International Consumer Electronics Show (CES) 2013
telah pun tamat pada 11 Januari 2013 (Jumaat) lepas. Sepanjang tempoh
tersebut, syarikat – syarikat gergasi teknologi dunia telah mempamerkan
produk – produk teknologi terbaharu masing – masing. Sepanjang pameran
tersebut, Samsung telah memperkenalkan produk – produk terbaharu yang
merangkumi segala aspek kehidupan dari peralatan kelengkapan rumah
hinggalah
processor terbaharu mereka. Senarai terbaik dari Samsung CES 2013 boleh ditonton berdasarkan video
keynote mereka di bawah.

Samsung CES 2013
Samsung CES 2013 Keynote
Menerusi video selama 1 jam 3 minit di atas, terdapat 2 produk yang mencuri perhatian saya iaitu Samsung Exynos 5 Octa
Processor dan Flexible
Display (Samsung & Youm).
Samsung Exynos 5 Octa Processor
Samsung Exynos 5 Octa
processor
merupakan CPU yang dilengkapi dengan 8 teras khusus untuk peranti mudah
alih. Berdasarkan maklumat yang dibekalkan, CPU ini dilengkapi dengan
dua cip berlainan menggunakan terma “
big-Little“.
big = CORTEX A15 (high performance)
Little = CORTEX A7 (average performance)
Gabungan
daripada dua cip ini membolehkan penggunaan operasi yang optimal di
samping memberikan kesan grafik yang lebih baik dan penjimatan tenaga
sehingga 70%.
NOTA : Pengenalan Exynos 5 Octa Processor bermula di minit ke 22 dalam video di atas.
Flexible OLED Display
Seperkara lagi yang menarik perhatian ialah pengenalan kepada Flexible OLED
display (Samsung & Youm). Di
keynote ini, mereka turut memaparkan
prototype smartphone yang menggunakan skrin melengkung.

Flexible Screen Smartphone

Flexible Screen Notifications
Sumber Asal :
http://mobilityworlds.com/terbaik-dari-samsung-ces-2013#ixzz2Nr9nNrTJ
Under Creative Commons License:
Attribution
Follow us:
@shraqs on Twitter |
mobilityworlds on Facebook
No comments:
Post a Comment