Sunday, October 24, 2010

Anugerah-anugerah Piala Dunia

Piala Dunia FIFA™ telah pun melabuhkan tirainya pada 11hb Julai 2010. Piala yang diidam-idamkan oleh 32 negara bertanding telah pun menjadi milik Sepanyol apabila menewaskan Belanda dengan jaringan tipis 1-0. Gol kemenangan Sepanyol dijaringkan oleh pemain tengah sensasi Barcelona, Andres Iniesta pada minit ke-116. Kemenangan Sepanyol bermakna mereka telah menambah koleksi piala dalam almari mereka selepas menjuarai Piala Eropah pada 2008.

Walaubagaimanapun, ramai yang belum sedar bahawa pemain-pemain negara bertanding bukan sahaja mahu mengejar piala kejuaraan sahaja. Mereka sebenar di’tawar’kan dengan pelbagai anugerah lain daripada FIFA™. Antaranya adalah:

ADIDAS GOLDEN BALL AWARD

Anugerah Bola Emas juga menjadi idaman mana-mana pemain negara bertanding.

Adidas Golden Ball akan dianugerahkan kepada pemain terbaik daripada kalangan negara bertanding di Afrika Selatan. FIFA™ akan mengumumkan secara rasmi senarai pendek pada 9 Julai 2010. Selepas pengumuman, media akan mengundi pemenang bagi anugerah ini sehingga acara Final pada 11hb Julai 2010 melalui FIFA™ Media Channel.

Antara pemain-pemain yang disenarai pendek oleh panel-panel FIFA adalah:

  1. Diego Forlan (URU, 10)
  2. Asamoah Gyan (GHA, 3)
  3. Andres Iniesta (ESP, 6)
  4. Lionel Messi (ARG, 10)
  5. Mesut Oezil (GER, 8)
  6. Arjen Robben (NED, 11)
  7. Bastian Schweinsteiger (GER, 7)
  8. Wesley Sneijder (NED, 10)
  9. David Villa (ESP, 7)
  10. Xavi (ESP, 8)

Warna biru adalah nombor jersi pemain yang disenarai pendek.

Bagi pemenang tempat ke-2 dan ke-3, pemain tersebut akan membawa pulang Silver Ball dan Bronze Ball. Pemenang akan diumumkan selepas perlawanan akhir pada 11 Julai 2010.

Terbaru: Diego Forlan telah dianugerahkan GoldenBall diikuti dengan pemain tengah berbakat Wesley Sneiyder dan penyerang baru Barcelona,David Villa.

ADIDAS GOLDEN BOOT AWARD

Kasut emas ini ditaja sepenuhnya oleh Adidas.

Penjaring terbanyak dalam pusingan akhir Piala Dunia ini akan dianugerahkan dengan GoldenBoot. Anugerah ini ditaja sepenuhnya oleh Adidas™, rakan penaja FIFA™.

Jika terdapat beberapa penjaring yang mempunyai sama bilangan jaringan, mereka akan diadili dengan kiraan jumlah assist dan jika terikat lagi jumlah assist,mereka akan dikira pemenangan dengan kiraan minit penampilan dalam pertandingan piala dunia itu.

Terbaru: anugerah Adidas Golden Boot Award telah dimenangi oleh Thomas Mueller dengan 5 jaringan,3 assist dan 473 minit penampilan dalam pusingan akhir di Afrika Selatan ini. Beliau telah menewaskan calon-calon kegemaran lain iaitu David Villa dan Wesley Sneiyder.

Thomas Mueller adalah pemain utama Bayern Munich selepas dipimpin oleh Luis Van Gaal.

ADIDAS GOLDEN GLOVE AWARD

Anugerah yang diberi kepada penjaga gol terbaik sepanjang pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Anugerah yang dulunya dikenali Yashin Award sempena menghormati penjaga gol Soviet Union, Lev Yashin ini telah ditukar namanya pada Piala Dunia kali ini kepada Adidas Golden Glove Award. Anugerah pertama kali diberi adalah pada 1994 yang mana ia dimenangi oleh penjaga gol daripada Jerman Michel Preud’homme.

Penjaga gol terbaik sepanjang pertandingan akan merangkul trofi berprestij ini.

Terbaru: Iker Casillas iaitu penjaga gol daripada Sepanyol telah memenangi Adidas Golden Glove Award.

HYUNDAI BEST PLAYER AWARD

Anugerah yang ditaja sepenuhnya oleh Hyundai Group™ ini akan dirangkul oleh pemain-pemain muda daripada negara bertanding yang mana usianya tidak melebihi 21 tahun. Ini bermakna pemain-pemain terbabit dilahirkan sekurang-kurangnya 1 Januari 1989 dan ke atas. Anugerah ini mula diberi pada Piala Dunia FIFA™ 2006 di Jerman yang mana ia telah dirangkul oleh Lukas Podolski.

Terbaru: Anugerah Hyundai Young Player Award telah dirangkul oleh pemain muda Jerman, Thomas Mueller.

FIFA™ FAIR PLAY TROPHY

FIFA akan memilih negara bertanding yang mempunyai rekod pemainan baik(fair play) sepanjang pertandingan berlangsung. Negara yang melepasi pusingan kedua sahaja akan diambil kira sebagai calon pemenang trofi emas ini. Negara pemenang akan dianugerahkan trofi FIFA fair play,sijil diploma,medal bagi setiap pemain dan staf dan juga barangan sukan bernilai USD50,000 untuk kegunaan pembangunan pemain-pemain belia.Negara pertama yang memenagi trofi adalah Peru pada tahun 1970.

Sijil rasmi daripada FIFA kepada negara PERU.

Terbaru: Sepanyol telah memenagi FIFA Fairplay pada Piala Dunia kali ini.

ANUGERAH YANG DIMANSUHKAN

FIFA telah memansuhkan anugerah MOST ENTERTAINING TEAM pada Piala Dunia kali ini. Anugerah ini diberi kepada negara yang berjaya menghiburkan penonton dengan pendekatan pemainan mereka.Anugerah pertama kali diberi pada tahun 1994 yang dimenangi oleh Brazil dan seterusnya diikuti dengan Perancis,Korea Selatan dan yang terakhir,Portugal pada 2006.

~Piala Dunia pada satu ketika dikenali Piala Julius Rimet telah dimenangi pertama kalinya oleh Uruguay!

-artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada laman web rasmi FIFA™ dan lain-lain sumber yang dipercayai.

No comments:

Post a Comment