21 MEI 2011: Anggota bomba dan penyelamat serta orang ramai mengangkat salah satu mayat mangsa tragedi tanah runtuh yang meranapkan Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, di Kampung Sungai Gahal, Batu 14, Hulu Langat, dekat Kajang. - Utusan/SYEFRI MONIZ |
21 MEI 2011: Keadaan Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Gahal, Batu 14, Hulu Langat dekat Kajang. Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. - Utusan/SYEFRI MONIZ |
SELERAK...keadaan di dalam Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat yang dilanda tanah runtuh. |
Hulu Langat 21 May 2011 : Kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat. Gambar oleh Aizuddin Saad |
Hulu Langat 21 May 2011 : Kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat. Gambar oleh Aizuddin Saad |
HULU LANGAT 21 May 2011 Kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia (PYMA), Lembah Azwin Hulu Langat. Pix Yazit Razali |
HULU LANGAT 21 May 2011 Kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia (PYMA), Lembah Azwin Hulu Langat. Pix Yazit Razali |
BERTUNGKUS-LUMUS...sehingga lewat petang Sabtu, sembilan daripada 24 mangsa telah dikeluarkan dengan tiga orang terkorban. |
MAHU TAHU...orang ramai mula membanjiri tapak tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat, namun kawasan itu ditutup kepada awam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. |
KORBAN...seorang penghuni rumah anak yatim yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh dihantar ke hospital. |
TRAGEDI...Rumah Anak Yatim al-Takwa, FELCRA Semungkis, Hulu Langat ditimbus tanah runtuh mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak terkorban. |
SELAMAT...seorang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari tapak tanah runtuh yang menimbus sebahagian Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Kajang. |
Sebahagian daripada 500 orang menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Ahad. Kesemua jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding Batu 14 , Hulu Langat. Foto:Chua Kok Hwa/THE STAR |
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa, Hulu Langat semalam. |
ANGGOTA penyelamat membantu seorang mangsa yang cedera dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di Hulu Langat semalam. |
MUHYIDDIN tiba di lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa, Hulu Langat malam tadi. |
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meninjau tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. Foto: Sairien Nafis (22/05/2011) |
JENAZAH tujuh orang pelajar Madrasah Al-Takwa, Sungai Gahal dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding. Foto: Mustaffa Kamal (22/05/2011) |
WARIS melihat jenazah untuk kali terakhir selepas sembahyang jenazah di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk tujuh jenazah tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa. Foto: Supian Ahmad (22/05/2011) |
ASMAH Yassin, 48, ibu kepada mangsa tanah runtuh, Mohd Syafiq Ibrahim, 22, tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya di Hospital Ampang. Foto: Yong Chee Choong (22/05/2011) |
Sungguh menyayatkan hati bila melihat mayat-mayat yang tertimbus oleh bertan-tan tanah. Mereka mati tertimbus hidup-hidup tanpa sebarang amaran. Allah Mahakuasa kepadaNyalah kita berdoa agar dijauhkan segala malapetaka.Semuga roh mereka semua dicucuri rahmat Allah SWT. |
ROSAK...kerajaan mungkin akan merobohkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa jika ia didapati tidak selamat lagi untuk didiami. |
No comments:
Post a Comment