Dewasa kini, bila buka saja TV, kita pasti akan dihidangkan dengan
pelbagai jenis rancangan berbentuk realiti. Apa itu rancangan realiti?
Mengikut tafsiran kitab yang paling dipercayai dan banyak membantu kita
semasa membuat assignment di Universiti iaitu Wikipedia, 'Reality
Television' bermaksud satu genre program di TV yang tidak mempunyai
skrip tetap, yang kebanyakannya disertai oleh orang biasa, yang
menggambarkan tentang situasi kehidupan sebenar dan kadang-kadang boleh
dapat hadiah last-last. Entah apa-apa definisi tersebut. Macam ni lah
senang, kalau jiran anda bergaduh laki bini, itu realiti kehidupan.
Tetapi jika anda menggunakan kamera fon anda untuk merakam aksi
pergaduhan mereka, lepastu mengambil kenyataan dari kedua-dua laki bini
tersebut dan kemudiannya anda menayangkan aksi pergaduhan tersebut untuk
dinilai oleh masyarakat umum, tahniah anda baru saja membuat satu
rancangan realiti sendiri. What the what? Anyway, hobi saya memang
menonton siri TV, dan genre realiti TV ni memang salah satu daripadanya.
Oleh itu, hari ini kita akan membincangkan tentang 10 Rancangan Realiti
Kegemaran saya. Ayuh teruskan membaca.
10) Queer Eye for the Straight Guy
Lelaki gay memang lebih handal dalam bab-bab panjagaan diri, penyediaan
makanan, interior design, fesyen dan perhubungan sosial. At least itulah
label stereotype yang cuba untuk ditonjolkan di dalam siri ini. Setiap
minggu 5 jejaka cintakan punggung yang dikenali sebagai 'Fab 5' akan
mencari seorang lelaki yang hopeless dalam 5 aspek yang disebut tadi,
dan memberi makeover kepada beliau sehingga beliau menjadi seorang
jejaka metroseksual. Macam-macamla mereka buat, shave janggut, trim bulu
ari-ari, ajar masak makanan untuk bini dan lain-lain. Dalam ahli Fab 5
tu, aku ada man crush dekat Kyan yang pakar grooming tu sebab dia yang
paling hensem dan tak obvious sangat kegayannya.
9) Akademi Fantasia
Akademi Fantasia adalah rancangan realiti yang paling berjaya dan
diminati di Malaysia. Pada mulanya aku tak suka AF ni. Tapi sebab mama
aku ni fanatik tiap-tiap minggu pulak tu vote untuk peserta kegemaran
dia, aku pun start tengok secara senyap-senyap. Rancangan ini menuju
puncak gemilang cahaya ketika musim ke-3, di mana gelombang 'Tsumawi'
melanda satu Malaya. Memang popularlah Mawi ketika itu setiap masa nak
nampak muka Mawi. Printer gambar Mawi, mee segera gambar Mawi sampaikan
kain tuala wanita pun ada gambar Mawi. Namun begitu kepopularitian
beliau sudah merudum sehinggakan ketika dia menyidai kain di rumah
beliau di Bangi Golf Resort berkemban pakai kain pelikat pun dah tak ada
orang yang peduli. Baguslah mereka dah tamatkan rancangan tersebut
kerana makin lama makin bosan.
8) Fear Factor
Hanya mereka yang bertestis besi mahupun berpayu titanium sahaja yang
berani menyertai rancangan realiti ini. Fear Factor menyediakan hadiah
berjumlah $50,000 untuk sang juara yang berjaya mengatasi ketakutan
mereka terhadap fobia-fobia seperti ketinggian, kegelapan mahupun
kegagalan dalam percintaan. Saja je letak yang last tu nak tengok korang
baca entri ni betul-betul ataupun setakat tengok gambar. Setakat aksi
stunt fizikal ni aku rasa semua orang boleh buat kot, tapi bila kena
makan benda-benda aneh seperti testis lembu, cacing kerawit mahupun
durian, gua serender beb.
7) Survivor
Ahh Survivor. Salah satu rancangan realiti yang masih lagi survive.
Kalau nak ikutkan, aku rasa Survivor lah rancangan realiti pioneer yang
menjadikan genre realiti TV itu berkembang bagaikan cendawan yang tumbuh
selepas hujan (ayat karangan PMR). Hos dia Jeff tu dari season 1
sehinggalah kini muka masih sama pakai susuk ke apa. Sekarang dah season
25 aku dah tak dapat nak catch up dah. Premis dia mudah je. Dia campak
kau kat pulau terpencil dengan manusia lain tanpa kemudahan asas,
lepastu kau kena survive. Peserta kegemaran all time sudah pastilah Rob
Mariano. Dia ni memang Mat Realiti sampai 4 season dia main Survivor
lepastu siap masuk The Amazing Race lagi.
6) The Apprentice
Alah takkan kalian tak pernah tengok The Apprentice. Siapa menang dapat
kerja dengan Donald Trump. Tahukah anda nanti ada The Apprentice Asia?
Siapa menang dapat kerja dengan Tony Fernandes. Aku harap juara The
Apprentice Asia akan diberi projek untuk menguruskan QPR satu hari
nanti. Chewahh.
5) Restaurant Makeover
Aku saja-saja je tukar-tukar channel di Astro, lepastu tu aku nampak
kelibat seorang tukang kayu yang sangat kool. Nama dia Igor. Dia tengah
bertekak dengan designer yang inginkan rekaannya dijadikan realiti
walaupun tak cukup masa dan bajet. Tapi Igor seorang tukang kayu yang
handal. Segala rintangan diatasi dengan tenang. Seronok tengok reaksi
pemilik restoran apabila melihat restoran mereka telah diubahsuai.
4) Wipeout
Di mana kita boleh lihat orang menderita, dan kita boleh menggelakkan
mereka tanpa rasa bersalah? Di rancangan Wipeout sudah pasti.
3) Masterchef
Aku baru je start tengok Masterchef (US) ni sebab bini aku suka tengok.
Sekali tengok, eh ini macam mamat dalam Hell's Kitchen (another great
reality show). Tapi dalam Masterchef si Ramsay ini tidaklah secelaka
macam dalam Hell's Kitchen perangai dia. Judge yang garang aku rasa si
Joe tu rileks je ludah makanan hempas pinggan depan tukang masak memang
terguris hati lah. Lepastu drama pun banyak. Mengumpat sesama peserta
depan-depan je tak main cover-cover.
2) American Idol
Siri realiti nyanyian yang paling best, dan berjaya di kaca TV. Part
audition best sebab boleh nampak raw talent peserta di samping aksi-aksi
nyanyian sumbang peserta lain yang menyangkakan suara mereka sedap.
Lack of self awareness or perhaps sekadar mahu masuk TV? Part Hollywood
Week pulak memang stressful tapi kalau dah berbakat tu memang tiada
masalah la kan. Tapi next season apahal pulak ambil Nicky Minaj nak jadi
judge? Aihhhh.
1) The Amazing Race
THE AMAZING RACE ADALAH RANCANGAN REALITI YANG PALING HEBAT SEPANJANG
ZAMAN! Seriously almost every season aku akan tengok jika berkesempatan.
Penuh dengan drama, tusukan dari belakang, serta pengembaraan ke serata
dunia melihat pelbagai ragam manusia! Kalian tengok tak season terbaru?
Aku mula-mula minat pasangan Rockers tua tetapi gila malang nasib
mereka sehingga terkeluar. So sekarang sokong pasangan metroseksual
Cipendel (gambar di bawah). Aku minat the Amazing Race tetapi aku tak
boleh nak turut serta. Boleh baca entri ini http://ijaicool.blogspot.com/2010/12/mengapa-aku-tidak-boleh-sertai-amazing.html
Begitulah antara siri realiti kegemaran saya. Anda bagaimana?
Gadis-gadis tolonglah jangan jawab Keeping Up with the Kardashians.
No comments:
Post a Comment