Thursday, March 14, 2013

Mari Belajar Paintball

Paintball? Siapa yang xpernah main paintball, sila angkat tangan! Ok, yang angkat tangan ni sila berkumpul di sebelah hujung sana ye? Korang sangat menyedihkan. Paintball dah semakin berkembang dan popular di Malaysia ni pun masih xpernah cuba main paintball?
Hohoho. Jangan risau, jangan khuatir. Apa kata hari ini anda belajar mengenali paintball dalam rancangan “Mari Belajar Paintball bersama Chokilala!”
Peralatan wajib dalam sukan paintball
paintball-marker
  • Marker
Ingat, namanya marker. Bukan senapang, bukan pistol, bukan machine gun. Dalam sukan paintball, ia dipanggil marker. Jangan menggatal nak panggil dengan nama yang telah disebutkan tadi sebab ia adalah dilarang. Besar kemungkinan adalah bagi mengelakkan orang tersalah anggap bahawa ia senjata api
paintball-pallet
  • Pallet
Ini pula dipanggil pallet. Sekali lagi, mengikut peraturan paintball janganlah ianya dipanggil peluru -_____-” Biasanya pallet akan pecah dan mengeluarkan cecair berwarna sejurus ia mengenai sesuatu objek. Dan mengikut pengalaman aku, kalau main paintball waktu pagi pallet senang pecah. Kalau main waktu tengahari/panas, paintball jadi keras. Tu yang jadi kejadian tembak-tembak xmati
paintball-face-mask
  • Face Mask
Seterusnya ialah face mask. Wah, dah macam cikgu-cikgi mengajar dekat sekolah pula. Face mask ialah benda yang SUPER DUPER WAJIB dipakai ketika dalam field, xkira la kalau korang dah kena tembak atau belum. Kesan buruk kalau bukak face mask samada referee akan pukul face mask korang sampai tertutup balik ataupun dia akan lompat dan peluk kepala korang xkira la perempuan ke lelaki. Safety is #1 dalam sukan paintball. Ingat! Bukak face mask = DOSA BESAR!
Tips untuk mengelakkan face mask jadi berkabus dan xnampak sewaktu permainan berlangsung ialah dengan bernafas melalui mulut
paintball-accessories
  • Barrel Plug
Digunakan sebagai penutup barrel (muncung marker) bagi mengelakkan pemain melepaskan tembakan secara tidak sengaja
  • CO2 tank
Disimpan dalam bentuk cecair dan berubah menjadi gas CO2 sejurus tembakan dilepaskan. Kegunaanya ialah bagi membolehkan pallet ditembak ke sasaran secara tepat
  • Hopper
Tempat simpanan pallet. Berfungsi berdasarkan hukum graviti di mana setiap pallet akan jatuh ke bawah secara satu persatu
Kutip pallet yang xpecah dan masukkan kembali ke dalam hopper juga merupakan satu kesalahan sebab boleh mengakibatkan marker jammed
Aku rasa cukuplah apa yang kita dapat pelajari sedikit sebanyak mengenai paintball. Banyak lagi yang menarik tentang paintball seperti peraturan dalam field, format permainan dll. Kalau entry ni berjaya mendapat sambutan hangat daripada korang, mungkin aku boleh part 2 pula. Mana tahu aku nak cerita tentang evolusi lebam akibat terkena tembakan paintball ke. Hihihi

No comments:

Post a Comment