Saturday, April 7, 2012

10 Wanita Cantik (Yang Dilahirkan Lelaki)

Ramai orang tidak sedar yang ada model yang menghiasi pentas peragaan wanita sebenarnya ialah lelaki. Model-model cantik ini, kalau kita tidak tahu, mungkin kita tidak akan sangka bukan asalnya wanita, tak begitu?

  1. 1. Andrej Pejic


Model Serbia-Australia Andrej ialah seorang androgynous dan terkenal atas kebolehannya mengayakan pakaian lelaki mahupun wanita. Pada sebuah pertunjukan fesyen Januari 2011 di Paris, dia telah berjalan di pentas peragaan untuk rangkaian fesyen wanita Jean-Paul Gaultier dan pakaian lelaki Marc Jacobs. Dia berada di tangga ke-50 dalam sebarai 50 Model Lelaki dan dalam masa yang sama berada di tangga ke-untuk “100 Wanita Terseksi FHM 2011” (oh, Zarina Anjoulie tak ada dalam senarai FHM?) Lagi 9 gambar selepas jump.

  1. 2. Lea T.


Berasal dari Brazik, Lea T. dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981, tetapi itu tidak menghalang dirinya dari menjadi antara model terlaris di dunia . dikatakan inspirasi bagi rekaan busana high-fashion, Givenchy.

  1. 3. Claudia Charriez


Sukar untuk dipercayai yang Claudia Charriez dilahirkan sebagai seorang lelaki, bukan? Dia kini merupakan seorang model antarabangsa. Charriez tidak berjaya menempatkan dirinya sebagai peserta America’s Next Top Model dan The Janice Dickinson Modeling Agency pada tahun 2008, tetapi telah menjuarai pertandingan America’s Next Top Transsexual Model di The Tyra Banks Show hujung tahun tersebut.

  1. 4. Isis King


Dilahirkan sebagai Darrell Walls pada tahun 1985, model Amerika Isis King mula dikenali apabila dia menyertai America’s Next Top Model sebagai wanita. King bersaing untuk dua musim bagi rancangan itu.

  1. 5. Florencia De La V


Florencia De La V dari Argentina memulakan hidup pada 1976 sebagai Roberto Carlos Trinidadteapi dia kini antara pelakon wanita popular di rantau sana. De La V telah muncul dalam telenovela, model majalah, kelab, dan pernah menjadi editor majalah. Dia kini berkahwin dan merupakan ibu kepada dua orang anak kembar melalui kaedah ibu tumpangan.

  1. 6. Sirapassorn Atthayakorn


Sirapassorn (AKA Sammy) Atthayakorn teoah dinamakan Miss International Queen in untuk pertandingan Ratu Cantik Thailand 2011.

  1. 7. Chamila Asanka

Model Sri Lanka Chamila (AKA Chami) Asanka sedang meningkat naik dalam bidang peragaan dan hiburan negara itu . Dia juga uialah salah seorang peserta dalam pertandingan ratu cantik Miss International Queen (yang dimenangi Thailand).

  1. 8. Caroline “Tula” Cossey


Caroline “Tula” Cossey (dilahirkan Barry Kenneth Cossey), berbangsa Inggeris, merupakan antara wanita transeksual paling terkenal di dunia . Cossey melakonkan watak kecil dalam the filem James Bond The Living Daylights, bergaya untuk majalah Playboy, dan menulis autobiografi tentang pengalamannya sebagai model dan pelakon dalam “I Am A Woman.”

  1. 9. Roberta Close


Model Brazil Roberta Close menjalani pembedahan menukar jantina pada 1989, dan diundi sebagai”Most Beautiful Woman in Brazil.”

  1. 10. Malika


Malika dari India ialah wanita trans yang telah menjalani 4 pembedahan dan tak terkira lagi prosedur perubatan untuk menjadi seorang wanita. Pada tahun 2011 dia menjadi warga India pertama untuk bersaing dalam pertandingan tahunan Miss International Queen di Thailand Thailand, pertandingan ratu cantik untuk wanita transeksual.

No comments:

Post a Comment