ke Tanah Palestin.British yang menjajah Palestin,mula membuka jajahannya kepada Yahudi untuk membina hidup baru.Lantas Amerika Syarikat dengan kuasa PBB mendeklarasikan Palestin.Persoalannya,adakah benar-benar Adolf Hitler ingin menghapuskan etnik Yahudi atas keinginan sendiri atau bercampur dengan rancangan pihak lain bagi mendapatkan keuntungan daripada peristiwa itu?
Apakah anda tidak terfikir mengapa Israel Yahudi Zionis itu tidak pernah mahu menghentam Jerman, jika benar dulu Nazi pernah menghapus golongan mereka? Sebaliknya pula Israel meluaskan jajahan di Palestin serta membunuh ribuan umat Islam. 
Adalah aneh kekalahan Nazi terhadap Soviet Union kerana seakan-akan Hitler sengaja menggerakkan tenteranya masuk ke dalam perangkap.Orang hebat sepertinya yang berjaya mengawal Eropah tidak mungkin terlupa bahawa bahagian barat jajahannya terbuka kepada musuh ketika beliau mengerahkan tentera ke Rusia.Bodohkan? Bahkan Hitler sendiri mengerahkan lebih kurang 800,000 pasukan infantri,2700 kereta kebal dan 2000 jet pejuang.Sementara Pasukan Merah Soviet Union yang akan dihadapi berjumlah 1,300,000 pasukan infantri, 3600 kereta kebal dan 2400 jet pejuang. Tidak mungkin Hitler sengaja masuk ke dalam mulut buaya.
Maka disini telah memberi jawapan kata-kata Hitler ini.
"Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa.Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" 
Mari kita berbincang mengenai Yahudi Zionis dan Yahudi Ortodoks.Apakah yang membezakan dua nama ini? Dikatakan bahawa Zionis adalah golongan Yahudi yang menganuti isi-isi kitab Talmud,manakala Ortodoks hanya mempercayai dan beriman kepada Taurat.Bahkan Yahudi Ortodoks menolak Talmud.
"Dan kami membahagikan mereka (Yahudi) di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang baik dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk agar mereka kembali kepada kebenaran." Surah Al-A'raaf : ayat 168
Anda mula berfikir Yahudi yang mana yang mereka bantai habis-habisan ketika keganasan Hitler itu? Adalah diyakini bahawa masyarakat yang menjadi korban keganasan Hitler itu adalah golongan kelas bawahan sedangkan orang-orang terkemuka kelas atasan memainkan peranan dalam agenda konspirasi Nazi-Zionis.
Ketika seorang pemimpin Yahudi,Rabbi Dov Michael Weissmendel menyiapkan pelarian Yahudi untuk keluar daripada keganasan Hiter malah tidak puas menjerit-jerit meminta bantuan daripada pemimpin Zionis."Mengapa sampai sekarang kamu tidak melakukan apapun?Tidakkah kamu bersalah,wahai saudara Yahudi kami?" .."Dan kamu saudara-saudara kami,mengapa kamu membisu menghadapi pembunuhan besar ini?".Ucapan yang kelihatan kecewa daripada seorang bangsa Yahudi kerana tidak mendapat bantuan daripada Zionis.






Pada zaman ini pun,masih ada golongan Yahudi Ortodoks berani bersuara melawan Zionis.Dalam Israel sendiri,kelompok ini ditentang oleh pro-Zionis.Perlu diingat,walaupaun Yahudi Ortodoks tampaknya menentang Zionis.Jangan ingat mereka akan menyebelahi dan menyokong perjuangan Islam.Salah seorang aktivis, Rabbi Israel Hirsch pernah menyatakan ,"Zionis menjadikan Holocaust sebagai alat untuk mempertahankan keberadaan Israel.Pesan kami adalah sederhana,ada atau tidak peristiwa Holocaust dengan jumlah 6 juta kematian kaum Yahudi,Holocaust tidak boleh membuat kita melakukan kejahatan kepada orang lain" ..

Misteri kematian Hitler


Banyak informasi yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada pihak yang dapat menyebutkan secara pasti apakah penyebab kematian pemimpin Nazi ini.Versi yang paling popular menyebutkan bahawa Hitler telah mati membunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri atau meminum racun pada 30 April 1945 di sebuah Bunker di Berlin bersama Eva Braun.

Akan tetapi gempar di Indonesia, seorang lelaki bernama Poch mempunyai perwatakan seperti Adolf Hitler.Malah barangan peribadinya seakan-akan memberi bukti Poch adalah Hitler.Pertemuan Dr.Sosrohusodo dengan ''Hitler'' yang bernama Poch ini diselebungi dengan banyak kebetulan.Sosro merupakan seorang doktor lulusan Universiti Indonesia. Beliau telah menulis pendapatnya pada satu artikel di Pikiran Rakyat pada 1983.


Poch bersama isteri barunya,Nyonya S yang baru dikahwini ketika foto diambil.

Sosro pernah mengakses tulisan steno milik Poch.Dalam buku tersebut terdapat banyak nama orang ternama di dunia dan alamat-alamat yg misteri..Pada mulanya,Sosro aga sukar menterjemahkan tulisan ini yang memakai sistem Gebelsrberger yang tidak lagi digunakan sekarang.Atas bantuan penerbit Jerman akhirnya tulisan tersebut berjaya diterjemahkan yang judulnya berbunyi "Keterangan singkat tentang pengejaran individu oleh sekutu dan penguasa setempat pada 1946 di Salzburg" ..

Terdapat huruf-huruf besar menjadi klu, B, S, G, J, B, S, R. Menurut Sosro, cara singkatan tulisan seperti itu merupakan kebiasaan Hitler ketika membuat catatan. ''Kebiasaan ini ditemui dalam karya sastera lain yang saya baca,'' ujarnya.Sosro sendiri membuat andaian bahawa huruf tersebut mnjadi ,B dimulai Berlin,S adalah Salzburg,G adalah Graz,terus ke J beerti Jugoslavia,lalu ke B atau Beogard dan ke S iaitu Saravejo..yang terakhir sekali R adalah Rom..

Hal ini demikian,tercatat dlm tulisan tersebut "Pada hari pertama di bulan Disember,kami terus ke R untuk menerima dokumen pasport dan kemudian kami berjaya meninggalkan Eropah" ..Ini menguatkan lagi pendapatnya bahawa Poch adalah Hitler.

Kesimpulan

Gempar pula cerita Hitler lari ke Argentina dan mati di sana.Ada pula mengatakan di Brazil.Hinggalah ke saat ini teka teki apakah Hitler mati di bunker, Argentina, Brazil, atau pun di Indonesia, belum dapat dipastikan. Kisah akhir hayat Sang Fuhrer ini terus menjadi misteri dalam lipatan sejarah.Bukan sekadar misteri lagi,bagi saya inilah konspirasi.Watak penjahat yg mungkin sengaja dimainkan untuk melancarkan perancangan Yahudi.Satu tindakan yg sama apabila watak Osama dimainkan untuk menjadikan dunia melihatnya sebagai pengganas,kemudian kematiannya pula menjadi misteri.

Manakalah ada yang berpendapat bahawa Hitler adalah hero kerana menyedari dan meramalkan kekacauan yabg akan berlaku melalui Yahudi.Ini mungkin taktik yang sama untuk mengaburi mata masyarakat untuk memilih hero,seperti terjadi di Amerika ,Barrack Obama diundi oleh ramai umat Islam Amerika kerana meyakini Obama akan membawa pembaharuan kepada Islam di dunia.Hakikatnya, Obama sendiri hari ini masih tidak mengambil serius tentang isu Palestin.Malah bersekongkol dengan Israel.

Peristiwa Holocaust amat dilarang untuk diperdebatkan di Eropah,bahkan diharamkan di Jerman.Tapi kelahiran Holocaust Industry dipelopori kebanyakan media.Disini lahirnya deretan pelbagai filem seperti The Pianist,Devil Arithmatics dan sebagainya.Malah saya sendiri mempunyai rasa kesian dan simpati terhadap nasib Yahudi apabila menonton filem The Pianist.Media amat penting sebagai peranan untuk menjaga kepentingan Zionis.Dalam masyarakat Barat,perasaan bersalah terhadap peristiwa Holocaust amat kuat.Malah muncul istilah anti-Semitic, iaitu gelaran untuk orang yang tidak senang terhadap Yahudi.


Wallahua'lam.Note ini bertujuan membawa anda berfikir.Seandainya terdapat kesalahan.Anda diizinkan memberi kritikan dan teguran.

No comments:

Post a Comment