Monday, December 7, 2009

10 Koleksi haiwan terbesar

Pada kali ni, Bunk nak kongsikan spesis-spesis haiwan terbesar bagi setiap kumpulan mereka seperti Reptilia, Mamalia, Amfibia dan lain,lain lagi.

Tidak lupa juga haiwan yang terbesar di dunia. Mungkin ramai yang sudah tahu tetapi masih ada yang belum tahu. Ini demikian kerana terdapat banyak haiwan yang besar di dunia, jadi, teruskanlah membaca artikel yang tak seberapa ni. Hehe........


SENARAI BERMULA :

1) Haiwan Terbesar Di Dunia - Paus Biru (Blue Whale)



Paus Biru merupakan haiwan terbesar sepanjang zaman. Paus Biru terbesar direkodkan ialah seberat 190 tan dan sepanjang 30 meter. FUYOOOOH!!!! berat dari kontena tuuuuuuuuuu..........


2) Haiwan Darat Paling Besar - African Bush Elephant



African Bush Elephant mempunyai purata berat 100 kg pada waktu kelahirannya. Gajah spesis ini yang terbesar direkodkan ialah gajah jantan seberat 13.5 tan dan sepanjang 10.6 meter (Dari gading ke ekor). Ketinggiannya pula mencecah 4.2 meter.


3) Karnivor Paling Besar - Beruang & Beruang Kutub (Polar Bear & Brown Bear)



Beratnya mampu mencecah 1 tan dan tingginya mampu mencecah 3 meter. Boleh tahan gak kan?


4) Reptilia Terbesar - Buaya Air Masin (SaltWater Crocodile)



Buaya berspesis ini yang biasanya ditemui ialah sepanjang 5 meter. Namun, Buaya Air Masin yang terbesar ditemui ialah sepanjang 6.3 meter dan seberat 1,900 KG.


5) Haiwan Paling Tinggi - Zirafah (Giraffe)



Secara umum, semua orang tahu bahawa zirafah sememangnya haiwan yang paling tinggi. Tinggi yang biasa ditemui ialah 5.8 meter. Anggaran beratnya ialah kira-kira 2,000 KG.


6) Burung Yang Paling Besar - Burung Unta (Ostrich)



Tingginya ialah kira-kira 2.7 meter dengan berat 156 KG.


7) Amfibia Terbesar - Chinese Giant Salamender



Yang ni memang Bunk tengok pon geli. Rasa nak muntah jek. Beratnya berkemungkinan mencecah 64 KG dan panjangnya pula mungkin mencecah 1.83 meter.


8) Ikan terbesar - Whale Shark



Whale Shark merupakan spesis ikan terbesar dengan panjang 13.6 meter dan 22,000 KG berat.


9) Invertebrat Terbesar - Collosal Squid



Panjang spesis ini boleh membesar dengan panjang maksimumnya 4 meter. Tetapi, Collosal Squid terbesar pernah ditemui buat masa ini ialah 10 meter panjang dengan berat 494 KG.


10) Serangga Paling Berat - Goliath Beetle



Goliath Beetle merupakan serangga yang paling berat di muka bumi buat masa ini. Berat yang pernah dicecah ialah 115 g dan sepanjang 11.5 cm

1 comment: