Wednesday, April 25, 2012

sejarah Yang Digelapkan : Islam Di Benua Amerika

Sejarah mereka telah digelapkan

Jika
 anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).

Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat

Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.

Gambaran pemakaian serban siku Cherokee

Bercakap
 tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.

Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres

Yang
 menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.





Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.


Suku Makah yang menutup aurat


Gadis Zuni, 1903

S
elain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.

Klik gambar untuk besarkan

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".

Bu
kankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.


Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.

Cheng Ho @ Zheng He @ Hajji Mahmud Shamsuddin

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut
 catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr.
 Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu. 


Palos, Sepanyol

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary)

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran
 melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam. 

Sultan-sultan
 dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu. 


Lokasi Timbuktu

Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi


Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

 Peta Piri Re'isi
Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta sebenar


Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik
kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus
 juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan
 fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]


 Martin Alonso Pinzon

Vicente Yanex Pinzon


Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran
 Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Laksamana Zheng He (Cheng Ho)

Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. 
Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana. 


Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418


Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies
 melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari
 bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Perbandingan armada Zheng He dan Colombus


Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia

Kenapa Dunia Menggelapkan Sejarah Raja Soleh Ini ???

Aurangzeb, namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam. Kita mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar disekolah-sekolah.

Kata para orientalis dan kebanyakan sejarawan dunia, beliau adalah tokoh yang kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Disebabkan itu, kebanyakan kita menjadi salah seorang dari ribuan orang yang menyanjungi Akbar The Great, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mughal di India.

Akbar tidak patut disanjung seperti yang dicatitkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat timbang rasa, lembut dan pemaafnya tidak kena pada tempat. Malah beliau adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan mengadakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.

Kemungkaran terbesar yang dibuat Akbar ialah mencipta agama Din ilahi, iaitu agama campuran antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Beliau juga terlalu memberi muka kepada penentang Islam dengan menarik semula pembayaran Jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.

Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Beliau juga mujahid yang tidak teragak-agak mengangkat senjata bila keadaan memerlukan.

Sembahyang dan puasanya banyak. Beliau mengharamkan kembali peminuman arak, nyanyi-nyanyian, tarian dan gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mughal. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah dibuktikan dengan beberapa peristiwa.

Satu ketika, peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mughal dengan kerajaan Hindu Mahrata di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh telah menggunakan sihir.

Senjata yang mereka gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah bertukar kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh. Ternyata tentera Islam tidak dapat mengatasi sihir yang dilakukan oleh tentera musuh.

Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, ini akan memusnahkan kerajaan Islam Mughal dan ini sudah tentu akan membahayakan semua umat Islam di India. Tetapi bagaimana caranya?

Bagaimana dan apakah yang harus dibuat untuk menghadapi tentera musuh yang menggunakan kekuatan sihir ini?

Aurangzeb adalah seorang raja yang sangat soleh. Beliau yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa juga keadaan. Dikumpulnya semua tentera Islam dan tiap-tiap senjata yang hendak dibawa bertempur, digantungnya sehelai kain yang bertulis.

Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tiada siapa yang dibenarnya membuka kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendindingnya.

Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah. Mereka pun berjaya. Apabila tamat perang, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada pada senjat, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan yang ada pada kain itu hanya perkataan:

Bismillah!
Satu tindakan yang berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik. Segala bentuk hiburan selain daripada zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras.

Tentunya menimbulkan kejutan yang amat sangat dikalangan pemuzik-pemuzik negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati pemerintah-pemerintah sebelumnya.

Namun bagi Aurangzeb yang tegas berpegang pada syariat, segala bentuk yang haram tetap haram walau disukai ramai. Malah pada muzik membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta masyuk yang diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik (Allah).”
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dikalangan pemuzik-pemuzik dam mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. Untuk bangun menentang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menegakkan hukum Allah.

Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan demontrasi besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sesuatu keranda yang besar untuk dibawakan dalam perarakan. Dalam keranda itu mereka isikan segala alat-alat muzik milik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan pemuzik-pemuzik di dalam negara India ketika itu sungguh banyak.

Pada hari yang ditetapkan, beraraklah mereka beramai-ramai. Sambil berarak meraka menangis tersedu-sedu. Tangisan ini bergema diseluruh negara menghasilkan satu suasana yang sangat pilu dan dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu adalah untuk mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik-pemuzik. Keranda besar itu turut di usung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui hadapan rumah Aurangzeb. Mendengar suara tangisan yang mendayu-dayu itu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?
Orang pun memberi penjelasan bahawa itulah perarakan ahli-ahli muzik. Aurangzeb pun berkata, Kata kan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah mereka kebumikannya kerana aku dan rakyatku tidak tahan lagi bau bangkainya!”

Jawapan ini sangat tepat dan tegas. Ahli-ahli muzik yang mengharap simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, beliau sedar itulah cara untuk menyelamatkan rakyatnya dari dosa dan balasan neraka di akhirat nanti. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya dipadang Masyhar nanti terhadap apa yang dilakukan pada rakyatnya. Biarlah pahit kerana pahit itu selalunya ubat.

Beliau selalu menangis apabila mendengar nasihat dari alim-ulama. Dia juga sangat serius bila mendengar tarbiyah daripada ulama-ulama tasawuf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat.

Walaupun istana kerajaan Mughal indah dan mewah, Aurangzeb hanya ada di situ apabila menjalankan tugas-tugas rasmi. Rumahnya yang sebenar ialah rumah kecil yang sederhana.

Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Dalam menegakkan satu kerajaan yang kukuh ia tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hukum-hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya.

Pada beliau, pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah ialah siapa sahaja yang kuat berpegang pada hukum Allah. Dalam masa pemerintahannya juga, beliau terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah terdahulu.

Dengan tegasnya beliau telah menukar nama kota Benares kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai khutbah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit. Berkat melimpah-limpah semasa pemerintahannya bila hasil pendapatan negara meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintahan Akbar.

Inilah antara usaha kecilku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. Kita telah diracuni oleh sejarah tulisan para orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah Jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mengecualikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Sedangkan pada kita Aurangzeb yang dituduh kejam itulah sebenarnya mujahid yang bertaqwa.

Aurangzeb merupakan raja yang keras dalam pemerintahannya namun dalam Islam adakalanya memerlukan orang-orang keras supaya Islam dapat ditegakkan. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina Umar Al-Farouq yang terkenal tegas itu serta Umar ibn Abdul Aziz yang terkenal dgn kewarakannya. Dan mereka inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati kehendak Allah melalui firman-Nya:

“Muhammad Rasulullah dan orang-orang besertanya, sangat keras dengan orang-orang kafir dan amat berkasih-sayang sesama mereka(umat Islam).”
Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh Aurangzeb dengan kata-katanya,

“Kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta pada agama semata-mata!”
Jasa-jasa Raja Aurangzeb
1. Menyatupadukan kembali seluruh daerah yang sudah lemah.

2. Empayar Moghul mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India.

3. Menghapuskan saki baki ajaran Din-I-Ilahi yang diteruskan oleh Dara Shikuh.

4. Mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Islam kerana dasar-dasarnya hendak mengukuh dan menegakkan Islam, hingga timbul anggapan terhadapnya sebagai 'Wali Keramat'.

5. Mengadakan satu jabatan khusus untuk mengawal akhlak kaum muslimin.

6. Mengharamkan judi, arak dan sebagainya serta masjid-masjid dibina dan diperbaiki tempat-tempat ibadat

7. Mendapat pengiktirafan dan kepercayaan daripada kerajaan-kerajaan Islam lain, dan mendapat penghormatan sebagai pengganti Bani Abbasiyyah.

8. Menyusun Fatwa-I-Alamgiri (mazhab Hanafi) yang diilhamkan dari Syeikh Ahmad
Al Qur'an yang ditulis sendiri oleh Aurangzeb
 
Anda boleh lihat link-link yang saya sertakan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Kerajaan India serta dunia memburukkan nama Aurangzeb hanya sebab dasar agama Islam yang dibawanya. Sememangnya inilah tujuan para orientalis yang bersekongkol dengan musuh Islam mahukan. Nama pemimpin soleh yang dapat mengubah dunia seboleh-bolehnya disampahkan dan digelapkan agar tidak dikenali dunia terutamanya dunia Islam itu sendiri.

The 27 Year War That Changed Course Of Indian History
Military: Aurangzeb
Ancient Indian Weaponry
Aurangzeb’s rule and his treatment of the Hindus

Sesungguhnya sejarah itu dapat mengubah dunia, disebabkan itulah kita harus mengkaji dan membersihkan sejarah-sejarah Islam yang sengaja digelapkan oleh musuh-musuh agama Allah. Jika para sejarawan menyatakan seseorang individu itu jahat, maka seluruh dunia juga akan mengatakan begitu. Itulah taktik puak-puak kuffar terutamanya yahudi zionis untuk memburukkan nama Islam di mata dunia. Sedihnya, orang-orang Islam pula hanya mengangguk-angguk kepala setuju dengan apa sahaja yang mereka katakan. Wallahualam.

Semoga Allah Merahmati Abu Mahyuddin Aurangzeb Alamgir.

Kota Peninggalan Kaum Tsamud



Peninggalan Kota Samud yang dapat dilihat hingga kini
Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.
Surah al-A’raaf ayat 74
Kaum Tsamud adalah kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria.

Lokasi kota tsamud (Mada’in Salih)
Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul
Surah al-Hijr ayat 81
Mukjizat Nabi Saleh
Seorang nabi telah diutuskan kepada kaum Tsamud, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan di dalam al-Quran sebagai nabi Saleh as. Nabi Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat baginda. Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah dalam surah al-Israa ayat 59,
Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti.
Surah al-Israa ayat 59
Cerita lebih terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah swt dalam surah As-Syu’araa’ daripada ayat 154 sehingga 159.
Tidak Mengendahkan Seruan Nabi Saleh As
Miskipun demikian, kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,
Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah).” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.”
(surah al-A’raaf: 75-79)
Azab Allah Swt Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur
Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dasyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Firman Allah SWT yang bermaksud,
Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan.
Surah as-Fushsilat ayat 17
Berikut adalah bukti tinggalan kota kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah swt.
Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal, (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu
Surah at-Thalaq ayat 10
Bangunan tersergam indah diukir pada gunung.
Sesalur dan mungkin ia adalah sistem peparitan
Jalan juga mereka cipta untuk kemudahan mereka.
Bangunan yang tinggal untuk umat hari ini menghayati.
Sebuah bangunan yang dipahat daripada gunung.
Tempat tinggal mereka turut dipahat daripada gunung.
Sebuah pintu diukir pada gunung.
Lihatlah keunggulan mereka dalam mengukir gunung untuk dijadikan bangunan.
Sebuah bangunan berdiri secara bersendirian di lembah padang pasir yang tandus.
Sebuah gunung ditebuk.
Kecantikan dan kehalusan ukiran namun mereka sombong dengan pencapaian mereka.
Deretan gunung ditebuk untuk dijadikan bangunan.
Kehebatan mereka sangat mengagumkan.
Gerbang kota Petra.
Rangka Ratu Puabi, ratu kaum Tsamud.
Makam nabi Saleh as.
Kota ini pernah didiami dan manjadi bukti azab yang mereka terima akibat keangkuhan mereka.
Ukiran timbul sebuah patung.
Sumber : http://www.malaysiaria.com.my/forum/topic/show?id=4425655%3ATopic%3A1016039&xgs=1&xg_source=msg_share_topic

Kisah Keluarga Yahudi Masuk Islam – Cahaya Islam


Pada tahun 1998, Joseph Cohen seorang Yahudi Ortodoks kelahiran AS berhijrah ke Israel kerana keyakinannya yang sangat kuat pada ajaran Yahudi. Dia kemudian tinggal di kawasan penempatan Yahudi Gush Qatif di Gaza (Israel berundur dari wilayah Jalur Gaza pada tahun 2005).


Gush Qatif

Cohen tak pernah menyangka bahawa perpindahannya ke Israel akan membawanya pada cahaya Islam. Setelah tiga tahun menetap di Gaza, Cohen memutuskan untuk menjadi seorang Muslim setelah dia bertemu dengan seorang syeikh berasal dai UAE dan berbincang tentang teologi dengan syeikh tersebut melalui internet. Setelah masuk Islam, Cohen menggantikan namanya dengan nama Islam Yousef al-Khattab.

Tak lama setelah dia mengucapkan syahadat, isteri dan empat anak Yousef mengikuti jejaknya menjadi Muslim. Sekarang, Yousef al-Khattab aktif berdakwah di kalangan orang-orang Yahudi, meskipun dia sendiri tidak diakui lagi oleh keluarganya yang tidak suka melihatnya masuk Islam.

“Saya sudah tidak berhubung lagi dengan keluarga saya. Kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan, tapi pihak keluarga saya adalah Yahudi dengan identiti yahudi yang amat kuat. Kami tidak mempunyai pilihan lain, selain memutuskan hubungan untuk masa terdekat ini. Kata-kata terakhir yang mereka lontarkan pada saya, mereka mengatakan saya barbarian,” kata Yousef tentang hubungan dengan keluarganya sekarang.

Dia mengakui, berdakwah tentang Islam di kalangan orang-orang Yahudi bukan pekerjaan yang mudah. Menurutnya, langkah pertama yang harus dilakukan dalam mengenalkan Islam adalah, bahawa hanya ada satu manhaj dalam Islam iaitu manhaj yang dibawa oleh Rasululullah saw yang kemudian diteruskan oleh para sahabat-sahabat dan penerusnya hingga sekarang.

“Cara yang paling baik untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama untuk semua umat manusia adalah dengan memberikan penjelasan berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan yang membezakan antara umat manusia adalah ketaqwaannya pada Allah semata mata,” ujar Yousef.

Islam bukan agama perkauman yang membezakan warna kulit dan bangsa. Kita punya bukti-bukti yang sangat kuat, firman Allah dan kata kata Rasulullah saw. Kita berjuang bukan untuk membenci kaum kafir. Kita berjuang hanya demi Allah semata mata, untuk melawan mereka yang ingin membunuh kita, yang menjajah tanah air kita, yang menyebarkan kemungkaran dan menyebarkan ideologi Barat di negara kita, misalnya ideologi demokrasi,” sambung Yousef.

Dia mengatakan bahawa dasar ajaran agama Yahudi sangat berbeza dengan Islam. Perbezaan utamanya dalam masalah tauhid. Agama Yahudi, kata Yousef percaya pada perantara dan perantara mereka adalah para rabbi. Orang-orang Yahudi berdoa melalui perantaraan rabbi-rabbi mereka.

“Judaisme adalah kepercayaan yang berasaskan pada manusia. Berbeza dengan Islam, agama yang berasaskan pada al-Quran dan Sunnah. Dan keyakinan pada Islam tidak akan pernah berubah, di semua masjid di seluruh dunia al-Quran yang kita dengarkan adalah al-Quran yang sama,” ujar Yousef.

Lebih lanjut dia mengatakan bahwa Jahudisme di sisi lain bersumberkan pada “tradisi oral” misalnya kitab Talmud yang disusun berdasarkan informasi dari mulut ke mulut yang kemudian dibukukan. Para rabbi sendiri, kata Yousef mengakui, mungkin saja banyak hal yang sudah orang lupa sehingga kesahihan kitab tersebut boleh dipersoalkan.

Kitab Taurat

Yousef memberitahu, kitab Taurat yang diyakini kaum Yahudi sekarang memiliki sebelas versi yang berbeza dan naskah-naskah Taurat itu bukan lagi naskah asli. “Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat pada kita semua dengan agama yang mudah, di mana banyak orang yang mampu menghafal al-Quran dari generasi ke generasi. Allah memberkati kita semua dengan al-Quran,” tegas Yousef. Meskipun demikian, dia percaya dialog adalah cara terbaik dalam berdakwah terutama di kalangan Yahudi.

Ditanya tentang kelompok-kelompok Yahudi yang mendakwa anti-Zionis. Yousef menjawab bahawa secara peribadi mahupun dari segi keagamaan, dia tidak percaya dengan Yahudi-Yahudi yang mendakwa anti-Zionis. “Dari sejarahnya saja, mereka adalah orang-orang yang selalu melanggar kesepakatan. Mereka membunuh para nabi, oleh sebab itu saya tidak pernah percaya pada mereka, meskipun Islam selalu menunjukkan sikap yang baik pada mereka,” paparnya.

Yousef menegaskan bahawa pernyataannya itu bukan untuk membela orang-orang Palestin ataupun atas nama seorang Muslim. Pernyataan itu merupakan pendapat peribadinya. “Allah Maha Tahu,” tegasnya.

Sebagai orang yang pernah tinggal di kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin, Yousef mengakui adanya diskriminasi yang dilakukan pemerintah Israel terhadap Muslim Palestin. Yousef sendiri pernah dipukul oleh askar-askar Israel meskipun tidak seburuk perlakuan askar-askar Zionis itu kepada warga Palestin.

“Saya masih beruntung, penderitaan yang saya alami tidak seberat penderitaan saudara-saudara kita di Afghanistan yang berada dibawah penjajahan AS atau saudara-saudara kita yang berada di kem penjara AS di Kuba (Guantanamo),” katanya dengan rasa syukur.

Allah memberikan hidayah pada umatnya, kadang-kadang dengan cara yang tak terduga. Seperti yang dialami Cohen atau Yousef yang terus masuk Islam setelah berpindah ke wilayah pendudukan Israel di Gaza.

Agenda Tersembunyi Kafir Untuk Menghancurkan Islam

William Ewart Gladstone (1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan”Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.

Theodore Hertzel, pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), “Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran” – Ucapan beliau di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.
Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”
Samuel Zweimer, Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya di hadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “Sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam. Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”
Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab di sekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”
Callaghan, bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain di mana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.
Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “Di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.
Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “Persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”
Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ Boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.
Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “Pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”
Lawrence Brown berkata, “Pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini menyatakan, “Sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”
Pemimpin Tertinggi Freemason, “Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis, “Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”
Karl Marx, pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “Penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan drama.”
Miyen, seorang pemimpin di Burma membuat kenyataan, “Jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”
10 Rancangan Kuffar Untuk Menghancurkan Islam
  1. Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
  2. Menghapuskan Al-Qur’an.
  3. Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
  4. Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
  5. Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
  6. Lemahkan bangsa Arab.
  7. Dirikan negara diktator di dunia Islam.
  8. Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
  9. Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
  10. Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.